Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

Kalau rasa susah sangat nak jumpa nasi tomato dengan ayam masak merah yang sedap , cuba buat sendiri ikut resepi nasi tomato ini di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain nasi minyak, hidangan nasi tomato dengan ayam masak merah antara menu wajib dihidangkan di kenduri kahwin atau majlis tertentu. Kalau rasa susah sangat nak jumpa nasi tomato yang kena dengan selera tekak, dengan resepi nasi tomato yang mudah ini anda boleh makan bila-bila masa bila rasa teringin!

Bertambah meriah jika dimakan bersama dengan pelengkap hidangan seperti acar jelatah dan papadom, nikmatnya tak terkata! Orang yang makan pun pasti nak lagi!

Oh ya, resepi yang dikongsikan ini adalah cadangan untuk 20 orang makan, anda boleh sesuaikan mengikut bilangan ahli keluarga.

Tapi kalau buat lebih pun apa salahnya, boleh disedekahkan pada jiran tetangga atau kenalan. 

Resepi Nasi Tomato Simple Tapi Sedap

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 8 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit)
  • 9 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji bawang merah besar (dicincang)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 inci halia dititik
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 4 sekawan (kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga)
  • Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
  • Daun pandan/ ketumbar
  • Kismis
  • Garam dan gula

Cara penyediaan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumiskan 4 sekawan, serai, halia dan daun pandan hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah dan putih sehingga layu dan kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yang dipotong dadu.
  4. Bila semua dah sebati boleh masukkan beras dan kacau atau goreng selama lebih kurang dalam 5 minit.
  5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dan 2 tangkai daun ketumbar.
  6. Bila periuk nasi dah warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bahagian bawah.
  7. Biarkan selama 5 – 10 minit baru buka tudung periuk dan boleh kacau nasi menggunakan garfu atau chopstik untuk mengelakkan nasi patah.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
  • sos cili, sos tomato
  • gula melaka
  • gula, garam
  • tomato
  • 1 biji bawang besar  untuk hiasan
  • 4 sekawan
  • minyak untuk menumis

Cara Penyediaan: 

  1. Gorengkan ayam.
  2. Tumiskan bawang merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau.
  3. Kemudiaan masukkan cili kisar.  Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak.
  4. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga 10 minit supaya ayam sebati.
  6. Akhir sekali, taburkan bawang dan tomato.
  7. Siap untuk dihidang!

Resepi ayam masak merah ini tidak menggunakan susu supaya ayam tak cepat basi. 

Resepi Nasi Tomato Che Nom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras

Bahan untuk di potong halus

  • 1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*

Bahan-bahan lain yang berkaitan:

  • 3 1/2 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering perlahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

Resepi Nasi Tomato Khairul Aming

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras bashmati
  • 3 sudu minyak sapi 
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 3 bunga cengkih
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 kiub pati ayam 
  • 4 sudu tomato puri dalam tin
  • 1 sudu gula
  • 1/3 sudu garam
  • 2 helai daun pandan
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita basuh beras bashmati dan rendamkan dalam air selama 30 minit.
  2. Lepas itu tumiskan 3 sudu minyak sapi, 3 biji bawang besar dihiris nipis, 3 ulas bawang putih dihiris nipis, halia sebesar ibu cari, 1 kayu tumis, 3 biji bunga lawang, 3 biji buag laga, dan 3 biji bunga cengkih.
  3. Tumis sehingga bawang layu dan tumisan naik bau.
  4. Masukkan 1/2 cawan susu air ke dalam tumisan tadi dan tambahkan 1 kiub pati ayam. Hancurkan tau sebab nanti senang dia nak larut.
  5. Tambahkan 4 sudu tomato puri dalam tin.
  6. Masukkan juga perasa seperti garam dan gula. Kacaukan hingga sebati.
  7. Masukkan 2 helai daun pandan dan kacaukan.
  8. Lepastu ambil beras bashmati kita tadi buangkan air dan masukkan beras dalam periuk nasi. Tambahkan 5 cawan air dan masukkan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam nasi. Jangan lupa gaul sampai rata.
  9. Masak nasi seperti biasa bila dah masak tunggu dalam 10 ke 15 minit sebelum buka penutup nasi. Barulah korang keluarkan segala jenis bahan yang ada dalam nasi tu mcm kayu manis, daun pandan dan lain-lain.
  10.  Nak lagi cantik kita plating letak daun ketumbar dan bawang goreng barulah cantik.

Resepi Nasi Tomato Sheila Rusly

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 3 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Basuh beras sehingga bersih, kemudian rendamkan selama 30 minit.
  2. Potong tomato kepada 4 bahagian dan kisar halus.
  3. Di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah-rempah hingga naik bau.
  4. Masukkan tomato yang telah dikisar tadi dan perasakan dengan garam. Biarkan sehingga tomato hancur dan pekat.
  5. Setelah air mendidih, baru masukkan beras dan biarkan sehingga masak. 
  6. Angkat dan kacau perlahan-lahan.
  7. Nasi tomato resepi Sheila Rusly siap untuk dihidangkan.

Resepi Nasi Tomato Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras Basmathi – cuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato – cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sb majerin/minyak sapi
  • 5 sb minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan)
  • Daun pandan disimpul atau daun sup cincang 
Bahan tumis 
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang 
Cara cara: 
  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata.
  3. Tambah air, daun pandan dan  masak sehingga air mendidih. 
  4. Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  5. Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan-lahan supaya nasi tidak patah dan hancur.
  6. Siap.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli

Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

Baca juga: Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah