Buntu nak masak apa untuk juadah berbuka nanti? Jom lihat resepi ayam masak halia yang mudah ini. Jadi bolehlah ibu sediakan sebagai juadah berbuka nanti.
Resepi Ayam Masak Halia, Simple & Mudah
Kali ini kami kongsikan resepi ayam masak halia daripada Chenom yang sangat mudah dan senang. Sekejap saja dah siap.
Bahan-bahan:
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Ambil sedikit minyak daripada baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
- Masukkan sos tiram, kicap cair, dan taburkan sedikit lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
- Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
- Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.
Chenom
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!
Baca juga: 5 Resepi Ayam Yang Sedap, Mudah & Lazat, Gerenti Sampai Anak & Suami Minta Tambah Lagi!
Baca juga: Resepi Ayam Sedap Sebagai Menu Berbuka Puasa, Paling Unik Masak Guna Uncang Teh!