Resepi Ayam Sedap Sebagai Menu Berbuka Puasa, Paling Unik Masak Guna Uncang Teh!

Pernah dengar bahan masakan guna uncang teh? Kali ini kami kongsikan resepi unik ini untuk anda cuba di rumah sebagai menu buka puasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan puasa ni walaupun belum 10 hari puasa, ibu-ibu ramai yang dah buntu nak masak masak apa kan? Kali ini kami kongsikan resepi ayam sedap yang boleh anda cuba untuk menu buka puasa atau bersahur.

Bagi yang tiada alahan pada ayam, memang barang basah seperti ayam antara yang wajib ada dalam peti ais kerana ia antara makanan yang paling dimakan oleh semua peringkat umur.

Jadi biasanya dalam peti ais memang ada ayam. Tanyalah pada sesiapapun, barang basah ini memang sering ada dalam peti ais sesiapa saja terutama bagi yang ada anak kecil.

Resepi ayam sedap untuk berbuka atau bersahur

Kali ini kami kongsikan menu yang berbeza sedikit daripada biasa. Jika anda tidak pernah mencubanya, bolehlah jadikan ia sebagai salah satu menu untuk berbuka atau bersahur. 

#1. Resepi ayam sedap – Pongteh Nyonya

Bahan kisar:

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 peha ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar pes taucu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 500ml stok ayam
  • 1 biji cili merah (dipotong separuh)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
  3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
  4. Masukkan gula melaka dan kentang.
  5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
  6. Tabur daun bawang sebagai topping.
  7. Ayam Pongteh sudah siap!

#2. Resepi ayam sedap – Masak Bali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: ontrenz

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  • 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  • 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  • 6 batang serai, diketuk
  • 4 pelepah daun kari
  • 1 camca besar kicap lemak manis Jalen
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Bahan kisar:

  • 4 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing.
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak.
  3. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.
  4. Tambah bahan-bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
  6. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

#3. Singgang ayam

Kredit: pda jawe

Bahan-bahan diperlukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 ketul paha ayam
  • 4 cawan air
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci kunyit (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci lengkuas (dihiris)
  • 1 batang serai
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 biji cili merah (dipotong)
  • 5 batang sayur bendi
  • 5 biji cili padi

Cara memasak:

  1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur, garam dan lada hitam. Didihkan.
  2. Masukkan ayam, bendi, cili merah dan cili padi.
  3. Didihkan hingga ayam masak.
  4. Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!

#4. Ayam asap teh

Kredit: ontrenz

Bahan-bahan perap:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • ½ ekor ayam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  • 3 uncang teh
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Cara memasak:

  1. Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
  2. Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
  3. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  4. Panaskan air untuk kukus ayam guna api besar.
  5. Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
  6. Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
  7. Selepas 40 minit angkat ayam dari pengukus. Air kukusan boleh dijadikan chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk.
  8. Sapu rata pada ayam yang dah dikukus campuran sos tadi.
  9. Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk.
  10. Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam.
  11. Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
  12. Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Sumber: ontrenz

Baca juga: 7 Resepi Menu Berbuka Puasa Berasaskan Ayam Yang Simple & Sedap, Anak Mesti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar