Kebanyakan ibu pastinya akan berasa buntu apabila memikirkan menu yang ingin dihidangkan untuk seisi keluarga. Untuk sedikit kelainan, apa kata anda cuba resepi churros sebagai kudapan minum petang atau bekal untuk anak ke sekolah.
Jika beli di kedai, harganya mungkin agak mahal dan kuantiti pula sedikit. Sebagai ibu, anda boleh jimatkan wang dengan buat sendiri. Satu adunan tepung sebenarnya boleh dapat banyak, malah ia boleh disimpan lama dalam peti sejuk.
Resepi churros homemade mudah dan sedap
Seorang pengguna di Facebook, Faridzoh Abd Rahman telah berkongsikan resepi churros yang mudah dan sedap untuk ibu cuba di rumah.
Saja-saja mencuba, dah lama duk berangan nak buat. Resipi dari kumpulan masak-masak sahaja. Makan saja tanpa sos pencicah pun sudah sedap, kalau ada sos lagi sedap!
Bahan-bahan untuk resepi churros:
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar gula kastor
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur gred A
Cara penyediaan:
- Didihkan air, masuk butter, gula, garam & esen vanila. Tutup api.
- Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
- Masukkan telur, kacau juga sampai sebati.
- Masuk adunan dalam piping bag & guna nozzle bunga.
- Paipkan terus dalam minyak atau boleh juga paip dulu atas dulang untuk dapat saiz yang sama.
Nota:
- Kalau tiada butter, ibu boleh ganti guna planta atau marjerin
- Kalau tiada gula kastor, boleh kisar gula biasa menjadi halus
- Tips untuk resepi churros rangup: Kerap kacau masa menggoreng api sederhana sampai permukaan luar churros kelihatan coklat
Cara buat dipping sauce untuk churros
#1. Sos karamel
- Masak air dan gula dalam periuk dengan api kecik. Pastikan kacau sentiasa, jangan sampai hangus lekat dekat periuk
- Masukkan butter untuk dicairkan bersama garam dan ekstrak vanila.
- Bila butter dah cair, masukkan susu cair dan kacau sehingga dapat kepekatan yang diingini
- Tutup api dan biarkan sejuk sebelum nikmati dengan churros
#2. Sos coklat
- Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
- Kacau sampai larut.
- Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram)
#3. Sos butterscotch
- 1/2 cawan brown sugar
- 1/2 cawan uht whipping cream
- Secubit garam
- 1/2 tsp esen vanila
- 50 gm butter
Cara-caranya:
- Cairkan butter. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih
- Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan esen vanila. Tutup api dan kacau sebati
- Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat
Tips buat Churros supaya menjadi
- Ketika anda ingin masukkan tepung churros, adalah lebih baik tutup api buat seketika
- Jangan uli tepung dengan air panas yang menggelegak untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dan kerangupan tu tahan lebih lama
- Kalau adunan tepung masih panas, jangan uli dengan tangan. Tunggu sekejap dan tiada masalah untuk ambil masa untuk adunan menjadi licin
- Jangan buat tergesa-gesa sebab kuih ini tiada istilah bantat atau tidak naik
- Seeloknya guna piping beg yang tebal sebab jenis yang nipis akan mudah pecah
- Guna star nozzle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau nak guna acuan kuih semperit pun boleh. Saiz churros yang cantik adalah dalam anggaran 2 inci setiap satu
- Pada yang expert pro master, boleh paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam. Selepas itu baru masukkan dan goreng semua sekali dalam kuali
Untuk nikmati lebihan churros pada masa yang lain, anda boleh bekukan adunan seperti bawah:
- Pastikan adunan sudah padat dan hilang sifat melekit, masukkan ke dalam plastik dan bekukan selama beberapa minggu.
- churros yang dimasak dan disejukkan boleh dibalut kedap udara dan dibekukan sehingga kira-kira sebulan
- Anda boleh panaskan semula selama kira-kira 10 minit dalam ketuhar 350°F.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!
Baca juga: Resipi Corndog Cheese Tarik Kesukaan Anak-Anak, Ibu Pertama Kali Buat Confirm Jadi!
Baca juga: Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!