Tak Perlu Tunggu Kenduri, Cuba Variasi Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

Walaupun ia bukan sesuatu yang selalu dihidang pada hari-hari biasa, dengan resepi nasi minyak yang mudah, anda boleh cuba sendiri di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasi minyak adalah sejenis makanan yang sinonim dengan kenduri dan sambutan. Ia enak dimakan bersama ayam masak merah, ayam masak kurma, rendang, daging masak hitam dan acar. Walaupun ia bukan sesuatu yang selalu dihidang pada hari-hari biasa, dengan resepi nasi minyak kenduri yang mudah, anda boleh makan seperti di kenduri pada bila-bila masa.

Ramai yang ingat nasi minyak adalah hidangan yang susah untuk dimasak hanya orang-orang tua sahaja yang pandai namun sebenarnya nak masak nasi minyak tidaklah sesusah mana.

Bahan-bahan yang diperlukan semuanya mudah didapati di pasar raya terdekat anda seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kacang gajus. Beras yang digunakan untuk resepi ini ialah beras basmathi.

Apa kata cuba buat sendiri menu resepi nasi minyak di rumah, kami kongsikan resepi nasi minyak simple, ya?

Resepi Nasi Minyak 

Resepi nasi minyak Terengganu

Nasi minyak gulai power

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 inci halia -di ketuk
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tin susu sejat F&N
  • 3 helai daun pandan -di simpul
  • Pewarna pink & oren
  • 2 1/2 sudu teh garam halus atau secukup rasa

Bahan untuk gulai daging:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 kg daging lembu (saya guna daging batang pinang) -potong kecil
  • 4 cawan air*
  • 3 sudu besar rempah gulai cap Bunga Rose*
  • 1/2 sudu teh rempah masak cap Bunga Rose*
  • (bahan2 bertanda * dicampur dengan daging ketika rebus/mati air)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit*
  • (bahan2 bertanda * di tumbuk halus)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 6 sudu besar rempah gulai cap Bunga Rose*
  • 1 sudu teh rempah masak cap Bunga Rose*
  • 1 sudu besar kerisik*
  • 1/2 cawan air*
  • (bahan2 bertanda * di satukan)
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa atau 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 cawan santan (saya guna santan fresh)
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • Perasa ajinamoto

Bahan acar jelatah:

  • 1 batang timun
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 2 biji bawang merah -di hiris
  • 1/2 biji cili merah -di hiris
  • 1 sudu besar gula

Cara masak nasi minyak:

  1. Panaskan kuali dan cairkan minyak sapi & marjerin.
  2. Tumis kulit kayu manis, cengkih & pelaga dengan bawang merah kisar.
  3. Masukkan halia & sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Tuangkan susu & kacau rata.
  5. Masukkan beras, garam & daun pandan. Sebatikan & tutup api.
  6. Masukkan ke dlm rice cooker dan biarkan nasi masak.
  7. Setelah nasi masak, titik sedikit pewarna. Jangan di kacau lagi. Biarkan selama 10 minit baru kacau perlahan-lahan.

Cara masak gulai daging: 

  1. Masukkan daging ke dlm pressure cooker.
  2. Campurkan rempah gulai & rempah masak cap bunga rose. Kacau2 sekejap dengan daging & masukkan air.
  3. Press daging selama 30-40 minit. Proses ni saya panggil "mati air".
  4. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & kunyit hingga halus.
  5. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga dengan sedikit minyak.
  6. Kemudian, masukkan bahan-bahan tumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau hingga cili masak sekejap.
  7. Masukkan bancuhan rempah & kerisik. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging & air rebusannya sekali. Kacau sekejap hingga daging sebati dengan kuah.
  9. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir & garam. Kacau sentiasa hingga mendidih & daging empuk.

Cara buat acar jelatah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Potong timun & lobak. Tak payah buang kulit.
  2. Rendam timun & lobak bersama 1 sudu teh air kapur supaya acar jadi rangup.
  3. Biarkan selama 1-2 jam & bilas satu kali dengan air bersih.
  4. Masukkan cuka & air ke dalam bahan tadi.
  5. Tabur bawang merah, cili & gula. Sebatikan.
  6. Simpan di dalam peti ais 3-4 jam atau semalaman.
  7. Hidangkan nasi bersama gulai daging & acar & sambal belacan.

Resepi nasi minyak Che Nom

Resepi nasi minyak basmati

Bahan nasi minyak:

  • 3 cwn beras basmathi
  • 3 1/2 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 3 sb minyak sapi
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • 1/4 cwn kismis
  • 1 sk gula
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning/oren
  • Bawang goreng
  •  GajusDaun ketumbar

Bahan-bahan rempah 4 sekawan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk nasi minyak:

  1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
  2. Daun pandan carik dan simpul.
  3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
  4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
  5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
  6. Tumis rempah 4 sekawan.
  7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
  8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
  9. Masukkan beras dan goreng sekejap.
  10. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
  11. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
  12. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
  13. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
  14. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
  15. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

Tip:

  • Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
  • Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.

Resepi nasi minyak Khairul Aming

Bahan-bahan 

Nasi minyak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 cawan beras bashmati
  • 3 sudu minyak sapi *
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • 1 kayu manis*
  • 3 bunga lawang*
  • 3 buah pelaga*
  • 3 bunga cengkih*
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 kiub pati ayam (Kiub pati ayam korang boleh guna ini
  • 4 sudu tomato puri dalam tin (Tomato puri yang sedap pilih yang ini 
  • 1 sudu gula
  • 1/3 sudu garam
  • 2 helai daun pandan
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita basuh beras bashmati dan rendamkan dalam air selama 30 minit.
  2. Tumiskan kesemua bahan di atas* sehingga bawang layu dan naik bau.
  3. Masukkan 1/2 cawan susu air ke dalam tumisan tadi dan tambahkan 1 kiub pati ayam yang telah dihancurkan.
  4. Kemudian,kacaukan lagi dan tambahkan 4 sudu tomato puri dalam tin.
  5.  Masukkan juga perasa seperti garam dan gula. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan 2 helai daun pandan.
  7. Masukkan beras bashmati yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi.
  8. Tambahkan 5 cawan air dan masukkan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam nasi.
  9. Jangan lupa gaul sampai rata dan masak nasi seperti biasa.
  10. Bila dah masak, tunggu dalam 10 ke 15 minit sebelum buka penutup nasi.
  11. Keluarkan jenis bahan yang ada dalam nasi seperti kayu manis, daun pandan dan lain-lain.
  12. Nak lagi cantik, hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng barulah cantik.

Bahan untuk acar:

  • Lobak merah
  • Cili besar merah
  • Timun
  • Bawang merah
  • 6 sudu cuka
  • 3 sudu gula
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Mula-mula potongkan lobak merah, bawang merah, cili besar merah dan timun.
  2. Lepas itu, ambil semua bahan yang dipotong masukkan dalam bekas/mangkuk.
  3. Masukkan 6 sudu cuka, 3 sudu gula dan 1/2 sudu kecil garam.
  4. Gaulkan sampai bahan perasa tadi sebati dan tunggu beberapa minit untuk lembut.
  5. Siap acar untuk makan dengan nasi tomato dan daging dendeng.

Resepi nasi minyak Johor

Resepi nasi minyak beras biasa
 
Bahan-bahan:
  • 4 pot beras
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu minyak sapi
  • 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga cengkih & bunga lawang)
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • garam secukup rasa
  • pewarna kuning
  • air secukupnya
Cara:
  1. Hiris bawang2 & halia. Panaskan marjerin & minyak sapi.
  2. Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan hiris dan kacau smpai garing.
  3. Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan. Kacau rata.
  4. Masukkan susu cair, perwarna kuning, air secukupnya & garam. Kacau rata.
  5. Tutup periuk. Kecilkan api. Biar sampai nasi masak.
  6. Kacau sesekali untuk nasi masak sekata. Tutup api bila nasi dah masak.
Nasi minyak ayam masak merah
 
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (potong dan bersihkan, perap garam & kunyit, goreng hingga garing)
  • 7 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam lada kering (rendam)
  • sos cili & sos tomato secukup rasa
  • garam, gula & pes asam jawa secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak goreng ayam tadi
Cara:
  1. Kisar 5 biji bawang besar (lagi 2 biji hiris bulat), bawang putih & cili kering dgn sedikit air sampai lumat.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend sampai garing.
  3. Masukkan sos sos, perasakan garam, gula & pes asam jawa. Tambah air untuk bagi kuah sikit. Kacau rata.
  4. Bila semua dah masak dan sebati, masukkan ayam goreng & bawang hiris bulat.
  5. Kacau sampai semua rata. Tutup api.
Acar Timun
 
Bahan-bahan:
  • 1 biji timun (hiris bulat)
  • 3 biji cili api (hiris)
  • 2 bawang besar (hiris)
  • garam, gula & cuka secukup rasa
Cara:
  1. Gaul semua bahan secukup rasa hingga sebati.
  2. Siap untuk dihidang.

Resepi nasi minyak kampung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi nasi minyak beras basmathi

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras basmathi ( jasmin basmathi pusa gold)
  • 5 pot air (1 pot di guna untuk blend dengan bawang goreng)
  • 2 sudu makan planta(nak guna minyak sapi pun boleh)
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Rempah sup bunjut adabi-1
  • 1 genggam bawang goreng(mesin dengan air)
  • 1 sudu makan kismis
  • Garam dan perasa
  • *1 biji bawng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *1/2 inci halia

Cara penyediaan:

  1. Blend bahan bertanda *
  2. Panaskan rice cooker. Masukkan planta
  3. Tumis rempah 3 serangkai
  4. Masukkan bahan blend. Masukkan rempah sup bunjut
  5. Masukkan kismis, garam dan perasa
  6. Masukkan bawang goreng yang dah di blend dengan 1 pot air
  7. Masukkan beras
  8. Akhir sekali masukkan lagi 4 pot air.
  9. Tutup periuk dan biar hingga masak.
  10. Bila dah masak, kaiskan dengan garfu untuk elakkan nasi rapuh.

Resepi nasi minyak Azie Kitchen

Bahan bahan :
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan kismis
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
  • 1 batang serai - titik
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk secukup rasa
  • Pewarna kuning telur
Bahan hiris :
  • 1 inci halia - hiris kasar
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Rempah tumis :
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 biji pelaga
 
Cara memasak :
  1. Masukkan minyak jagung dan minyak sapi ke dalam periuk. Cairkan.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
  3. Masukkan juga rempah 4 sekawan.
  4. Jangan dilupa, hirisan halia dan serai yang dititik. Masukkan sekali ke dalam periuk dan tumis hingga wangi.
  5. Masukkan air. Kacau rata.
  6. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan. Masukkan juga daun pandan.
  7. Tambahkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
  8. Basuh beras basmathi hingga bersih dan toskan airnya.
  9. Masukkan semua bahan tumisan ke dalam periuk berisi beras. Masaklah nasi seperti biasa.
  10. Bila nasi sudah masak dan masih panas, titiskan pewarna. Ia bertujuan supaya warna nasi jadi lebih cantik. Masukkan juga kismis.

Kalori nasi minyak

Nasi minyak enak dinikmati bersama lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kurma, rendang, daging masak hitam dan acar.
 
Namun begitu, elakkan pengambilan berlebihan kerana kalori nasi minyak dengan saiz hidangan satu pinggan atau 150 gm bersamaan dengan 265 kalori. 
 
Anda perlu berjalan kaki selama 73 minit atau mengayuh basikal selama 40 minit untuk membakar semula kalori. Belum lagi ditambah dengan lauk-pauk tambahan.
 
Padanlah nasi minyak hanya sesuai dimakan ketika meraikan hari keraian seperti majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan lain-lain.  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Baca juga : Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

Baca juga : Tidak Perlu Dapur, Ini 15 Jenis Hidangan Keluarga Yang Enak Menggunakan Rice Cooker

Penulis

Nursyamimi