Lepat pisang antara kuih klasik yang amat digemari ramai. Kalau dulu mungkin boleh balik kampung tunggu mak masak, tapi sebab PKP macam terasa-rasa pula di tekak nak makan kan? Jadi hari ini kami kongsikan resepi lepat pisang yang boleh anda cuba di rumah.
Nak beli, tapi ada kalanya tak kena dengan selera kita. Ada yang keraslah, ada yang terlebih lembut pula, malah ada pula yang rasa terlalu tawar. Lebih teruk, terlalu manis pula macam makan gula.
Jadi kadang kala bila beli dan dapat rasa yang tidak menepati citarasa kita, rasa frust tu memang berpanjangan lebih-lebih lagi bila kita teringin pada bulan puasa ini.
Resepi lepat pisang, guna 7 bahan saja!
Tidak susah pun nak cari bahan untuk resepi lepat pisang ini, ia nampak sangat simple dan boleh dicuba oleh sesiapa saja di rumah yang teringin nak makan kuih tradisional dan klasik ini.
Bahan-bahan:
- 3 cawan pisang lemak manis (dipenyek)
- 1 cawan gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ikut selera masing-masing)
- 1 sudu teh garam
- 1 kotak santan Kara (apa-apa brand pun boleh)
- 1 cawan kelapa parut
- 2 1/4 cawan tepung gandum
- Daun pisang (dilayur dahulu)
Cara menyediakannya:
- Satukan semua bahan di atas kecuali daun pisang sehingga sebati.
- Letak bancuhan lepat dalam daun pisang. Bungkus ikut cara seperti di dalam gambar.
- Akhir sekali, panaskan air di dalam pengukus dan kukus lepas pisang selama 40 minit.
- Sedia untuk dimakan!
Pisang kaya khasiat untuk ibu hamil
Pisang merupakan buah yang sering kita temui di Malaysia. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Pisang sering digunakan sebagai pencuci mulut.
Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.
Malah ia juga antara buah berkhasiat untuk ibu hamil dan kanak-kanak.
Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat.
Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
#1. Kaya vitamin dan serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana.
Oleh itu, pisang wajib dimakan untuk menjaga kesihatan jantung.
#2. Sumber tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
#3. Turunkan berat badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.
#4. Mengubati jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat.
Biarkan selama beberapa minit dan bersihkan menggunakan air. Ulang cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
#5. Kurangkan sakit menstruasi
Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.
#6. Kurangkan sembelit
Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit.
#7. Atasi gatal akibat gigitan nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.
#8. Menstabilkan mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Kebaikan Pisang Untuk Bayi, Ia Mencegah Serangan Asma & Masalah Tulang Rapuh