Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Tiada idea untuk hidang tetamu yang hadir beraya? Mungkin boleh cuba resepi laksa terbaik yang kami kongsikan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak dinafikan yang adanya sampai buntu memikirkan menu apa untuk dihidangkan pada tetamu yang hadir datang beraya di rumah. Mungkin boleh cuba variasi resepi laksa yang kami senaraikan ini. 

Laksa sememangnya satu juadah yang digemari ramai. Kalau nak dikatakan, laksa di negara kita ini ada pelbagai variasi. Antaranya adalah laksa Johor, laksa Penang, laksa Kelantan dan laksa Utara.

Mana satu menjadi kesukaan anda? Untuk memudahkan kerja anda untuk menyajikan hidangan pada tetamu yang datang beraya ke rumah anda lebaran ini, kami kongsikan beberapa resepi laksa yang pasti menjadi pilihan ramai.

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam
  • Bahan-bahan untuk stock udang:
    • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
    • 1.5 inci kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 inci halia
    • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
    • 8-10 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 4 batang serai, hiris nipis
    • 1 sudu besar belacan bakar
    • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut
  • Bahan-bahan untuk kisar halus (B):
    • isi udang, anggaran semangkuk kecil
    • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
    • isi ikan rebus (dari bahan atas)
  • Bahan-bahan untuk spaghetti:
    • 1 paket spaghetti
    • 1 sudu besar garam
    • air secukupnya
    • sedikit minyak
  • Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:
    • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
    • taugeh, buang ekor
    • daun kesum, hiris nipis
    • kacang panjang, hiris dadu
    • bawang besar, hiris nipis
    • limau kasturi
    • lobak masin,celur dan rincik halus
    • bunga kantan, hiris nipis
    • daun selasih, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
    • 6-8 biji cili merah
    • 10-15 biji cili padi
    • 2 ulas bawang putih
    • belacan bakar, sebesar ibu jari
    • air perahan jus limau kasturi
    • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Cara-cara untuk stok udang:
    1. Kisar semua bahan sehingga halus.
    2. Kemudian tapis airnya.
  2. Cara-cara untuk spaghetti:
    1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
    2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  3. Cara-cara untuk kuah laksa:
    1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
    2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
    3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
    4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
    5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
    6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan
  4. Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
    2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Resepi Laksa Penang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk direbus:
    • 1 kg ikan kembung
    • 5 keping asam keping
    • air secukupnya
  • Bahan-bahan kisar (A):
    • 5 biji bawang merah
    • 1 biji bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • cili padi, buang tangkai
    • 25 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • Bahan-bahan kisar (B):
    • isi ikan kembung
    • air rebusan ikan kembung
    • asam keping dari rebusan ikan
  • Bahan-bahan kisar (C):
    • isi ikan sardin tin, dari 1 tin kecil
    • sedikit air
  • Bahan-bahan kisar (D):
    • tulang ikan kembung
    • sedikit air
  • Bahan-bahan kisar (E):
    • 1/2 biji nenas
    • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk sediakan kuah:
    • 1/2 liter air
    • bahan-bahan kisar A,B,C,D,E (seperti di atas)
    • 1/2 mangkuk air asam jawa
    • 1-2 kuntum bunga kantan, belah 4
    • 1 ikat daun kesum
    • seketul belacan bakar, agak-agak sebesar ibu jari
    • 2 sudu besar petis
    • garam secukup rasa
    • 1 ketul kecil gula melaka, secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk laksa:
    • 1 pek laksa kering
    • air secukupnya
  • Bahan-bahan untuk condiment/ taburan atas laksa penang:
    • daun salad
    • daun selom
    • timun
    • bawang besar
    • cili padi
    • cili merah
    • limau nipis
    • nenas
    • telur rebus

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan
  2. Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
  6. Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.
  7. Cara-cara untuk rebus laksa:
    1. Rendam laksa dalam air sehingga lembut.
    2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.
  8. Cara-cara untuk condiment/bahan taburan:
    1. Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.
    2. Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
    3. Potong limau nipis.
    4. Laksa sedia untuk dihidangkan.

Resepi Laksa Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1 paket laksa kecil kering – celur hingga lembut
  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 5 ekor ikan kembung
    • air secukupnya
    • 2 keping asam gelugur
    • 1 biji bawang besar – kisar halu ulas bawang putih – kisar halus
    • 1 ketul kecil halia – kisar halus
    • ½ sudu makan lada hitam – kisar halus
    • 1 sudu teh garam
    • 1 ½ kotak santan
    • 2 cawan air
    • Gula secukup rasa
  • Bahan Ulam (hiris halus)
    1 ikat daun selom
    5 batang kacang panjang
    1 ikat daun kesum
    1 kuntum bunga kantan
    1 mangkuk taugeh
  • Bahan Sambal Beracan:
    2 tangkai cili merah
    10 biji cili padi
    1/2 sudu teh garam
    1 sudu teh belacan
    1 limau nipis 

Cara-cara penyediaan:

  1. Untuk membuat Sambal Belacan, tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. Celur juga laksa hingga lembut. Toskan.
  2. Bila semua bahan sudah lumat, perah limau nipis dan sebatikan. Ketepikan seketika.
  3. Untuk kuahnya, rebus ikan bersama garam dan asam gelugur.
  4. Bila sudah masak, asingkan isi dan tulang ikan.
  5. Kisar tulang ikan bersama 2 cawan air rebusan ikan. Tapis dan ambil airnya.
  6. Kemudian ambil isi ikan. Kisar bersama air kisaran tulang ikan tadi hingga halus. Ketepikan.
  7. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam hingga halus.
  8. Dalam periuk yang bersesuaian, satukan kisaran isi ikan, campuran kisaran bawang, asam keping, santan, air dan sedikit garam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!

Baca juga: Makan Ketika Raya Jangan Sampai Tak Ingat Dunia, Ikut Tips Elak Berat Badan Naik Ini!

Baca juga: Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

Penulis

Farhana Fuad