Variasi Resepi Nasi Goreng Yang Mudah Dan Ringkas, Rasa Macam Makan Kat Kedai

Anda boleh cuba pelbagai jenis resepi nasi goreng yang kami kongsikan ini yang semestinya ringkas dan sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kala ada masanya kita buntu tak tahu nak masak apa kan? Lebih-lebih lagi para suri rumah, bangun sahaja dari tidur dah kena fikir nak masak menu apa untuk keluarga hari ini. Kalau dah bosan masak lauk pauk, ramai yang memilih untuk memasak nasi goreng sahaja memandangkan ada pelbagai resepi nasi goreng yang boleh dicuba.

Nasi goreng sudah semestinya menjadi kegemaran sesiapa sahaja tidak kira masa tetapi untuk dapatkan rasa nasi goreng yang sedap macam apa yang selalu kita makan di restoran memang agak sukar sebenarnya walaupun nampak mudah melainkan anda terjumpa resepi yang mantap!

Apa kata anda cuba pelbagai jenis resepi nasi goreng yang kami kongsikan ini. Menu ini memang ringkas dan sedap. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan, selamat mencuba!

Variasi Resepi Nasi Goreng

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 6 ekor udang, dibuang kulit
  • 2 ekor sotong, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 ikat sayur kangkung
  • 1 mangkuk kecil karot, didadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 ketul fish cake, putong dadu
  • ikan bilis goreng
  • serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk kasar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah, udang, sotong sos, fish cake, sos tiram dan sos ikan. Masak seketika.
  3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
  4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
  5. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur
  • isi ayam, hiris nipis
  • isi udang
  • sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Bahan untuk hiasan:

  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang
  • hirisan cili
  • timun
  • sambal belacan

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
  4. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

Resepi Nasi Goreng USA

Bahan-Bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • 10-12 tangkai cili padi
  • **Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng
  • 1 sudu besar cili kisar
  • ½-1 batang lobak merah
  • ½ cawan udang
  • 3-4 cawan nasi
  • 2 sudu besar kicap cair
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 1 biji telurSedikit serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk daging masak merah:

  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Anggaran 300g daging rebus bersama pewarna merah
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • air rebusan daging
  • 1 sudu besar sos ikan Thai
  • ½ sudu besar cili pes Thai (pilihan)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Gula secukup rasa
  • 1 biji tomato
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 4 putik jagung
  • Hirisan bawang Holland

Bahan-bahan untuk telur goreng:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Minyak masak
  • Telur

Cara Penyediaan:

  1.  Tumbuk kasar serba sedikit hirisan nipis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, lobak merah yang didadu dan udang.
  4. Selepas udang kelihatan sudah separuh masak, masukkan nasi, kicap cair, sedikit serbuk lada sulah, dan hirisan kacang panjang.
  5. Tepikan nasi dan masukkan telur ditengah;. Tabur sedikit serbuk lada sulah diatas telur dan masak sehingga separuh masak lalu gaul telur bersama nasi.
  6. Tambah garam secukup rasa dan teruskan menggoreng sehingga nasi goreng masak kering

Cara-cara untuk daging masak merah:

  1.  Rebus daging bersama sedikit air dan pewarna merah sehingga daging menjadi lembut. Simpan air rebusan daging.
  2. Panaskan minyak lalu tumis baki hirisan bawang holland, bawang putih dan cili hijau.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, hirisan daging, sos tiram, air rebusan daging, sos ikan Thai, cili pes Thai (pilihan) dan cili kisar.
  4. Masukkan sedikit gula secukup rasa, potongan tomato, daun limau purut, sayur putik jagung dan hirisan bawang holland.
  5. Tambah air untuk lebihkan kuah.

Resepi Nasi Goreng Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk besar nasi
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 ulas bawang merah kecil -tumbuk. Blh tukar bawang besar 1 size besar
  • 1/2 biji bawang holand
  • 1-2 biji Telur
  • Sedikit Kobis
  • Sedikit carrot
  • Kicap
  • sedikit Cili padi
  • 3 ketul Ayam
  • sedikit Serbuk kunyit
  • secukupnya Secukup rasa, gula & garam

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Lumur ayam dengan kunyit & garam. Biarkan sementara masak nasi.
  2. Sediakan bahan tumis, tumbuk bawang merah+bawang putih. Tumis hingga naik bau, masukkan cili kisar. Tunggu sampai pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, tumiskan bawang holand, carrot, cili terlebih dahulu.
  4. Dah layu, baru masukkan telur dan gula, secukup rasa, garam dan kicap. Gaul sebati.
  5. Rasa dah sesuai dengan selera, masukkan nasi, gaul rata & masukkan kobis. Jgn terlalu layu nanti kobis tak rangup.
  6. Goreng ayam. Dah masak potong & hidangkan bersama sos.
  7. Tabur bawang goreng.
  8. Siap.

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
  • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
  • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
  • 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
  • sayur kobis, potong kecil
  • karot, potong dadu kecil
  • 2-3 helai sawi, hiris nipis

Bahan untuk tumbuk kasar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi

Bahan untuk hiasan tambahan:

  • keropok goreng
  • telur goreng mata

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
    2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
    3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
    4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan bahan:
  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 1/2 biji bawang besar Holland - hiris
  • 2 keping isi ikan masin
  • 5-6 tangkai cili api - ketuk
  • 3 biji telur
  • Sayur sawi
  • Sos sotong
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
Cara cara:
  1. Panaskan minyak sehingga kelihatan berasap. Tumis bawang besar dan cili api yang diketuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau lagi.
  3. Ketepikan bawang dan masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan garing.
  4. Masukkan cili padi ketuk. Hancurkan ikan.
  5. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Tutup api dan kacau telur sehingga masak. Buka api semula.
  6. Masukkan daun sawi dan nasi. Dikacau rata.
  7. Satukan sos sotong, garam dan lada sulah. Tuang ke atas nasi. Kacau rata.
  8. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Nasi Goreng Cili Kering

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sb ikan bilis (tumbuk)
  • 1 inci belacan
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sk garam
  • 3-4 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • Kacang panjang
  • 2 sk serbuk seasoning
  • Minyak secukupnya
  • Telur goreng
  • Timun

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. Gunting cili kering, rendam dalam air panas kemudian bilas dengan air dan tapis kering.
  3. Bilas ikan bilis dan tos kering.
  4. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan (boleh ganti pati ikan bilis kalau alergik belacan). Keluarkan dan ketepikan.
  5. Tumbuk pulak cili kering dengan sedikit garam sampai halus.
  6. Potong kecil kacang panjang (size dadu).
  7. Goreng telur dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
  8. Tumis bahan tumbuk dan kacau sampai garing
  9. Masukkan cili kering tumbuk dan masak sampai garing.
  10. Pecahkan telur, tolak bahan tumisan ketepi dan masukkan telur. Kacau sikit biar telur hancur (scramble egg).
  11. Masukkan nasi dan kacau sebati. Tekan- tekan nasi kalau masih berketul.
  12. Masukkan serbuk seasoning (pilihan) dan kacang panjang.
  13. Besarkan api dan kerap kacau sampai nasi garing.
  14. Angkat dan hidang bersama ikan bilis goreng, telur goreng dan timun.

Resepi Nasi Goreng Sardin

Bahan bahan:
  • 1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg
  • 1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja
  • 4 ulas bawang merah - hiris
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
  • 1 batang karot - potong dadu
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • Sedikit garam - jika perlu
  • Minyak untuk menumis
Bahan hiasan:
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Bawang goreng
Cara masak :
  1. Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap.
  4. Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi.
  5. Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  6. Sebelum dihidangkan, tabur daun sup, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati. 

Tips Masak Nasi Goreng Yang Sempurna

Jangan gunakan nasi yang baru masak yang masih panas untuk nasi goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk.

Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang dimasak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng.

Kalau nak mudah, nasi masak sahaja terus letak di bawah kipas dahulu untuk sejukkan nasi barulah digoreng.

Selepas bilas ikan bilis, pastikan tos kering, supaya ikan bilis senang garing bila goreng nanti.

Kalau nak tambah sayur, masukkan kacang panjang atau sayuran lain masa hujung-hujung semasa memasak untuk kekalkan kerangupannya.

Resepi Che Nom , Cookpad, Azie Kitchen

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Enak, Nak Kukus Pakai Kuali Pun Boleh

Baca juga : Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Baca juga : 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

Penulis

Nursyamimi