X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

4 min bacaan
Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Sambal belacan menjadikan hidangan berbuka puasa anda bertambah lengkap sambil dinikmati bersama nasi putih dan ikan bakar. Ayuh ibu jom cuba resipi ini!

Makan lebih berselera kalau dinikmati bersama resipi sambal belacan yang cukup membangkitkan selera makan anda setiap hari. Terutama buat anda yang ‘hantu sambal belacan’ tentu tiap kali nak makan tak akan pernah  miss untuk ada sambal belacan ini.

Walaubagaimanapun, tak dinafikan masih ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak tahu membuat resipi sambal belacan yang tepat dan mengiurkan selera makan seisi keluarga.

Hal ini kerana, kalau tersalah cara sambal belacan boleh bikin sakit perut kerana terlalu cepat basi.

Jadi untuk mengelakkan perkara yang tak best itu, kami ingin kongsikan resipi sambal belacan yang sedap menerusi perkongsian daripada Cik Ca ini.

Keistimewaan pada sambal belacan ini adalah dengan menggunakan parutan limau kasturi yang meningkatkan aroma pada sambal belacan yang dibuat seterusnya menghilangkan rasa pahit.

Resipi sambal belacan

Bahan-bahan:

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

– 4 ulas bawang merah atau bawang bombay 2 biji sudah memadai.
– 2 ulas bawang putih
– 1 ini belacan bakar (basahkan dengan air sedikit sebelum bakar)
– 5 hingga 6 biji cili merah besar
– 9 hingga 10 biji cili hijau thai yang telah dibuang tangkai
– 3 sudu besar gula putih
– 2 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil serbuk perasa
– 2 sudu besar cuka makan
– 9 hingga 10 biji asam limau kasturi saiz kecil jika sederhana besar guna 6 hingga 7 biji sahaja.
– 1 sudu besar gula perang untuk cantikkan sambal

Langkah-langkah membuat:

Langkah pertama:

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Cuci atau basuh bawang merah dan bawang putih untuk seketika setelah dibelah dua. Kemudian bakar atas pan sampai naik warna keperangan.

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Bawang merah tadi tidak perlu dikupas sebabnya bahagian yang berada di sebelah dalam isinya lebih tebal jadi mengambil masa yang lama sedikit untuk dimasak.

Biarkan kulit bawang sedikit hangit. Kemudian bila nak kisar baru kupas tapi tak perlu basuh.

Langkah kedua:

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Potong cili dan kemudian cuci dengan air serta gosok dan toskan biar sampai betul-betul kering.

Anda juga boleh lap cili dengan tisu. Ini juga tips nak bagi sambal belacan lebih sedap.

Langkah ketiga:

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Di dalam pengisar masukkan semua bahan tadi kecuali cili. Masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih dan cuka.

Kemudian, tapis perahan limau kasturi untuk mengelak biji masuk dan kisar sampai jadi lumat.

Langkah keempat:

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Setelah itu, baru masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai. Anda boleh kisar pada tahap lumat yang diingini.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Langkah kelima:

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Selepas dikisar, tabur kulit limau yang diparut daripada tiga biji yang diperah tadi (ini terpulang jika suka boleh buat).

Selepas itu, rasa dan  adjust mengikut tekak untuk rasa yang terakhir jika ada yang terkurang di mana-mana. Sampai anda betul rasa ia sudah sedap.

Sambal belacan ini juga tidak perlu ditumis atau dimasak di atas dapur api.

Letak sahaja kulit limau parut menggunakan lapisan hijau sahaja. Ia tidak pahit.

Kemudian simpan semalaman di luar terlebih dahulu, esoknya baru simpan di dalam peti sejuk dan sudah boleh dinikmati bersama ulaman dan nasi putih. Memang sedap dan selamat mencuba!

*****************

Resipi sambal belacan ini memang banyak kegunaannya, bermula sebagai sambal cicah ulam-ulaman, seterusnya pelengkap kepada makanan bergoreng yang lain seperti nasi goreng, mee goreng dan hidangan yang panas-panas.

Selain itu, sambal belacan juga sering dinikmati bersama ikan bakar tidak kira ikan pari, ikan bawal, ikan termenung, keli dan banyak kali, semuanya boleh terangkat selera!

Tapi tak dinafikan ada juga sambal belacan yang tidak menepati selera contohnya terlebih masin, cair sangat, kurang cili dan sebagainya.

Jadi diharap dengan perkongsian resipi sambal belacan sedap ini dapat membantu masakan ibu setiap hari.

Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: VitDaily 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comresipi-sambal-belacan-ikan-bilis-limau-kasturi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resipi Sambal Belacan Yang Power & Tahan Lama, Boleh Terus Buat Stok Dapur Anda!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham