Apabila anak sudah menginjak usia di mana mereka sudah boleh mencuba berbagai-bagai jenis makanan, ia boleh menjadi waktu paling seronok bagi para ibu yang gemar meluangkan masa di dapur. Kali ini, kami akan kongsikan resepi cheesecake yang boleh anda eksperimen di dapur untuk buka selera anak!
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Resepi cheesecake baby 7 bulan dengan guna tiga bahan sahaja
- Perkenalkan keju pada si manja, ramai ibu masih was-was dan khuatir
- Keju bukan sahaja naikkan berat badan anak, tetapi banyak lagi khasiat ibu perlu tahu
Resepi yang bakal kami kongsikan bukan sahaja dapat membuka selera si manja, tetapi ia juga dapat menambah berat anak termasuklah memberi kebaikan dan manfaat apabila memperkenalkan si manja kepada keju.
Resepi cheesecake baby 7 bulan dengan guna tiga bahan sahaja
Sebaik sahaja anak anda mula berusia 6 bulan, sistem pencernaan mereka sudah cukup kuat untuk memproses makanan-makanan lembut selain dari susu badan atau susu formula.
Oleh itu, inilah masa untuk para ibu bereksperimen dengan jenis-jenis makanan yang dapat buka selera bayi!
Bagi sesetengah ibu, ada yang lebih cenderung untuk menunggu beberapa minggu atau hingga si manja mencecah usia 7 bulan sebelum mereka memperkenalkan anak dengan makanan.
Bagi resepi cheesecake untuk bayi yang bakal kami kongsikan ini, ia sesuai untuk si manja yang berusia 7 bulan. Bagi para ibu yang hendak menaikkan berat anak, bolehlah cuba resepi mudah dan dijamin sedap ini!
Bahan-bahan:
- Krim keju Tatura – setengah dari 250 g
- Tepung gandum sesudu
- Telur sebiji
Cara penyediaan:
- Kisarkan kesemua bahan di atas.
- Isikan separuh dari bekas yang hendak diguna untuk kukusan.
- Kukus sehingga kek tidak melekat di lidi, sekurang-kurangnya selepas 10 minit kukusan
Jika para ibu hendak menambah rasa buah-buahan pada kek keju tersebut, bolehlah tuangkan puri mangga, labu dan sebagainya. Semuanya terpulang pada si ibu!
Dengan resepi yang ringkas dan sedap bagi makanan si manja, tentulah ibu-ibu hendak tahu apakah kebaikan keju pada si manja, bukan? Barulah semangat hendak sediakan kek keju lebih kerap untuk selera anak.
Perkenalkan keju pada si manja, ramai ibu rasa was-was dan khuatir
Bayi yang sedang membesar perlu memakan makanan yang penuh khasiat agar mereka dapat menyerap nutrien makanan tersebut bagi tujuan tumbesaran yang optimum.
Sebelum anda mengetahui apakah manfaat memperkenalkan keju kepada si kecil, anda perlulah tahu bila waktu yang sesuai untuk anak anda mula memakan keju. Walaupun sistem pencernaan anak mula matang pada usia 6 bulan, tidak salah untuk ibu mengambil langkah berjaga-jaga demi kebaikan anak!
Ramai yang berpendapat bahawa tidak wajar untuk memberi anak mencuba keju pada usia yang terlalu muda kerana kandungan bahan tenusu dalam keju boleh menyebabkan si manja anda mengalami sakit perut.
Namun, penting untuk para ibu trial and error dalam pemakanan anak supaya mereka tidak akan membesar menjadi seorang yang memilih makanan.
Sekiranya anda was-was hendak memberikan keju yang mengandungi bahan tenusu pada si manja anda, ibu bolehlah membuat temujanji bersama pakar pediatrik bagi membincangkan kebaikan dan risiko yang boleh terjadi.
Selain dari itu, mari kami kongsikan kebaikan keju apabila diperkenalkan kepada si manja anda!
Keju bukan sahaja naikkan berat badan anak, tetapi banyak lagi khasiat ibu perlu tahu
- Kaya dengan kalsium. Untuk perkembangan gigi dan tulang yang kuat, keju boleh menyumbang kandungan kalsium yang secukupnya untuk kesihatan bayi.
- Kaya dengan protein dan nutrien. Nutrien seperti vitamin D diperlukan oleh si manja untuk membina badan yang lebih kuat. Protein juga dapat memberi si manja tenaga untuk kekal aktif.
- Kaya dengan vitamin B12. Sekiranya keluarga anda mengamalkan diet vegetarian, pengambilan keju boleh mengganti vitamin yang anda boleh dapati dalam daging.
- Kalori yang dapat beri tenaga. Kandungan kalori yang terdapat dalam keju boleh memberi anak anda tenaga yang diperlukannya dalam aktiviti seharian.
Nasihat kami, janganlah terlalu was-was untuk memberi si manja anda mencuba makanan baru! Tanpa trial and error dalam pemakanan anak, anda tidak akan tahu makanan apa yang si manja anda alergik dan tidak boleh terima.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk para ibu dan anak!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!
Baca juga: Resepi Sweet Potato Untuk Bayi Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Pikat Selera Si Manja
Baca juga: 4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!