Resepi Biskut Florentine Yang Rangup Dan Sedap, Kesukaan Anak-Anak Ketika Hari Raya

Resepi biskut florentine rangup, mudah dan senang dibuat ini sesuai dihidangkan kepada tetamu semasa sambutan Aidilfitri nanti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua tahun tidak dapat beraya bersama keluarga dan saudara-mara kerana sebelum ini pandemik Covid-19 melanda negara. Tahun ini terasa bersemangat menyambut Aidilfitri, namun tiada pula idea membuat biskut raya. Apa kata cuba resepi biskut florentine yang rangup ini, mudah disediakan dan paling penting, bahan-bahan digunakan juga senang didapati di kedai.

Tidak hanya Aidilfitri, biskut ini juga boleh dibuat sebagai snek sambil menonton televisyen atau untuk sesiapa yang mahu mencari pendapatan sampingan, boleh menjual biskut florentine menggunakan resepi ini.

Resepi biskut florentine yang rangup dan sedap

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung florentine
  • 500 gram almond slice (bakar sekejap 5 minit)
  • 200 gram biji labu hijau (bakar sekejap 5 minit)
  • 100 gram kuaci putih (bakar sekejap 5 minit)
  • 40 gram bijan hitam atau putih (bakar sekejap 5 minit)

Nota penting: suhu bakar kekacang dalam 150 c hingga 160 c

Cara-cara membuatnya:

  • Campur semua bahan dan gaul rata di dalam mangkuk atau bekas.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah digaul rata tadi ke dalam bekas kek cawan kertas. Ia bagi memudahkan ia dikeluarkan selepas siap dibakar. 

  •  Kemudian bakar suhu 150 c menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit atau hingga warna menjadi perang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Apabila sudah siap proses membakar, tunggu sehingga agak sejuk dan barulah keluarkan biskut florentine daripada bekas kek cawan kertas.
  • Sudah agak sejuk, kita akan dengar bunyi ‘kriuk-kriuk’. Ketika itu biskut florentine sudah boleh dikeluarkan. Jangan keluarkannya semasa masih panas kerana ia menyebabkan biskut pecah.

  •    Simpan biskut di dalam bekas kedap udara. Boleh dihidangkan kepada tetamu semasa Aidilfitri. Selamat mencuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah Dibuat & Sedap Tak Terkata!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Jadi Kuih Raya!

Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kering Dengan Cookies Yang Sedap dan Penuh Khasiat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan