Pisang antara makanan berkhasiat yang boleh diberikan jika bayi anda sudah boleh makan pejal. Pelbagai jenis pisang di Malaysia kaya dengan khasiat yang baik untuk perkembangan bayi.
Pisang adalah antara buah yang paling mudah didapati di negara kita Malaysia. Ia juga sangat murah dan sedap.
Rasanya yang lemak manis menjadikan pisang antara buah-buahan yang amat digemari bayi, anak kecil mahupun orang dewasa.
Baca juga: Makan Pisang Dapat Meningkatkan Ketahanan Badan Bagi Mencegah Dijangkiti Covid-19?
Jenis pisang di Malaysia yang pelbagai baik untuk bayi
Walaupun pisang ada buah yang berkhasiat, tetapi masih ada ibu bapa yang risau untuk memberikannya kepada anak mereka. Ia kerana dikhuatiri buah itu akan menyebabkan anak sembelit. Adakah ia benar?
Pisang mempunyai khasiat tersendiri. Di sini kami kongsikan 7 khasiat pisang yang menjadikannya makanan baik untuk bayi anda!
#1. Sumber tenaga yang baik
Bergantung tingkat kematangan, pisang mengandungi komponen pektin dapat mengurangi nafsu makan dan membantu anak-anak berasa kenyang.
Kandungan mineral dan karbohidratnya yang mudah dicerna menjadikannya sumber tenaga yang sangat baik untuk terutamanya sebagai snek bagi kanak-kanak yang aktif dan cergas.
Pisang dapat membantu meredakan kram otot yang disebabkan oleh olahraga. Maka tak hairanlah pisang menjadi pilihan makanan utama bagi atlet!
#2. Sumber kalium
Pisang sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien penting. Antaranya kalium, iaitu mineral yang membantu mengawal tekanan darah dan mengelakkan kerapuhan tulang.
Kanak-kanak amat memerlukan sumber untuk menguatkan tulang mereka yang akan membantu menggalakkan pertumbuhan tulang yang baik dan sihat.
#3. Melancarkan pencernaan
Berbeza dengan apa yang ramai percaya, pisang sebenarnya bukanlah penyebab sembelit. Sebaliknya, ia boleh menjadi sumber serat yang membantu melawaskan pencernaan.
Untuk pengetahuan Mama, bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm serat.
Keperluan serat bagi anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10 gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
#4. Mengandungi antioksidan dan pelbagai vitamin
Pisang juga mengandungi banyak antioksidan yang bermanfaat bagi tubuh. Antioksidan yang terkandung dalam pisang ini dapat membantu mengurangkan kerosakan dari radikal bebas dan menjadi risiko penyakit.
Selain itu vitaminnya pun banyak, seperti vitamin B6 dan vitamin C selain magnesium, tembaga, mangan, karbohidrat, protein dan sedikit lemak.
#5. Meningkatkan kesihatan jantung
Semua mineral penting terutamanya kalium dan magnesium yang terkandung dalam buah pisang juga dapat membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Disebabkan itu ada yang menjadikan pisang makanan diet kerana ia bukan saja cepat mengenyangkan tetapi mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia akan meningkatkan kadar kesihatan jantung mereka.
#6. Mencegah asma
Tahukah ibu, menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London, pakar menemui bahawa anak-anak yang makan pisang setiap hari berkurang risikonya untuk terkena asthma hingga 34%.
Jadi jika anak anda penghidap asma, mungkin boleh jadikan pisang sebagai menu wajib mereka setiap minggu.
#7. Menghindarkan stres
Sekarang ni makin banyak orang kemurungan akibat stres. Jangan ingat budak-budak tak stres juga. Ada banyak faktor persekitaran zaman ini yang boleh memicu stres sekalipun di kalangan kanak-kanak.
Untuk pengetahuan anda, pisang mengandungi triptofan dan asid amino yang berperanan menjaga memori dan meningkatkan mood seseorang.
Pilih pisang yang masak ranum supaya anak tak sembelit
Seeloknya pilihlah pisang yang masak ranum terutamanya apabila nak diberikan pada anak kecil. Menurut doktor, pisang yang tidak masak mengandungi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan, lalu boleh menjadi punca sembelit.
Berlainan dengan pisang yang masak, kandungan tannin di dalamnya sudah berkurang, dan begitu juga dengan amylase-resistant starch. Pisang yang masak mengandungi gula yang lebih tinggi. Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
Resepi berasaskan pisang untuk bayi
Pisang bukan hanya sedap dimakan begitu saja, malah ia sesuai sangat diolah dalam pelbagai resipi antaranya:
- Lempeng pisang
- Cucur pisang
- Muffin / kek pisang
- Biskut perasa pisang
- Puri pisang bersama oat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: bidadari.my
Baca juga: Selain Kerap Beri Susu Ibu, Daun Pisang Dipercayai BERKESAN Turunkan Kuning Bayi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!