Resepi Kacang Pool Ala Haji Larkin, Menu Populor Negeri Johor Yang Mudah & Sedap

Resepi kacang pool asli Johor: 400 gram daging kisar, 2 camca besar rempah kari daging, 2 tin kacang pool, 1 tin baked beans

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kacang pool adalah hidangan yang unik dan kaya dengan rasa, berasal dari Timur Tengah dan popular di Malaysia, khususnya di Johor. Resepi kacang pool sangat mudah untuk anda cuba di rumah.

Hidangan ini terdiri daripada kacang pool yang dimasak bersama rempah, dihidangkan dengan telur goreng mata dan roti bakar.

Resepi Kacang Pool

Bahan Kacang Pool

  • 400 gram daging kisar 
  • 2 camca besar rempah kari daging – baba’s
  • 2 tin kacang pool (foul)
  • 1 tin baked beans
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus
  • 2 camca besar minyak sapi
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis

Kisar Halus

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Lain Untuk Kacang Pool

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Limau kasturi – belah 2
  • Bawang besar – dadu kecik
  • Cili hijau – dadu boleh, potong serong boleh
  • Roti – terpulang nak guna roti apa, gardenia pun boleh

Cara Masak Kacang Pool

  1. Cuci bersih daging cincang dan letak dalam tapis dan tos.
  2. Ramas kacang pool dan baked beans hingga pecah tapi tak payah sampai lumat.
  3. Satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biar sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi sampai naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa sampai naik minyak.Kemudian masukan daging cincang dan masak lagi sampai naik minyak lagi.
  5. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan kalau nak lebih pekat) kacau hingga air mendidih. Masukan baked bean dan kacang pool tadi. Kacau sentiasa dan gunakkan api sederhana selama lebih kurang 15 – 20 minit.
  6. Akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan bila dah masak boleh matikan api.

Cara Hidang Kacang Pool

Bila nak hidang, cedok kacang pool mangkuk kemudian taburkan cili hijau, bawang besar dadu dan letak sekeping telur mata. dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti yang awak suka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Roti Perancis boleh, gardenia pun boleh. Cicah kacang pool ni dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool.

Tips Buat Kacang Pool

  • Jenis Kacang: Selain kacang pool, boleh jugak masukkan kacang-kacang lain. Contoh baked beans, red beans atau pun chick peas. Macam-macam resepi kacang pool ni sebenarnya. Nak guna kacang pool sahaja pun boleh. Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita.
  • Kepelbagaian Rasa: Anda boleh menambah daging cincang atau daging kambing ke dalam kacang pool untuk variasi rasa dan tekstur.
  • Perasa Tambahan: Tambahkan sedikit serbuk paprika untuk menambah kedalaman rasa pada kacang pool anda.

Asal Usul Kacang Pool

Sejarah kacang pool ni sebenarnya dari negara Mesir. Diperbuat dari kacang ful, atau kita kenal dengan nama kacang parang. Resepi “ful medames” ni memang dah wujud sejak kurun ke-4 masihi lagi.

Yang kita tahu, Sultan Abu Bakar, Sultan Johor memang suka ke Eropah, dan suka bawa masuk makanan barat ke Johor. Kalau nak tahu, inilah salah satu sebab Laksa Johor guna spagheti.

Nak buat kacang pool ni adalah dengan merebus kacang parang sehingga lembut lalu ditumis dengan rempah dan daging. Rasa kacang pool adalah seperti makanan campuran citarasa Arab dengan citarasa Melayu sikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, resepi kacang pool merupakan hidangan yang mudah disediakan tetapi kaya dengan rasa dan nutrisi. Ia sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam.

Dengan mengikuti resepi ini, anda boleh menikmati kacang pool yang lazat dan memuaskan bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Mamak Yang Rangup & ‘Juicy’, Ikut Cara Che Nom Confirm Menjadi

Baca juga: Resipi Pengat Labu Manis Ikut Cara Che Nom, Menu Hi-Tea Yang Simple, Sedap & Menarik

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Homemade Yang Sedap & Mudah, Lebih Puas Hati Kalau Buat Sendiri