Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Roti

Resepi kari ayam yang sedap dan menjadi memerlukan beberapa bahan serta teknik masakan yang betul. Boleh cuba resepi ini, pasti menjadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

​​Kari ayam merupakan hidangan yang terkenal di banyak negara seperti India, Pakistan, Filipina, Thailand, dan Jamaica. Setiap individu mempunyai cara memasak dan resepi kari ayam yang berbeza, tetapi asasnya adalah ayam dan kuah kari yang pekat.

Aroma rempah yang harum dan rasa kari yang lazat dengan ayam yang empuk menjadikannya hidangan ini salah satu yang disukai ramai orang tidak kira tua atau muda.

Sesetengah individu juga suka menambahkan ubi kentang atau sayur lobak merah di dalam hidangan kari ayam.

Resepi Kari Ayam Simple Tapi Sedap

Resepi kari ayam tanpa santan

Kari ayam adalah hidangan yang lengkap kerana ia mengandungi protein daripada ayam. Kuahnya juga dibuat dengan herba dan rempah ratus, yang tinggi dengan zat mineral baik untuk kesihatan badan.

Di Malaysia resepi kari ayam simple adalah salah satu hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat kerana kelazatan kari ayam yang dimasak bersama rempah dan bahan terpilih. Ia menjadi antara lauk yang sesuai dimakan sepanjang hari.

Kalau pagi, anda boleh nikmatinya bersama roti. Kalau tengahari pula dimakan bersama nasi, dipadankan dengan sayur dan sambal. Nak sedap, kuahnya kena pekat likat jangan cair.

Bahan-bahan:

Untuk tumis:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 biji bawang besar
  • Daun kari setangkai dua
  • 4 ulas bawang putih + 1 inci halia
  • 250g serbuk kari Babas
  • 25g serbuk kari masak merah Cap O
  • 1 sb cili kisar

Bahan masuk kemudian:

  • 4 batang serai
  • 2 biji tomato
  • Air

Cara penyediaan:

1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk rempah kari. Perapkan sekejap.
2. Gabungkan 2 jenis serbuk kari dengan sedikit air sampai jadi macam pes.
3. Panaskan minyak. Goreng sekejap ayam yang diperap sampai hilang warna pucat mentah, jangan lama sangat, angkat ketepikan.
4. Minyak goreng ayam tadi kita guna untuk tumis pula. Tumis sampai kekuningan.
5. Masukkan cili kisar, kemudian masukkan pes kari. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang dan mula berbuih-buih. Masa ni perlahankan api sekejap untuk bagi rempah pecah minyak.

Tips untuk memudahkan pecah minyak adalah kita gunakan minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan  sebelum makan nanti.

6. Lepas pecah minyak sikit, (tak lama pun, dalam 3 minit lepas kita masukkan pes kari tadi) masukkan ayam yang kita dah goreng sedikit tadi.
7. Tambahkan air, jangan banyak sangat, sampai ngam ngam tenggelam potongan ayam tadi.
8. Masukkan tomato, serai, dan kentang (dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk2 bila perlu.
9. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula.

Resepi kari ayam Che Nom

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 mangkuk santan
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 3 biji kentang
  • garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
  5. Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
  6. Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
  7. Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.

Untuk lebih rasa pedas dan kuah kari jadi pekat dan menarik, Che Nom tambahkan sedikit serbuk cili. Juga boleh menghilangkan rasa muak menjamu hidangan kuah kari.

  1.  

Resepi kari ayam Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 pelepah daun kari
  • 4 sudu besar serbuk kari (campur 2 jenama)
  • ½ sudu besar garam
  • Air asam jawa
  • ¾ cawan minyak masak
Bahan kisar A:
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
Bahan kisar B:
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Bahan hiris:
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji buah tomato
Cara cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan daun kari.
  2. Masukkan bawang dan tomato kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia kisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga terbit minyak dan cili benar benar masak.
  5. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi. Masukkan sedikit air dan biarkan ianya masak dan terbit minyak.
  6. Masukkan bahan hiris. Masak lagi sehingga sebati dan terbit minyak.
  7. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan ubi kentang.
  8. Biarkan ayam sehingga terbit minyak.
  9. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  10. Apabila sudah mendidih, masukkan santan. Kacau rata.
  11. Masak sehingga kuah terbit minyak cantik.
  12. Sesuaikan rasa.
  13. Bolehlah tutup api.

Resepi kari ayam Sheila Rusly

Bahan bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci Halia*
  • 3 biji bawang merah*
  • 4 sekawan
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Asam keping
  • Perasa maggi cukup rasa
  • Ubi kentang
  • 1 pelepah daun kari
  • Minyak sapi untuk menumis
  • Minyak masak

Cara cara:

  1. Kisar kesemua bahan yang bertanda*.
  2. Dalam kuali, cairkan sedikit minyak sapi yang dicampurkan dengan minyak masak.
  3. Tumis empat sekawan dan masukkan sekali daun kari. 
  4. Masukkan bahan yang dikisar tadi. 
  5. Kemudian, masukkan satu mangkuk serbuk kari dan sedikit serbuk cili. Tumis sehingga naik bau.
  6. Bila sudah pecah minyak, masukkan air yang secukupnya. Boleh sesuaikan dengan citarasa untuk bagi pekat atau cair.
  7. Masukkan kentang yang telah dipotong kecil dan asam keping.
  8. Perasakan dengan garam dan perasa. Kacau rata.
  9. Masukkan ayam. Biarkan sehingga masak dengan api yang perlahan.
  10. Taburkan daun ketumbar.
  11. Tutup api. 

Tak perlu bancuh serbuk kari dan serbuk cili. Teknik ini akan mempercepatkan proses pecah minyak. 

Resepi kari ayam mamak

Bahan bahan:

  • Ayam 1/2 ekor
  • Kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih ( tumbuk atau hiris halus)
  • 2 ulas bawang besar hiris halus
  • 5 pelepah daun kari
  • 2 sudu besar cili kering
  • 125g atau 5 sb kari ikan
  • 2 biji kentan
  • Garam
  • Air asam jawa
  • 2 sb sos tiram 
  • Air secukupnya (750-1000ml)

Cara cara:

  1. Basuh ayam. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan, bawang putih, bawang besar dan daun kari.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  2. Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar. Bila cili dah pecah minyak, masukkan kari ikan. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi. Biar kari betul-betul masak.
  4. Masukkan ayam yang telah dibasuh bersih, gaul rata. Masukkan kentang dan sedikit air. 
  5. Tunggu hingga kentang dan ayam masak. Tipsnya, bila kentang dah empuk maknanya ayam dah masak.
  6. Perasakan dengan garam, air asam jawa dan sos tiram yang telah dibancuh dengan air.
  7. Bila dah cukup rasa, tutup api dan siap untuk dihidang.

Kalau anda sukakan rasa kuah kari yang manis, boleh letak sedikit gula. 

Resepi kari ayam india

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam (digaul sedikit garam dan kunyit)
  • 2 biji bawang besar( dihiris)
  • 6 biji bawang putih( diblender)
  • 1/2 inci halia( dikisar)
  • 3 biji tomato( dipotong)
  • 3 biji kentang (dipotong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji lada besar hijau dan merah (belah 2)
  • 3 tangkai cili kering (potong 2)
  • kayu manis, bunga lawang
  • 2 senduk rempah kari babas

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan dikisar tadi. Masukkan kayu manis dan bunga lawang.
  2. Masukkan kentang, lada besar hijau, cili kering dan tomato.
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati.
  4. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  5. Tuang sedikit air sehingga ayam tenggelam.
  6. Kemudian, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  7. Letakkan lada besar sebagai hiasan hidangan kari.
  8. Siap.

 

Tips masak kari ayam agar tahan lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seringkali menjadi masalah apabila lauk bersantan ini mudah basi dan berikut adalah beberapa cara untuk elakkan menu anda daripada mudah basi.

  • Menggunakan santan segar

Pastikan santan yang dibeli di kedai dalam keadaan segar dan jika anda membeli santan kotak, belilah dalam saiz yang sesuai dengan kuantiti masakan anda untuk elakkan lebihan santan.

Bagi yang membeli kelapa parut, pastikan ia baru sahaja diparut dan perahkan kelapa dengan menggunakan air suam.

  • Masak lauk dengan lebih lama

Untuk elakkan masakan bersantan seperti kari ayam daripada cepat basi, pastikan lauk yang dimasak cukup masak ataupun masak dalam tempoh masa yang agak lama.

Sekiranya anda mahu menambah air, gunakan air yang dimasak ataupun air yang ditapis. Ini akan memastikan lauk bersantan anda tahan lebih lama apabila disimpan.

  • Sejuk bekukan lauk

Salah satu cara untuk memastikan lauk bersantan atau kari ayam tahan lebih lama adalah dengan meletakkan di bahagian sejuk beku.

Ini adalah kaedah penyimpanan terbaik dan tahan lama. Jika anda mahu menggunakannya, keluarkan lauk pada suhu bilik sebelum dipanaskan dan lauk sedia dihidangkan.

  • Simpan dengan cara betul

Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup, kemudian sejukkan hingga wap panasnya hilang.

Setelah wap panas telah hilang barulah masukkan lauk ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Resepi kari ayam ini menghasilkan hidangan yang sedap dengan kuah kari yang pekat dan ayam yang empuk. Anda boleh menyesuaikan jumlah rempah dan rempah ratus mengikut citarasa anda. Jika anda suka pedas, tambahkan lebih banyak serbuk kari atau serbuk cili.

Jika anda suka kuah yang lebih pekat, tambahkan lebih banyak santan pekat. Kari ayam juga boleh ditambah dengan kentang, lobak merah atau sayur-sayuran lain mengikut kegemaran peribadi.

Jadi, jangan ragu untuk mencuba resepi kari ayam ini di rumah. Anda akan teruja dengan hasilnya dan keluarga serta tetamu anda pasti akan menyukainya. Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Variasi RESEPI MEE KARI Untuk Menu Buka Puasa Hari Ini, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Baca juga:  Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga:  Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!