Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini mesti ramai-ibu-ibu yang buntu memikirkan menu untuk anak di rumah kan? Apa kata cuba resepi roti bakar meleleh ni, serius sedap! confirm anak makan tak cukup satu.
Resepi ini dikongsikan pengguna Facebook, Ziera Xiera yangmemahami isu ibu-ibu kadangkala beli roti tetapi lambat berusik.
Apa kata ibu ayah di rumah cuba resepi ini sambil buat bersama anak-anak, boleh jadi satu aktiviti juga kan? Disamping boleh makan, aktiviti anak di rumah juga terisi dengan aktiviti berfaedah kan?
Resepi roti bakar, confirm anak makan bertambah-tambah!
Bila duduk di rumah ni, macam-macam anak minta nak makan. Kadang kala pelik juga rasa, sentiasa lapar pula anak-anak ini sampai buntu ibu jadinya mahu masak apa. Kasihan pula mahu disajikan makanan yang sama saja kan? Jadi ibu-ibu mungkin mungkin boleh cuba resepi dikongsikan ibu ini untuk disajikan pada anak-anak.
Jadi ibu, perlulah kreatif untuk ‘pancing’ anak makan kan? Mungkin ibu boleh tiru resepi ini. Tengok gambar saja pun dah nampak sedap!
Beli roti dari ahad hari tu, xde sorang pun yg mkn, pg ni buat kan roti bakar.. Aii licin pulak dia org mkn.. Senang hati tgok roti dh habis..
Roti bakar
* potong kerak di bhgn tepi roti, klu x nk potong pun boleh ikut suka.
* sapu kaya (x kisah jenama apa) , jgn kedekut nk sapu lebih ya, ni yg buat sedap meleleh nanti seiring dgn cair butter tu..
* pastikan buttercup (klu nk lg sedap guna lh pure butter yg mhl tu) dlm keadaan keras, potong sekeping2, kemudian potong kpda 3 bhgn, susun atas roti yg dh di sapu kaya td.
*bakar dlm oven suhu 200c 10-15 min.. Ikut pada garing yg kita nak..
Bahan diperlukan:
- Roti
- Kaya
- Butter (tidak kisah jenama apa contoh : Buttercup)
Cara menyediakannya:
- Potong roti kepada dua bahagian (potong kerak bahagian tepi, jika tidak mahu potong pun tak mengapa)
- Potong butter (dalam keadaan keras, ptong sekeping-sekeping kepada tiga bahagian untuk muatkan dalam roti)
- Sapukan kaya pada roti dan letakkan kepingan butter
- Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celsium selama 10 hingga 15 minit mengikut kegaringan yang kita mahu.
- Sedia untuk dimakan!
Apa beza roti putih dan roti gandum (wholemeal)
Ada pelbagai jenis roti di pasaran sampai kadang kala tidak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi di sini disertakan perbezaan antara roti putih dan roti gandum yang biasa dimasukkan dalam diet seharian anak.
#1. Roti putih
- Simple carbohydrate– dicerna lebih cepat dan gula turun lebih cepat. Menyebabkan cepat lapar. Jadi ada kemungkinan pengambilan makanan akan menjadi lebih banyak.
- Kalori tinggi (157 kalori untuk dua keping)
- Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. High Glycemic Index. Merangsang menghasilkan hormon insulin yang banyak.
- Berwarna putih disebabkan terdapatnya proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.
- Tiada serat. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.
#2. Roti gandum
- Complex carbohydrate – Dicerna lebih perlahan tetapi berterusan. Disebabkan itu orang yang berdiet selalu makan roti gandum. Malah mereka yang mempunyai alahan pada gluten juga lebih memilih untuk makan roti gandum kerana biasanya ia tidak mengandungi gluten.
- Kalori lebih rendah (127 kalori untuk dua keping)
- Sesuai untuk pesakit kencing manis.
- Berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses “bleach”.
- Kaya serat, juga kaya dengan vitamin B kompleks, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ziera Xiera
Baca juga:
Resepi Doh Roti Sedap & Guna Hanya Sedikit Bahan, Ibu-Ibu Jom Cuba Buat Bersama Anak-Anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!