Hampir tamat sesi persekolah penggal ini pasti banyak sekolah yang buat jamuan dan sebagainya. Buntu memikirkna menu apa yang disukai kanak-kanak? Apa kata anda cuba resepi bihun goreng Singapore yang kami kongsikan ini.
Ia tidak pedas dan biasanya kena dengan selera kanak-kanak yang kurang gemar pedas. Bukan saja kena dengan selera anak-anak, guru-guru juga mesti suka.
Bahannya juga senang, malah bihun yang sinonim berwarna putih ini amat mudah disediakan. Masak pagi-pagi sebelum anak ke sekolah pun sempat.
Isi Kandungan
Resepi bihun goreng Singapore, confirm budak-budak suka!
Semua resepi ini hanya memerlukan bahan yang mudah. Jadi usah risau.
1.Bihun Singapore seafood
Bahan-bahan:
- 1 bungkus bihun (400g)
- sedikit minyak, untuk menumis
- 1 mangkuk kecil isi udang
- 1 mangkuk kecil sotong
- 3 batang fish cake, potong dadu
- 1 kiub ikan bilis
- 2 biji telur
- kobis, cincang kasar
- lobak merah potong mancis
- sawi
- taugeh
lada sulah (jika suka) - garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk halus/ kisar
- 5-6 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 sudu besar lada hitam
Cara Penyediaan:
- Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan isi udang, sotong dan fish cake.
- Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
- Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
- Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
- Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
Tips resepi bihun goreng Singapore tidak keras
Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.
2. Bihun goreng Singapore ayam
Bahan-bahan
- 350g bihun, direndam
- ½ cawan minyak masak
- 7 biji bawang merah, dikisar
- 5 ulas bawang putih, dikisar
- 150g isi ayam, dipotong kecil
- 15 ekor udang, dibersihkan
- 3 biji telur
- 2 sudu kecil lada hitam berperisa
- ½ sudu kecil kicap masin
- 1 ½ sudu kecil garam
- 100g sawi, dipotong
- 100g Lobak merah, dipotong memanjang 3 cm
- ½ cawan Air
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan isi ayam dan udang. Kacau sehingga masak.
- Tepikan isi ayam dan udang di dalam kuali, masukkan telur dan kacau sehingga masak.
- Perasakan dengan lada hitam tetapi tak perlu banyak jika tidak mahu pedas, kicap masin dan garam. Kacau rata.
- Masukkan bihun, sayur-sayuran dan air. Kacau sehingga bihun lembut.
- Sedia untuk dihidang.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!
Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!
Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam