Mencari Resepi Nasi Ayam Yang Sedap Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga Dan Bayi Atas 10 Bulan? Boleh Cuba Resepi Mudah Ini!

Resepi nasi ayam pembuka selera anak-anak mahupun golongan dewasa, sesiapa pun menggemarinya. Ibu, hidangkan untuk keluarga pasti mereka suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu bernama Angie Low suka memasak makanan yang lazat untuk anak lelakinya yang berumur 10 bulan. Untuk itu, kali ini, dia berkongsi resepi nasi ayam yang sesuai untuk kanak-kanak. Apa yang menarik tentang resepi nasi ayam ini ialah ia tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.  Ibu juga disarankan untuk menggunakan stok ayam buatan sendiri yang jauh lebih baik berbanding stok ayam yang dibeli dari pasaraya.

Nasi ayam adalah salah satu hidangan klasik yang sangat popular di banyak negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Di setiap negara ini, nasi ayam memiliki citarasa dan variasi yang sedikit berbeza, tetapi keenakannya tetap tidak dinafikan.

Resepi Nasi Ayam Untuk Kanak-Kanak 10 bulan Ke Atas 

Bahan-bahan: 

  • Ayam (diperap dengan minyak bijan dan serbuk lada putih) 
  • Bawang besar (dicincang halus) 
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Setengah inci halia
  • 4 ke 5 helai daun pandan
  • Stok ayam homemade
  • Nasi campuran beras dan quinoa (Tak nak campur pun boleh dan guna beras putih biasa) 

Cara penyediaan:

  1. Cuci dan toskan beras. 
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam beras yang dicuci iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. 
  3. Kemudian masukkan stok ayam, air dan ayam. 
  4. Tanak nasi sehingga masak. 
  5. Nasi ayam siap untuk dihidangkan. 

Cara-cara membuat sup nasi ayam 

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Beberapa potongan isi ayam
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serbuk sup/sup bunjut
  • Kentang dan lobak merah 
  • Daun bawang 

Cara penyediaan:

  1. Masak ayam dengan air, bawang dan halia hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk sup. 
  3. Tambah kentang dan lobak merah.
  4. Taburkan daun bawang. Siap! 

Nasi ayam siap disajikan! Nikmati hidangan ini dengan keharuman nasinya, keenakan ayam yang lembut, dan dipadankan pula dengan sup hangat serta cili sambal (untuk dewasa), pastinya sangat lengkap! Resepi ini dapat disesuaikan dengan citarasa peribadi anda, seperti menambahkan sambal atau bawang goreng sebagai pelengkap.

Betapa harumnya rumah anda dengan bau keenakan resepi nasi ayam ini yang sedang menggelegak dalam periuk nasi. Si kecil juga pasti tak sabar menikmati hidangan nasi ayam ini.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan: 

  • Beras secukupnya. Boleh tambah beras pulut sikit jika suka
  • Daun pandan simpul
  • Bawang putih 3-4 ulas dicincang.
  • Halia beberapa potong nipis.
  • Garam
  • Sos tiram atau kiub ayam.
  • Minyak bijan
  • Butter/minyak masak.

Cara penyediaan:

  1. Masuk beras dengan air secukupnya. Guna air rebusan ayam pun boleh.
  2. Kemudian, masukkan bawang putih, halia, daun pandan, garam, kiub ayam atau 2 sudu besar sos tiram, sesuaikan biar berasa.
  3. Masukkan 2 sudu besar butter atau minyak masak dan beberapa titis minyak bijan. Kacau-kacau masa menggelegak sehingga sebati.
  4. Siap.

Bahan untuk perapan ayam: 

  • Seekor ayam bersaiz kecil
  • Sos tiram/kicap cair/kicap manis.
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk rempah lima ( five spice )

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Lumur ayam dengan sos tiram sikit atau kicap. Jangan terlalu banyak.
  2. Tambah garam. minyak bijan dan serbuk five spice separuh sudu teh. Cukup untuk seekor ayam
  3. Lumur rata.
  4. Perap selama 1 jam.

Kalau nak dapatkan kulit ayam yang cantik macam plastik, perapapan tadi diletakkan dalam peti ais semalaman sehingga kulit ayam kering. Ayam boleh bakar guna oven, nak goreng pun boleh.

 
Bahan untuk sos cili:
  • Cili merah
  • Cili api sikit jika suka pedas
  • Halia muda
  • Garam
  • Gula.
  • Jus limau atau cuka.

Cara penyediaan:

  • KIsar kesemua bahan di atas dengan sedikit air atau boleh jerang sekejap atas api.
  • Siap.

Bahan untuk kicap:

  • Kicap
Cara penyediaan:
  1. Tuang kicap cair dan campurkan dengan air masak sikit untuk kurangkan masin.
Atau untuk lebih istimewa gunakan sos tiram, sup rebusan, kiub ayam, kicap dan minyak bijan sikit kacau atas api.Pekatkan dengan tepung jagung sikit.
 
Bahan untuk sup:
  • Lebihan dan kaki ayam.
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah.
  • Garam.
  • Serbuk sup jika suka.

Cara penyediaan:

  1. Rebus kaki ayam atau bahagian ayam yang lain bersama dengan daun bawang dan daun sup. Daun tu masuk je panjang dan potong 3.
  2. Perasakan dengan serbuk lada sulah lebih sikit dan garam. Serbuk sup juga boleh letak jika suka.
  3. Rebus semua.
  4. Siap.

Resepi Nasi Ayam Che Nom

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan untuk ayam (direbus):

  • 1 ekor ayam dipotong
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap):

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Resepi Nasi Ayam Khairul Aming

Bahan-bahan:

Bahan untuk air rebusan:

  • Ayam
  • 1 inci Halia 
  • 3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
  1. Rebuskan 1 ekor ayam.
  2. Masukkan halia sebesar ibu jari dan juga 3 ulas bawang putih.
  3. Bila ayam sudah separuh masak, bawa keluar dahulu ayam dan letak ketepi.
  4. Lepas itu, air rebusan kita akan guna untuk dua benda.
Cara untuk buat nasi ayam:
  • Nasi
  • Marjerin
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bawang merah atau bawang besar

Cara Penyediaan:

  1.  Cairkan 2-3 sudu marjerin. Masukkan kulit kayu manis dengan bunga lawang.
  2. Lepas itu, masukkan bawang merah atau bawang besar pun boleh. (*bahan tumisan).
  3. Basuh beras dan level 1 jari dekat atas beras.
  4. Masukkan air rebusan secukupnya .
  5. Masukkan bahan-bahan tumisan tadi dan letakkan daun pandan.
  6. Garam sedikit, dan pewarna kuning telur (untuk bagi warna kuning).
  7. Masak nasi dalam periuk nasi macam biasa.
  8. Sedia untuk dihidang.
Bahan untuk sup:
  • Kaki ayam atau bahagian ayam yang lebih
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Lebihan air rebusan, kita tambahkan lagi air.
  2. Letakkan sup bunjut.
  3. Letakkan kaki ayam atau bahagian ayam yang lebih.
  4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa.
  5. Taburkan daun sup dan masak sehingga mendidih sekejap.
  6. Siap.
 
Bahan untuk sos cili: 
  • 7 tangkai lada besar
  • 4 cili api
  • 2 sudu cuka
  • 2 sudu gula
  • Garam
  • Sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Blend kesemua bahan di atas.
  2.  Masukkan cuka, gula dan garam.
Kalau raw, rasanya lagi kuat. Kalau nak masak atas kuali pun boleh. Masak sekejap, lepas itu dah siap.
 
Bahan untuk sos kicap:
  • Kicap
  • Sup ayam tadi

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan dengan kicap manis. Dalam sup tadi ada halia dan bawang putih, ambil sedikit, tumbuk dan kacau dengan kicap. Siap!

Bahan untuk perapan ayam:

  • Ayam
  • Sos tiram
  • Cuka
  • Sedikit garam untuk ayam

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan garam.
  2. Letakkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Minyak masak sedikit.
  4. Bakar dalam air fryer pada suhu 200 celcius selama 2 minit.
  5. Boleh dihidang dengan nasi dan sayur-sayur, sos kicap dan cili diatas. Makan dengan sup panas-panas. Selamat mencuba!

Resepi Nasi Ayam Azie Kitchen

Bahan untuk ayam:
  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 ulas bawang merah
Bahan perapan:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan
Cara Penyediaan:
  1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah.
  2. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
  3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
  4. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  5. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  6. Goreng ayam secara deep fry. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
  7. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  8. Potong ayam dan hidang.

Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Bahan untuk memasak nasi:
  • 2 sudu besar mentega 
  • Ketulan lemak ayam (panaskan dan ambil minyak ayam)
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 inci halia ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam (bay leave)
  • 1/4 cawan susu full cream
  • 1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
Cara Penyediaan:
  1. Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
  2. Di dalam kuali, masukkan mentega atau minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
  3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
  4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
  5. Tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Bahan untuk kuah sup:
  • Jeruk kubis
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • Daun bawang - tabur
  • Bawang putih goreng - tabur
Cara Penyediaan:
  1. Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
  2. Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Resepi sambal nasi ayam

Bahan untuk sos cili:

  • 5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Sos tomato
Cara Penyediaan:
  1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
  2. Masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi.
  3. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
  4. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  
Bahan untuk sambal kicap:
  • Kicap
  • Garam 
  • Gula

Cara Penyediaan:

  1. Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.

Resepi Nasi Ayam Viral Ala Claypot

Bahan-bahan: 

  • Kicap masin Nona
  • Kicap cair
  • Minyak bijan Chee Seng
  • Serbuk cukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Perap ayam menggunakan bahan di atas selama 30 minit atau satu jam. Kalau nak ayam perapan nampak lagi hitam dari nasi, letak setengah sudu kecil thick caramel soy sauce ( brand Angel).
  • Beras yg dah dicuci dicampurkan dengan kicap masin, halia dan garlic cincang.
  • Masak dlm periuk claypot selama 5-7min dengan api sederhana. Sukatan menanak nasi adalah 1 cawan beras : 1 cawan air (bercampur kicap).
  • Bila air dalam nasi sudah berkurangan, letak dan susun ayam yang diperap tadi. Biarkan lagi sekurang-kurangnya 7-10 min dengan api sederhana. Potong ayam kecil-kecil supaya cepat masak.
  • Bila nasi dah nak masak, letakkan pula ikan masin tenggiri dan boleh besarkan api untuk dapatkan kerak terbakar di claypot. 
  • Siap untuk dihidang.

Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan: 

Perapan

  • Ayam basuh bersih digaul
  • halia tumbuk
  • bawang putih tumbuk
  • Cili paste 2 sudu (ikut kepedasan masing2)
  •  Sos tiram 3 sudu
  • Madu 4 sudu (ikut kemanisan masing2)

Nasi 

  • Halia hiris
  • Bawang putih tumbuk
  • 1/2 sudu kunyit
  • 1 kiub pati ayam
  •  Daun pandan diikat

Cara buat nasi ayam madu:

Perapan

  1. Gaul semua, perap dalam 30 minit.
  2. Masukkan minyak 2 sudu, masak ayam yang diperap sehingga ayam masak dan kuah pekat

Nasi 

  1. Basuh beras dan ikut sukatan air seperti biasa.
  2. Masak dalam rice cooker

Resepi Nasi Ayam Thai

Bahan-bahan:

  • Nasi 3 pot
  • Air rebusan ayam
  • Marjerin 1sdb
  • Halia 1/2 inch ditumbuk
  • Bawang putih 2 ulas ditumbuk
  • Serai 1 batang diketuk
  • Sedikit perasa (kiub ayam/ megi cukup rasa)
  • Akar & batang daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Rebus ayam setengah masak (simpan stok ayam bahagi 2 untuk sup, nasi dan kuah cili) dan toskan.
  2. Tumiskan marjerin bersama serai, bawang putih dan halia yang ditumbuk sampai naik bau.
  3. Sementara tu basuh beras dalam rice cooker dan ketepikan.
  4. Tuangkan bahan tumis tadi ke atas beras yang siap dibasuh.
  5. Tuangkan air rebusan ayam.
  6. Susunkan ayam yang direbus tadi di atas beras.
  7. Taburkan akar daun ketumbar & batangnya.
  8. Masukkan sedikit serbuk perasa.
  9. Masak guna rice cooker macam biasa.

Bahan untuk sos cili ala thai:

  • Air rebusan ayam
  • Cili besar merah*
  • Cili besar hijau*
  • Cili padi*
  • Bawang putih*
  • Daun ketumbar dihiris
  • Sedikit gula perang
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit sos thai
  • Sedikit kicap
  • Perahan limau nipis

Cara-cara:

  1. Cincang halus bahan bertanda (*).
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan air rebusan ayam yang masih panas, gula perang, sos cili thai, sos ikan dan kicap.
  4. Taburkan daun ketumbar.
  5. Perahkan limau nipis.
  6. Kacau sebati.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Resepi Ayam Yang Sedap, Mudah & Lazat, Gerenti Sampai Anak & Suami Minta Tambah Lagi!

Baca juga: Ayam Goreng Lebih Enak Dengan Tiga Bahan Ini, Lebih Rangup Dan Harum!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!