Resepi Pancake Enak Untuk Santapan Sekeluarga, Anak-Anak Kecil Pasti Suka!

Resepi pancake ini boleh membantu anda menyiapkan sarapan paling enak di pagi hari untuk keluarga. Boleh makan begitu sahaja, atau dihidangkan bersama buah-buahan segar, madu atau sirap maple, lazat tidak terkata!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua tahu sarapan pagi penting bagi memberi tenaga untuk memulakan tugas sepanjang hari. Bagi ibu-ibu yang telah kekurangan idea untuk sediakan sarapan menarik buat anak-anak, apa kata cuba resepi pancake yang mudah ini.

Pancake antara hidangan yang versatil, boleh dinikmati ketika sarapan, minum petang malah ada juga yang makan untuk hidangan makan malam!

Kini macam-macam topping disediakan bersama pancake. Bagi penggemar pencuci mulut, anda boleh makan pancake dengan whipped cream, buah strawberi atau pisang malah sos coklat. Manakala yang lebih gemarkan rasa savoury, boleh makan pancake bersama sosej atau telur hancur.

Baca juga: Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

Resepi Pancake – Langkah-langkah Mudah Untuk Hidangan Sedap & Pantas!

Kredit: pinterest

Bahan-bahan

  • 280 gram tepung gandum
  • 80 – 120 gr gula pasir (ikut selera)
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 4 biji telur
  • 200 ml susu penuh lemak
  • 50 gr mentega
  • 1 sdt esen vanila
  • Sedikit garam

Cara penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: thespruceeats.com

  1. Campur tepung gandum, serbuk penaik dan gula dalam satu bekas. Kacau sampai rata.
  2. Kacaukan telur susu dan esen vanila lalu tuangkannya ke adunan tepung tadi.
  3. Tambah mentega cair anda dan rehatkan adunan selama 5 minit.
  4. Panaskan kuali anda menggunakan api kecil supaya pancake anda tidak mudah hangit.
  5. Tuang satu senduk adunan pancake, tunggu hingga permukaan pancake mula bergelembung, balikkan pancake anda hingga masak. Lakukan sampai adunan habis.

Jika ingin membuat pancake anda lebih menarik untuk kanak-kanak, boleh gunakan pelbagai acuan seperti haiwan, hati ataupun karakter kegemaran anak anda.

Rahsia Resepi Pancake Untuk Pancake Lembut & Gebu

Jika sudah bosan sarapan dengan menu berat seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng atau kuih-muih, menu pankek gebu dan sedap ini ibu ayah boleh cuba.

Resepi pancake sebenarnya sudah lama wujud sejak masyarakat Rom kuno. Ia menjadi semakin populor di Eropah dan dinobatkan sebagai makanan khas orang Eropah Timur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shutterstock

Di Perancis, ia sedikit nipis dan rangup yang dipanggil sebagai crepes. Sementara itu, negara Jerman mempunyai bentuk lebih padat dan dibuat menggunakan bahan berasaskan ubi kentang.

Di Ireland, pancake ini mempunyai tekstur padat dan diperbuat daripada kentang yang dipanggil sebagai boxtry. Manakala kalau di Malaysia, ia seakan-akan lempeng gandum namun mempunyai rasa sedikit lembut. Ada juga yang memanggilnya sebagai kuih dorayaki!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, bagaimana untuk mendapatkan rasa pancake yang gebu, lembut dan sedap? Ini rahsianya:

#1. Asingkan bahan basah dan kering

Untuk membuat pankek, ramuan yang diperlukan tidak sukar. Terdapat dua jenis ramuan iaitu bahan kering yang terdiri daripada tepung, serbuk penaik, gula serta garam dan bahan basah iaitu telur, mentega cair dan susu.

Pisahkan dua jenis bahan dalam mangkuk yang berbeza. Selepas anda satukan bahan kering, satukan pula kesemua bahan basah dan adun. Kemudian barulah disatukan bahan basah dan kering. Adun rata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Adun campuran bahan dengan perlahan

Satukan bahan basah dan kering kemudian adun perlahan-lahan hingga sebati. Elakkan kacau berulang kali atau secara berlebihan kerana jika terlebih adun, ia akan menyebabkan tepung membentuk gluten yang keras. Ia akan menyebabkan pankek anda menjadi keras dan tidak gebu.

#3. Pilih serbuk penaik yang masih baru

Untuk membuat pankek yang lembut, paling penting adalah untuk memberi perhatian kepada kualiti bahan-bahan, termasuk serbuk penaik. Pastikan serbuk penaik yang anda guna adalah yang baru atau sekurang-kurangnya dihasilkan kurang dari 6 bulan. Penggunaan serbuk penaik yang lama akan menyebabkan pankek menjadi tidak naik dan kurang gebu.

#4. Guna kuali tahan lekat dan marjerin

Membuat pankek mempunyai cara yang berbeza untuk membuat lempeng biasa. Apabila memasak lempeng, anda biasanya menggunakan kuali biasa sahaja namun untuk membuat pankek, sebaiknya gunakan gula rata yang tahan lekat. Malah penggunaan marjerin atau mentega juga adalah lebih baik berbanding menggunakan minyak kerana ia lebih cepat panas.

#5. Jangan tekan pancake yang dimasak dalam kuali

Pankek sedia dibalikkan bila muncul lubang atau gelembung halus pada permukaan doh. Elakkan menekan pankek ketika dimasak kerana ia akan menjadikan tekstur pankek menjadi kemek, mampat dan tidak gebu. Tuang adunan dan biarkan ia masak. Balikkan sekali lagi dan biar masak sepenuhnya sebelum dinikmati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mudah kan nak buat pankek yang enak? Ha… Lepas ni bolehlah hasilkan untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!