Resepi Overnight Oat Untuk Menu Sahur Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Kenyang Lebih Lama!

Resepi overnight oat mudah untuk disediakan kerana anda hanya memerlukan sedikit bahan sahaja. Ia sesuai untuk ibu mengandung dan sesiapa yang sedang diet. Jom cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi persediaan menghadapi Ramadhan, ramai ibu mengandung berasa risau dan tertanya-tanya apakah menu sahur yang sesuai buat anda. Selain mengambil nasi, ibu boleh menggantikannya dengan beberapa resepi overnight oat kerana ia kaya karbohidrat dan membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Meskipun ramai kurang gemar mengambil bijirin ini kerana rasanya agak tawar dan hambar, sebenarnya cara penyediaan yang kreatif menjadikannya lebih sedap. 

Resepi overnight oat yang mudah dan penuh khasiat

Oat yang paling baik dan sesuai digunakan adalah jenis rolled oat atau cooking oat. Berbanding oat segera, rolled oat ini apabila direndam di dalam susu tidak terlalu lembik dan kembang selepas semalaman. 

Jom kita lihat beberapa resepi overnight oat yang viral di media sosial ini:

#1. Overnight oat dengan buah beri biru

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan oat
  • 1 sudu makan chia seeds
  • 1/2 cawan buah beri biru
  • 1/4 cawan yogurt greek atau yogurt biasa
  • 2 sudu teh sirap maple
  • 1/2 cawan susu 
  • Secubit kacang badam hancur kasar
  • Beberapa biji buah beri biru sebagai topping

Cara penyediaan

  1. Masukkan oat, secubit garam, buah beri biru, chia seed, susu, sirap maple dan yogurt ke dalam mangkuk
  2. Kacau bahan-bahan hingga sebati. Kemudian masukkan bancuhan oat ke dalam cawan
  3. Simpan oat di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman
  4. Ketika sahur, keluarkan oat dari peti sejuk dan tabur kacang badam hancur dan buah beri biru

#2. Resepi overnight oat dengan epal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 4-5 sudu besar rolled oat
  • 100ml fresh milk atau low fat milk (susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu makan madu
  • 7-9 biji buah kismis (sunnah nombor ganjil)
  • Separuh biji epal hijau dipotong kecil

Cara penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam satu bekas. Kemudian tutup dengan rapi.
  2. Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman atau paling minimum 4 jam sebelum dinikmati. Siap!

#3. Resepi oat dengan kacang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 4-5 sudu besar rolled oat
  • 100ml fresh milk/ low fat milk (susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu kecil hershey chocolate syrup
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji kismis 
  • 1 sudu besar pumpkin seeds/ kuaci biji labu
  • 1 sudu besar hazelnut
  • 1 sudu besar greek yogurt

Cara penyediaan

  1. Satukan kesemua bahan dalam bekas bersesuaian
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau paling minimum 4 jam
  3. Untuk dapatkan rasa lagi rangup, anda boleh letak kacang ketika hendak makan

#4. Resipi overnight oat dengan anggur hitam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 4-5 sudu besar rolled oats
  • 100ml fresh milk atau low fat milk
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji kismis 
  • 1 sudu besar greek yogurt
  • 5-6 biji anggur hitam

Cara penyediaan

  1. Campurkan sahaja bahan-bahan diatas dalam bekas bersesuaian
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam. Sedia untuk dinikmati!

#5. Cara buat overnight oat dengan buah delima dan kiwi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 4-5 sudu besar rolled oats
  •  100ml fresh milk atau low fat milk
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji buah kismis
  • 1 sudu besar greek yogurt
  • 1 sudu besar delima
  • 1 biji buah kiwi yang sudah dikupas kulit dan dipotong kecil

Cara penyediaan

  1. Campur sahaja kesemua bahan-bahan di atas. Kemudian biarkan selama semalaman atau paling cepat 4 jam sebelum dinikmati.
  2. Yang ini memang sangat sedap!

#6. Resepi sahur overnight oat dengan buah pisang dan beri biru

Bahan-bahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 5 hingga 6 sudu besar rolled oat
  • 1 cawan susu segar
  • 1-2 sudu besar yogurt asli
  • 1/2 sudu besar chia seeds
  • 1-2 sudu besar madu
  • Buah pisang dan beri biru

Cara penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali buah dalam satu bekas.
  2. Biarkan dalam peti sejuk selama semalaman
  3. Bila hendak makan, tambah buah pisang dan beberapa biji beri biru

#7. Overnight oat dengan buah strawberi dan kacang pistachio

Bahan-bahan

  • 5 hingga 6 sudu besar rolled oat
  • 1 cawan susu segar
  • 1-2 sudu besar yogurt asli
  • 1/2 sudu besar chia seeds
  • 1-2 sudu besar madu
  • Kacang pistachio
  • Buah strawberi

Cara penyediaan

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk.
  2. Apabila sudah sebati, biarkan semalaman dalam peti sejuk
  3. Kemudian sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Resepi overnight oat ini sesuai juga dijadikan sebagai sarapan atau menu bersahur. Ia membantu mengawal kolesterol dan sangat sesuai bagi ibu yang mempunyai masalah kencing manis.

Sumber: The Vocket

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Buat Raya!