X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 Menu Berasaskan Ayam Goreng KFC Yang Menyelerakan, Pasti Makan Sambil Menjilat Jari!

4 min bacaan
6 Menu Berasaskan Ayam Goreng KFC Yang Menyelerakan, Pasti Makan Sambil Menjilat Jari!

Mungkin ada ibu yang sudah kering idea untuk sediakan hidangan seisi keluarga. Menu ayam goreng KFC ini mungkin boleh membantu!

Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah jenama fast food yang cukup popular di negara ini. Bukan saja anak kecil sewal umur dua tahun sudah mengenali menu ayam goreng KFC tetapi warga emas turut tahu mengenainya. 

Berbanding fast food lain, KFC lebih mendapat tempat untuk semua peringkat umur di negara ini kerana menu utamanya adalaha berasaskan ayam yang lebih dekat dengan orang kita.

Mungkin ada ibu yang sudah kering idea untuk sediakan hidangan seisi keluarga. Menu ini mungkin boleh membantu!

Menu ayam goreng KFC yang boleh ibu cuba di rumah!

#1. Sweet&Sour Popcorn Chicken

Menu ayam goreng KFC

Kredit foto: FB KFC.sg

Bahan-Bahan

  • 1 kotak KFC popcorn chicken
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar bawang putih (diracik)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 4 sudu besar air
  • Sedikit timun, cili benggala hijau, merah dan kuning (dipotong dadu)
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk kecil nasi

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  2. Tumis bawang putih sehingga berwarna keperangan
  3. Masukkan gula sehingga ia cair dan keperangan kemudian masukkan sos tiram dan sos tomato kacau sehingga ia nampak berbuih
  4. Masukkan air dan biar ia mendidih
  5. Masukkan sayur dan masak untuk beberapa minit
  6. Masukkan KFC popcorn chicken dan kacau rata
  7. Masukkan dalam pinggan dan sedia untuk di hidang!

#2. Chicken Baked Rice

Menu ayam goreng KFC

Kredit foto: FB KFC.sg

Bahan-bahan

  • 2 ketul ayam KFC original
  • 1 mangkuk kecil nasi
  • 4 sudu besar sos karbonara
  • 1 mangkuk kecil keju parmesan, cheddar dan mozarella (dihiris)

Cara memasak

  1. Leraikan ayam dari tulang dan potong ia menjadi kepingan
  2. Ratakan nasi ke dalam mangkuk tahan panas untuk dibakar dalam ketuhar
  3. Letakkan kepingan ayam di atas nasi
  4. Ratakan sos karbonara di atas ayam dan taburkan keju
  5. Bakar dalam ketuhar dengan 180 darjah selsius selama 15-20 minit atau sehingga keju menjadi keperangan

#3. Hot&Crispy Chicken Aglio Olio

Menu ayam goreng KFC

Kredit foto: FB KFC.sg

Bahan-bahan

  • 2 ketul ayam goreng KFC Hot&Crispy
  • 50 g spageti (direbus terlebih dahulu)
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • 4 biji bawang putih
  • 3 cendawan shitake (dihiris)
  • 1 cili api (dihiris)
  • Sedikit daun parsley (dihiris)
  • 1 sudu besar keju parmesan
  • Secubit garam dan lada hitam

Cara memasak

  1. Leraikan ayam dari tulang dan potong ia menjadi kepingan
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga berwarna keperangan
  3. Masukkan cendawan dan tumis kira-kira 1 minit
  4. Masukkan cili padi dan tumis 10 saat
  5. Masukkan spageti yang telah direbus dan kacau hingga sebati
  6. Masukkan kepingan ayam
  7. Perasakan dengan garam dan lada hitam dan sedikit daun parsley
  8. Letakkan keju parmesan di atas sebelum dihidang

#4. Chicken Shepherd’s Pie

Menu ayam goreng KFC

Kredit foto: FB KFC.sg

Bahan-bahan

  • 1 ketul ayam goreng original KFC
  • 1 kentang lenyek KFC (saiz sederhana)
  • 1/4 cawan mixed vegetable
  • 2 ketul cendawan butang (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil keju mozarella dan cheddar (dihiris)

Cara memasak

  1. Hiris cendawan butang
  2. Leraikan ayam dari tulang dan cincang
  3. Campurkan mixed vegetable, hirisan cendawan butang dan ayam KFC yang dicincang ke dalam bekas tahan haba untuk dimasukkan dalam ketuhar
  4. Ratakan kentang lenyek KFC di atas bahan tadi
  5. Tabur keju di bahagian atas
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190 darjah selsius selama 20 minit atau sehingga keju menjadi keperangan

#5. Chicken Pot Pie

Menu ayam goreng KFC

Kredit foto: FB KFC.sg

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Bahan-bahan

  • 1 ketul ayam goreng original KFC
  • 1 kentang lenyek KFC (saiz sederhana)
  • 1/4 cawan mixed vegetable
  • 1 biji telur
  • 1 keping roti prata

Cara memasak

  1. Masukkan mixed vegetable
  2. Leraikan ayam dari tulang dan cincang
  3. Campurkan mixed vegetable dan ayam KFC yang dicincang ke dalam bekas tahan haba untuk dimasukkan dalam ketuhar
  4. Letakkan roti prata di bahagian atas sehingga menutupi bahagian tepi mangkuk
  5. Pukul telur dan ratakan telur di atasnya
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190 darjah selsius selama 15-20 minit atau sehingga roti prata kembung dan keperangan

#6. Chicken Oyakodon

Menu ayam goreng KFC

Kredit foto: FB KFC.sg

Bahan-bahan

  • 2 ketul ayam goreng original KFC
  • 1 mangkuk nasi (saiz kecil)
  • 1 mangkuk air (saiz kecil)
  • 1/4 bawang Holland
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar stok ayam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • rumpai laut (dihiris)

Cara memasak 

  1. Leraikan ayam dari tulang dan potong ia menjadi kepingan
  2. Masukkan air dalam kuali dan biarkan mendidih
  3. Masukkan bawang Holland, kicap, stok ayam dan gula. Kacau hingga bawang menjadi layu
  4. Masukkan kepingan ayam dan masak selama 1 minit
  5. Pukul telur dan ratakannya di atas campuran ayam dan bawang tadi
  6. Masak dengan api sederhana sehingga telur nampak sedikit garing
  7. Letakkan di atas nasi
  8. Hias dengan rumpai laut yang dihiris

Sumber: FB kfc.sg

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comresepi-ikan-untuk-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 6 Menu Berasaskan Ayam Goreng KFC Yang Menyelerakan, Pasti Makan Sambil Menjilat Jari!
Kongsikan:
  • Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!

    Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!

  • Resepi Ayam Sedap Sebagai Menu Berbuka Puasa, Paling Unik Masak Guna Uncang Teh!

    Resepi Ayam Sedap Sebagai Menu Berbuka Puasa, Paling Unik Masak Guna Uncang Teh!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!

    Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!

  • Resepi Ayam Sedap Sebagai Menu Berbuka Puasa, Paling Unik Masak Guna Uncang Teh!

    Resepi Ayam Sedap Sebagai Menu Berbuka Puasa, Paling Unik Masak Guna Uncang Teh!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.