Musim hari raya haji memang akan meriah dengan hidangan berasaskan daging. Agihan daging korban yang diterima membuatkan ramai isi rumah dapat menikmatinya. Justeru apa kata ibu cuba beberapa resepi daging simple dan sedap ini!
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 5 jenis resepi daging simple, mudah dan sesuai untuk hidangan keluarga
Hanya 15 minit masa diperlukan untuk siapkan setiap hidangan. Bukan setakat mudah nak buat, dalam masa sama juga ia mungkin menjadi menu kegemaran suami dan anak-anak di rumah.
5 jenis resepi daging simple, mudah dan sesuai untuk hidangan keluarga
#1. Resepi masakan daging sedap: Szechuan Beef
Bahan-bahan:
– 600gm daging lembu (bersihkan dan dipotong dadu)
– 150gm lada benggala hijau, kuning dan merah (dipotong dadu)
– 50gm lobak merah (dihiris nipis dan dibentukkan seperti bunga)
– 20gm cili kering (dipotong)
– 30gm spicy hot bean sauce
– 20gm sos tiram
– 10gm serbuk pati ayam
– 4 sudu makan air
– Minyak masak secukupnya
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
- Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
- Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
#2. Menu daging: Mongolian beef
Bahan-bahan:
– 1 kilo daging steak flank (dihiris nipis)
– 1/4 cawan tepung jagung
– 1/2 cawan minyak sayuran
– 2 helai daun bawang (dihiris tipis)
– 1/2 cawan gula perang
– 3 ulang bawang putih (dicincang)
– 2 sudu kecil halia segar (diparut)
– 2 sudu minyak sayuran
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk sederhana, pukul bersama kicap, gula perang, bawang putih, halia, 2 sudu minyak sayuran dan 1/2 cawan air. Campurkan campuran kicap dalam periuk sederhana. Didihkan sehingga pekat sedikit, kira-kira 5-10 minit. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, gaulkan daging dan jagung.
- Panaskan 1/2 cawan minyak sayuran dalam periuk besar. Masukkan daging lembu dan goreng sehingga separuh masak, kira-kira 1-2 minit. Pindahkan ke pinggan mangkuk dan toskan dengan kertas untuk membuang minyak berlebihan.
- Masukkan campuran daging lembu dan kicap ke dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana dan masak sehingga kuah kicap pekat dan melekit, kira-kira 2-3 minit.
- Angkat dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dinikmati!
#3. Resepi masak daging goreng kurma
Bahan-bahan:
– 500gm daging (dihiris nipis)
– 2 sudu makan rempah kurma
– 2 sudu makan yogurt
– 1 sudu the serbuk lada sulah
– 1 biji ubi kentang (dipotong memanjang)
– 2 pokok daun ketumbar (dihiris)
– 3 biji cili hijau (dihiris 2cm)
– 4-5 biji tomato ceri
– 1 biji bawang besar (dibelah 8)
– 3 ulas bawang merah (dihiris)
– 5 ulas bawang putih (dihiris)
– 3cm halia (dihiris)
– 2 batang serai (dihiris)
– Garam dan gula secukup rasa
– Minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
- Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
- Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
- Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat, masukkan tomato ceria. Sedia dihidangkan.
Ps: Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili padi.
#4. Jenis masakan daging: Daging goreng lada hitam
Bahan-bahan:
– 300gm daging
– 1 sudu the serbuk lada hitam
– 1 sudu teh sos lada hitam
– 1 sudu teh sos tomato
– 1 sudu the sos cili
– 1 sudu makan kicap manis
– 1 biji lada benggala
– 1 biji bawang besar
– Sedikit garam dan gula
– Sedikit cuka
– Minyak masak secukupnya
Bahan ditumbuk:
– 2 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1cm halia
Cara penyediaan:
- Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
- Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
- Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
- Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Ps: Terpulang kepada anda untuk masukkan garam atau tidak kerana sos sudah pun masin.
#5. Resipi daging goreng kicap
Bahan-bahan:
– 300gm daging
– 3 ulas bawang putih (diketuk)
– 1cm halia (dihiris nipis)
– 5 biji cili padi (dihiris kasar)
– 1 biji lada merah (dihiris)
– 1 sudu makan sos tiram
– 1 sudu makan kicap manis
– 1 sudu teh lada sulah
– 1 biji kentang (dipotong dan digoreng)
– 1 biji bawang besar (dihiris)
– Sedikit garam dan gula
– Sedikit serbuk kunyit
– Minyak masak secukupnya
Cara penyediaan:
- Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
- Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
- Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
- Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Ps: Jika hendak berkuah, tambah air sedikit.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sedapnya! Resepi Daging Harimau Menangis Khairul Aming Pasti Buat Anda Terliur!
Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan
Baca juga: Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan