7 Resepi Air Sedap & Segar Untuk Dihidangkan Ketika Hari Raya, Tetamu Mesti Suka!

Resepi air sedap ini boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya di rumah. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara di hari raya, pastinya rambang mata dengan juadah yang lezat dan enak. Tidak lengkap makanan tanpa minuman yang menyegarkan. Apa kata anda cuba resepi air sedap ini untuk dihidangkan bersama di atas meja. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

Resepi air sedap dan menyegarkan untuk hari raya

Resepi air sedap ini pastinya boleh mengiurkan anda dengan rasa yang segar, dan warna yang memukau. Bahan-bahan dan kaedah membuatnya pun amat mudah. Sesuai jika dihidangkan semasa tetamu bertandang ke rumah ketika hari raya.

#1. Sirap cincau selasih

Bahan-bahan:

  • 500ml sirap
  • 500g cincau
  • 3 liter air
  • 1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
  • Ais secukupnya

Cara membuat:

  1. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
  2. Dalam jag besar, gabungkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan selasih yang telah kembang.
  4. Masukkan cincau.
  5. Masukkan ais ke dalam jag atau gelas bila minuman dihidang kepada tetamu.
  6. Kacau minuman ini sebelum dihidang supaya cebis-cebisan cincau akan tertuang ke dalam gelas bila dicurah.

#2. Sirap bandung soda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 500ml sirap
  • 720g susu sejat
  • 1.65 liter ais krim soda
  • 500ml air
  • Ais secukupnya

Cara membuat:

  1. Campur sirap dan susu sejat dalam jag besar.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan ais secukupnya.
  5. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.

#3. Soya cincau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 4 liter air soya sejuk tanpa gula
  • 1kg cincau
  • 250g gula Melaka
  • 250g air panas

Cara membuat:

  1. Parut gula Melaka.
  2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
  3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
  4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
  5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan cincau.
  7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.

#4. Air punch buah-buahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 200ml kordial oren Sunquick
  • 200ml sirap
  • 3 liter Sprite atau 7-up
  • 3 liter ais krim soda
  • 2 lemon besar
  • 2 oren besar
  • Ais secukupnya

Cara membuat:

  1. Potong nipis oren dan lemon.
  2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap
  3. Kacau sehingga sebati.
  4. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda
  5. Masukkan oren, lemon dan ais.
  6. Kacau lagi dan sedia untuk dihidangkan.

#5. Air mata kucing

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 775g longan kering
  • 375ml + 375ml air panas
  • 300g gula Melaka
  • 10 sudu besar molases
  • 2 ½ sudu besar gula putih
  • 8 daun pandan, diikat
  • 1.125 liter air
  • Ais secukupnya

Cara membuat:

  1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biarkan ia ditutup.
  2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair. Keluarkan daun pandan.
  3. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
  4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
  5. Tambah ais.
  6. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.

#6. Rosemary limau

Bahan-bahan:

  • 325g gula putih
  • 325g air
  • 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
  • 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
  • 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
  • 3 liter air soda
  • Ais secukupnya

Cara membuat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat.
  2. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biarkan ia sejuk.
  3. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
  4. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
  5. Tambah jus limau kasturi dan lemon.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau lagi sehingga sebati.
  8. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
  9. Tambah baki air soda dan kacau.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

#7. Mint lemonade

Bahan-bahan:

  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • 3 tangkai pudina
  • 500ml air
  • 2 biji lemon di perah jus dan tapis
  • Ais secukupnya

Cara membuat:

  1. Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas.
  2. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
  3. Masukkan jus lemon.
  4. Tambahkan ais.
  5. Siap untuk diminum.

Apa tunggu lagi, jomlah cuba resepi-resepi minuman ringkas tadi. Hidangkannya dengan air tangan anda sendiri untuk keluarga yang tersayang di hari lebaran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!

Baca juga: Air Nabeez Minuman Kesukaan Rasulullah, Ia Tinggi Fiber & Bantu Tambahkan Tenaga

Baca juga: Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand