Mungkin ibu-ibu di luar sana ingin mencari kelainan dalam menyediakan menu anak-anak. Kalau lauk sama setiap hari pun jemu juga. Apa kata cuba resepi ayam goreng berempah yang akan kami kongsikan nanti.
Ada yang kata anak-anak tidak suka makan ayam goreng berempah, namun belum cuba belum tahu. Jika kena cara masakannya mungkin ia akan menjadi antara makanan kegemaran anak-anak nanti.
Resepinya yang ringkas dengan penggunaan bahan yang mudah didapati membolehkan ibu-ibu mencuba menu ini di mana-mana sahaja.
Isi Kandungan
Resepi Ayam Goreng Berempah, Anak Tak Tahan Pedas Pun Boleh Makan
Ayam antara protein terbaik diambil oleh kanak-kanak. Kalau anak sudah bosan makan sup ayam mungkin ibu boleh cuba senarai resepi di bawah.
1.Klasik
Bahan kisar:
- 3 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 inci halia
Bahan lain:
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 2 sudu makan rempah kari daging
- Sedikit perasa dan garam
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu makan tepung jagung
Cara penyediaan:
- Gaul sebati ayam dengan bahan kisar dan bahan lain.
- Perap sekurang-kurangnya satu jam
- Goreng kesemua bahan yang diperap
2.Bersarang
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam – potong kecil
- 5 batang serai
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 pek kecil rempah kari
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur ayam
- daun kari
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan – tidak terlalu halus
- Tapis dan buang air
- Tuang semua bahan yang ditapis ke dalam bekas yang berisi ayam tadi
- Masukkan 1 pek kecil rempah kari
- Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
- Masukkan 2 sudu besar tepung jagung
- Pecahkan telur dan gaul rata
- Perap 30 minit dan dan gaul sekali lagi
- Pastikan minyak banyak – hingga ayam tenggelam
- Apabila sudah hampir garing masukkan daun kari
Kukus Kemudian Goreng, Resepi Ayam Goreng Berempah Terbaik
3.Rangup di luar, lembut di dalam
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 1 labu bawang putih
- 4 batang serai
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara penyediaan:
- Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari
- Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air
- Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit
- Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
- Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit
- Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit
- Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai, Ini 5 Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai
Baca juga: Nak Cuba Kelainan Dari Ayam Goreng Biasa? Ini Variasi Resepi Yang Sedap Boleh Cuba Di Rumah
Baca juga: 6 Menu Berasaskan Ayam Goreng KFC Yang Menyelerakan, Pasti Makan Sambil Menjilat Jari!