Resepi Kerabu Mangga Simple, Sesuai Untuk Juadah Berbuka

Teringin makan kerabu mangga berbuka nanti? Kami kongsikan resepi kerabu mangga ala kedai thai untuk anda cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerabu mangga antara hidangan sampingan sesuai ketika berbuka puasa. Resepi kerabu mangga biasanya menggunakan udang kering, bunga kantan, kacang tanah dan mangga dalam penyediaannya.

Resepi Kerabu Mangga Bunga Kantan

Kali ini kami kongsikan beberapa resepi kerabu mangga untuk anda cuba.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan A:

  • 2 biji mangga epal,diparut memanjang
  • 1 kuntum bunga kantan,dihiris halus
  • 1 biji bawang besar

Bahan-bahan lain:

  • 10 biji cili padi,dihiris,jika mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
  • Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
  • Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.
  2. Masukkan kacang tanah dan udang kering.
  3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dalam jus limau nipis. Kacau sebati.
  4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dalam bahan campuran mangga tadi.
  5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Mangga Tomato

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda (racik)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 biji cili hidup / cili padi (hiris)
  • 1 biji bawang (hiris)
  • Kacang tanah (separa hancur)
  • Garam
  • Gula
  • Cuka makan

Cara Penyediaan:

  1. Mangga muda di racik halus / kasar bergantung selera masing-masing
  2. Masukkan mangga, tomato, cili, garam gula secukupnya dan sedikit cuka (ganti limau nipis sebab tak ada) dan kacang tanah
  3. Gaul rata dan sedia untuk dimakan
  4. Boleh juga campurkan sos ikan, udang kering dan ikan bilis goreng jika ada 

Kerabu Mangga Klasik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 4 biji mangga
  • 1 biji tomato
  • Kacang panjang
  • 1 biji bawang besar
  • Ikan goreng seggenggam 
  • Daun ketumbar
  • Gula Perang
  • Garam 
  • Sos ikan
  • Air limau
  • Bahan perasan
  • Cili api
  • Belacan

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gaulkan kesemua bahan dan sedia untuk dimakan.

chenom, cookpad

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Petang Ni Boleh Cuba RESEPI KERABU Untuk Buka Puasa, Nampak Menyelerakan&Berkhasiat!

Baca juga: Resepi Kerabu Maggi Sedap Rasa Sebiji Makan Di Thailand, Wajib Pakai Maggi Jenama Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 7 Resepi Menu Berbuka Puasa Berasaskan Ayam Yang Simple & Sedap, Anak Mesti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar