Ayam Buttermilk adalah hidangan yang sememangnya popular di dalam dunia masakan, dengan kombinasi yang sempurna antara rasa ayam separa goreng dan kelembutan krim buttermilk. Dalam resepi ayam buttermilk ini, kami akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk menyediakan ayam buttermilk yang sedap, dengan gabungan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut.
Cara nak buat resepi ayam buttermilk berkuah ini pun senang sahaja. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk disediakan. Ia biasanya akan dihidang bersama dengan nasi putih dan beberapa sayuran kukus serta sup kosong untuk menjadikannya hidangan yang lengkap.
Sebenarnya ada banyak resepi ayam buttermilk yang berbeza tetapi bahan asasnya adalah sama iaitu ketulan ayam yang diselaputi dengan tepung goreng dan bahan perasa sebelum ia digoreng.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat hidangan ayam buttermilk yang sedap.
Isi Kandungan
Resepi Ayam Buttermilk Che Nom
Bahan-bahan:
- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi
- Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Air secukupnya
Cara Penyediaan:
- Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
- Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
- Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara masak ayam buttermilk:
- Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kalau anda tidak mahu ia pedas, tidak perlu masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.
Resepi Ayam Buttermilk Khairul Aming
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan tepung
- 1/4 cawan tepung jagung
- Garam
- Lada hitam
- 200g ayam
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji bawang
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 tin susu sejat
- Daun kari dan cili
- 2 keping Keju
Cara Penyediaan:
- Pertama sekali, gaulkan ayam dengan garam. Perap seketika.
- Celup ayam tadi dengan telur dan gaul dengan tepung bestari.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam sehingga garing.
Untuk membuat kuah:
- Cairkan dua sudu mentega ke dalam kuali.
- Tumis satu biji bawang holland dan masukkan cili merah atau hijau.
- Kemudian, letak dua tangkai daun kari.
- Tuang 3/4 tin susu cair.
- Kalau nak berlemak boleh tambahkan kepingan cheese
- Bila kuah sudah sebati, masukkan ayam yang siap digoreng ke dalam kuah.
Resepi Ayam Buttermilk Simple 15 minit
Bahan-bahan:
- Isi Ayam (dipotong dadu)
- Mentega / Marjerin (1 sudu besar)
- Tepung Gandum (ikut kuantiti ayam)
- Serbuk Kari (ikut kuantiti ayam)
- Susu Cair (satu tin)
- Daun Kari
- Cili Api (optional)
- Telur (1 biji)
- Cheese Slice (optional)
- Garam & perasa
Cara masak ayam buttermilk:
- Perapkan isi ayam dengan tepung gandum, serbuk kari, telur dan garam.
- Goreng ayam separuh masak.
- Cairkan mentega dan tumis daun kari dan cili api sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan cheese slice dan masak sehingga cheese cair.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sehingga pekat.
- Jika mahukan kuah, boleh tambah sedikit susu cair atau air.
- Perasakan dengan garam, perasa dan siap.
Selamat mencuba!
Resepi Che Nom , Khairul Aming , Fellina Fattah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!
Baca juga: 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa
Baca juga: Resepi Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!