Sedap Macam Beli, Ini Resepi Nasi Lemak Yang Paling Mudah Disediakan Untuk Hidangan Pagi Hingga Malam

Resepi nasi lemak yang mudah, ringkas dan cepat siap sesuai untuk 'beginner' yang teringin hidangan nasi lemak dengan ikan bilis yang rangup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Hidangan nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India semua menggemarinya. Resepi nasi lemak nampak sahaja mudah kerana bahan masakan yang digunakan cukup ringkas, tetapi kenapa kalau buat sendiri selalu tak jadi?
 
Jika anda merancang untuk membuat nasi lemak pada hujung minggu nanti, kami kongsikan resepi nasi lemak sukatan cawan yang sesuai untuk dimakan sendiri atau buat berniaga.
 
Yang paling penting, resepi ini sangat mudah dibuat, ringkas dan pasti menjadi!

Variasi Resepi Nasi Lemak 

Resepi Nasi Lemak Simple & Sedap

Jom kita tengok cara-cara membuatnya seperti di bawah.
 
Bahan-bahan untuk sambal:
  • 2 senduk cili mesin
  • 1 biji bawang besar dimesin atau cincang
  •  1/2 sudu kecik garam
  • 2-3 sudu besar gula
  • Kiub ayam@ kiub ikan bilis @ mana mana serbuk perasa
  • Belacan sikit kalau suka
  • 1/2 keping asam keping
  • 3/4 cawan minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan bawang besar
  3. Goreng sampai layu
  4. Masukkan cili mesin
  5. Kacau sampai pecah minyak
  6. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan belacan
  7. Kacau sampai jadi warna merah cantik
  8. Masukkan asam keping
  9. Sebatikan semua sekali sambil dikacau dalam 3 minit
  10. Akhir sekali, tambah apa yang kurang. Jika sudah cukup rasa, matikan api dan keluarkan asam keping. Jika dibiarkan lama nanti sambal akan rasa terlebih masam
 
Bahan-bahan untuk nasi lemak:
  • Beras
  • Santan pekat
  • Air
  • Gula
  • Garam
  •  5-8 biji Biji pelaga ikut suka atau boleh diganti 2 batang besar kulit kayu manis 
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak

Kalau tak ada daun pandan ganti hirisan bawang merah /bawang besar.

Cara menanak nasi:

  1. Beras dicuci dengan air sebanyak 2 kali. Sejat air basuhan
  2. Masukkan santan pekat, air, gula, garam
  3. Kemudian, biji pelaga dan helaian daun pandan
  4. Masuk sekali 1 sudu besar minyak masak
Cara goreng ikan bilis rangup
 
Cara 1
  1. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk
  2. Isikan dengan cuka sehingga menyaluti semua ikan bilis. Biarkan selama beberapa minit, tidak perlu dicuci lagi
  3. Goreng dalam minyak dalam yang panas. Jangan risau cuka tidak akan membuatkan ikan bilis rasa masam.
 

Gunakan ikan bilis yang gred elok atau ikan bilis langkawi kerana memang akan rapuh apabila digoreng.

 
Lepas goreng sejukkan dan simpan dalam TUPPERWARE atau bekas kedap udara. Nak letak diluar pun boleh atau nak masukkan dalam peti ais pun boleh.
 
Cara 2
Jika anda tak boleh makan cuka, sila guna petua ini.
  1. Selepas dicuci, gaul ikan bilis dengan sedikit tepung beras.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak guna api yang panas
  3. Kemudian, ikan bilis mesti dikacau sampailah masak
  4. Angkat dan sejukkan

Resepi Nasi Lemak Che Nom

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit minyak
  • Kayu manis
  • bunga lawang
  • 4 cawan beras
  • 6 cawan air
  • 1/2 sudu kecil halba, optional
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara untuk nasi lemak:

  1. Hiris nipis bawang merah dan halia.
  2. Titik atau ketuk batang serai.
  3. Carikkan daun pandan dan simpul.
  4. Panaskan sedikit minyak.
  5. Tumiskan bawang merah dan kacau sekejap.
  6. Masukkan halia, daun serai dan daun pandan kemudian kacau sehingga naik bau.
  7. Masukkan bahan rempah tumis (kulit kayu manis dan bunga lawang).
  8. Masukkan beras yang telah dibasuh dan toskan.
  9. Masukkan santan dengan nisbah 1:1 1/2 cawan beras dan cawan santan (kalau guna santan kotak boleh campur dengan air untuk cukupkan nisbah santan dan beras)
  10. Masukkan halba (optional).
  11. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  12. Tutup rice cooker dan masak nasi.

Cara-cara untuk sambal:

  1. Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.
  2. Masukkan kedalam blander bahan hiris kasar tadi, ikan bilis dan air.
  3. Kisar sehingga betul-betul halus.
  4. Panaskan minyak dan goreng kacang tanah di atas api perlahan sehingga masak kemudian angkat.
  5. Goreng pula ikan bilis kemudian angkat.
  6. Tumis bawang besar sehingga lembut.
  7. Masukkan pula bahan kisar halus.
  8. Teruskan kacau sehingga kering dan kekuningan.
  9. Masukkan daun pandan yang telah dicarik dan disimpul.
  10. Masukkan cili kisar.
  11. Kacau ssehingga sambal tumis bertukar warna merah gelap dan pecah minyak.
  12. Bila sambal dah kering, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga kering.
  13. Ulang proses minimum sebanyak tiga kali.
  14. Masukkan sos tiram, kiub ikan bilis, air asam jawa, gula melaka sedikit demi sedikit.
  15. Masukkan sedikit air supaya gula senang cair.
  16. Masukkan ikan bilis goreng dan hirisan bawang holland dan kacau sekejap sampai bawang layu.
  17. Masukkan garam secukup rasa.
  18. Hiris timun sebagai pelengkap hidangan.
  19. Hidangkan nasi lemak bersama kacang tanah, ikan bilis goreng, hirisan timun dan telur rebus.

Resepi Nasi Lemak Terengganu

Bahan-bahan untuk nasi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 cawan beras
  • 1 labu bawang besar -di hiris
  • 1 inci halia -di ketuk
  • 3 helai daun pandan -di simpul
  • 2 cawan santan 
  • 3 cawan air atau secukupnya 
  • 3 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 4-6 ketul ikan aya/tongkol
  • 2 keping asam gelugur
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 8 sudu besar cili kering blend*
  • 1/2 ibu jari belacan*
  • 1 cawan air
  • 1 keping nisan/gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa

Bahan sampingan:

  • Telur rebus
  • Timun
  • Kacang tanah goreng

Cara-cara:

  1. Untuk nasi. Basuh beras. Masukkan bawang besar, halia, daun pandan, garam, santan, air & minyak.
  2. Masak nasi seperti biasa. 
  3. Untuk kuah, kukus ikan aya/tongkol dengan asam keping & sedikit air.
  4. Kemudian, goreng sekejap hingga kekuningan.
  5. Kisa bahan bertanda * hingga halus. Tumis dengan sedikit minyak.
  6. Masukkan nisan/gula melaka, gula, garam & pes asam jawa. Tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan ikan & kacau rata hingga kuah pekat & bertukar warna merah gelap.

Resepi Nasi Lemak Kelantan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan kotak
  • Halia
  • Cengkih
  • Bunga lawang
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

  1. Basuh beras hingga bersih. Tuang bancuhan santan dengan air tadi. 
  2. Masukkan bahan-bahan di atas dan masak dalam rice cooker. 

Bahan-bahan sambal ikan bilis:

  • 1 mangkuk ikan bilis – digoreng
  • 2 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 15 biji cili kering – kisar
  • 2 sb gula
  • 1 serbuk pati perasa
  • sedikit garam

Cara-Cara:

  1. Ikan bilis digoreng hingga garing. 
  2. Dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian, masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, baru masukkan gula supaya sambal jadi pekat. 
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Siap.

Resepi Nasi Lemak Azie Kitchen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Bahan bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 mangkuk cili kisar – lebih kurang 6-7 sudu besar cili kisar
  • 1 keping gula Melaka – pecahkan 2 atau 4
  • 1 kiub pati ikan bilis Maggi
  • 1 biji bawang besar Holland – hiris
  • Gula pasir
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • Minyak
  • Garam

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – opsyenal
  • Sejemput ikan bilis – opsyenal
Bahan Hidangan:
  • Nasi Lemak
  • Ayam goreng/ayam berempah/ayam rendang
  • Telur mata/telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Timun
Cara cara:
  1. Panaskan minyak. Kalau boleh gunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis untuk hidangan nasi lemak. Minyak untuk menumis mesti banyak sesuai dengan jumlah bahan yang hendak ditumis supaya bahan tumis masak rata. 
  2. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis. Tumis hingga bawang benar benar masak dan terbit minyak. 
  3. Masukkan cili kisar. Nisbah bawang mesti lebih banyak dari cili kisar baru sedap. 
  4. Kacau sehingga cili masak. Cili jangan ditumis sehingga terlalu garing.
  5. Masukkan gula Melaka atau gula tebu. 
  6. Masukkan garam. Masukkan kiub pati ikan bilis.
  7. Masukkan sedikit air jika kering.
  8. Masukkan asam keping.
  9. Tabur gula pasir supaya sambal jadi cantik berkilat.

Tips masak nasi lemak sedap:

  • Kuah sambal lebihkan rasa manisnya sedikit baru sesuai dengan nasi lemak.
  • Untuk sambal lebih sedap, kisar halus segenggam ikan bilis yang sudah digoreng dan campurkan ke dalam kuah sambal tadi untuk menggantikan serbuk perasa yang dicadangkan.
  • Penggunaan gula melaka akan menjadikan warna sambal menarik dan cantik berkilat.
  • Sukatan air ikut beras masing-masing cuma kurangkan paras air sikit sebab kita nak masukkan santan. Santan akan melembutkan nasi jadi jika terlebih letak air akan membuatkan nasi lemak jadi lembik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Baca juga: Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!

Baca juga: Resepi Bubur Bayi 7 Bulan Yang Boleh Naikkan Berat Badan Anak, Si Manja Mesti Suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah