Resepi Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!

Bagi penggemar sajian ayam bakar yang sedap, resepi perapan ini tentunya anda kena simpan dan cuba kerana anak-anak pasti menggemarinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, apa kata sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat ini iaitu resepi ayam bakar.

Bagi penggemar sajian ayam bakar, resepi perapan ini tentunya anda kena simpan dan cuba. Kalau resipi-resipi lain, sos perapannya menggunakan banyak bahan dan rempah, tapi yang ini cukup mudah hanya menggunakan bahan yang sememangnya ada di dapur anda. 

Kos nak membuatnya pun tak besar, anak-anak pun pasti suka!

Bahan-bahan:

  • Ayam satu kilogram
  • 120 gram sos tomato
  • 120 gram sos cili
  • 120 gram sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar madu 
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 60g mentega

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas di dalam periuk (kecuali ayam) dan masak di atas api sehingga mentega cair.

2. Kemudian apbila ia sudah siap masak, sejukkan sebentar. Padaketika menunggu sos perapan itu sejuk sedikit, bersihkan ayam, cuci dan toskan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ambil sos perapan yang sudah sejuk dan lumurkan pada ayam dan tambah sedikit minyak. Biarkan ia diperap sebentar. Seeloknya perap ia lebih lama untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.

4. Akhir sekali bakar pada suhu 180°-200° mengikut jenis oven anda. Gunakan api atas bawah. Bakar dalam masa lebih kurang 30-40 minit atau bergantung pada keinginan anda untuk biarkan ia garing seperti mana yang anda mahukan.

Resepi ayam bakar ini sememangnya cukup menyelerakan. Menikmatinya bersama nasi dan salad juga sudah cukup sedap, apatah lagi bagi anda yang sedang berdiet. Sememangnya ia satu hidangan yang sihat kerana cara masakannya juga adalah yang disyorkan pakar pemakanan.

Kalau nak senang boleh sediakan siap-siap sebelum tidur, dan esoknya boleh terus dibakar. Lebih mudah kerja ibu-ibu yang bekerjaya nak sediakan sajian untuk anak di rumah bukan?Simple, sedap dan sangat mudah disediakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan Ayam Bakar

Menu ayam bakar di Malaysia, adalah hidangan ayam yang dibakar sarat dengan kombinasi rasa yang sememangnya sedap. Ia bukan hanya satu hidangan yang enak tetapi juga sebenarnya pilihan makanan yang bernutrisi. 

Ayam bakar adalah satu hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia, tetapi boleh dikatakan yang ia telah menambat hati peminat makanan di serata dunia, dan kelebihanya pada kesihatan menjadikan ayam bakar lebih daripada sekadar nikmat pada rasa semata.

Berikut adalah antara kelebihan pengambilan ayam bakar dalam menu makan:

1. Tinggi dengan protein

Menu ayam bakar di Malaysia mengandungi bahan utama iaitu ayam, yang mana satu sumber protein yang sangat penting untuk perkembangan otot, memperbaiki tisu tubuh dan kesihatan tubuh secara menyeluruh. Protein adalah penting untuk mengawal sistem imun yang baik dan menyokong fungsi metabolisme.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Rendah lemak jahat

Tidak seperti ayam goreng, menu ayam bakar adalah hidangan yang melalui proses dibakar, yang mana ia mengandungi kurang lemak tidak larut. Mengambil makanan yang rendah lemak tidak larut boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan obesiti.

3. Kaya dengan vitamin dan mineral

Bahan perapan yang digunakan di dalam resepi ayam bakar juga biasanya merangkumi bawang putih, halia, kunyit dan rempah yang lain. Bahan-bahan ini menyediakan vitamin dan mineral yang penting seperti vitamin C, B6, potassium, dan manganese. Vitamin C umum tahu yang ia meningkatkan sistem imun tubuh kita, sementara vitamin B6 menyokong fungsi otak.

4. Kandungan anti-radang

Kunyit, adalah satu bahan utama di dalam perapan ayam bakar, mengandungi curcumin, satu bahan tinggi antioksidan dengan anti-radang. Curcumin dikatakan telah berkait dengan mengurangkan masalah keradangan dan melegakan kesakitan di dalam banyak kajian yang pernah dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Membantu sistem pencernaan

Dengan termasuknya halia di dalam bahan perapan ayam bakar, ia boleh membantu sistem pencernaan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan pada perut. Halia terkenal dengan kebolehannya untuk melegakan perut dan mengurangkan rasa mual.

6. Rasa yang seimbang

Ayam bakar kaya dengan pelbagai rasa yang unik yang boleh dikatakan sempurna seimbang di antara rasa manis, manis dan pedas. Gabungan rasa ini boleh memberikan kepuasan pada deria rasa anda dan berpotensi untuk mengurangkan rasa mengidam kepada makanan yang kurang sihat, makanan diproses yang biasanya tinggi gula dan lemak jahat.

7. Tersemat resepi kebudayaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayam bakar Malaysia tidak hanya tentang makanan yang tinggi manfaat nutrisi tetapi juga tentang membawa diri anda mendalami tentang kekayaan masakan asli Malaysia. Mengeksplor kulinari tradisional kita boleh mengembangkan horizon kulinari kita dan memperkenalkan kita kepada bahan-bahan dan rasa yang baru.

8. Boleh laras ikut citarasa

Menu bakar Malaysia juga boleh dilaraskan ikut pilihan masing-masing dan juga boleh mengikut keperluan diet anda. Anda boleh melaras sendiri tahap kepedasannya, kemanisannya, atau kemasinannya di dalam perapan untuk mengikuti pada gol rasa dan nutrisi yang anda mahukan.

Kesimpulannya, ayam bakar adalah sejenis menu yang kaya rasa, ia merupakan hidangan yang sedap dan enak disamping baik untuk kesihatan. Dengan kandungannya yang tinggi protein sihat, kaya vitamin dan mineral, bahan anti-radang, dan membantu sistem pencernaan, ayam bakar Malaysia ini adalah satu hidangan tambahan yang mana diet seimbang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 5 Resepi Ayam Yang Sedap, Mudah & Lazat, Gerenti Sampai Anak & Suami Minta Tambah Lagi!

Baca juga : Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Paling Berapi

Baca juga : Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!

Penulis

Nursyamimi