Resepi Sate Daging Lembut & Juicy, Ini RAHSIA Perapan Yang Peniaga Selalu Guna

Resepi sate daging yang kami kongsikan ini sering digunakan peniaga. Rasanya yang lembut dan juicy pasti menambat selera anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda menggemari satay daging, anda mungkin boleh cuba resepi sate daging yang kami kongsikan ini. Boleh saja beli di kedai tetapi jika mahu cuba buat sendiri apa salahnya kan?

Resepi Sate Daging

Resepi Perapan Sate Daging

Bahan utama:

  • 3kg daging -potong kiub untuk sate

Bahan kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bwg putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai

Bahan perap:

  • 2 keping gula melaka – potong kecil
  • 1 ½ cawan gula putih + gula perang
  • 3 sudu kecil garam4 sudu besar serbuk kunyit
  • 4 sudu besar serbuk jintan manis
  • 4 sudu besar serbuk jintan putih
  • 4 sudu besar serbuk ketumbar

Cara Penyediaan 

  1. Mula-mula kisar bahan sehingga hancur lumat.
  2. Perapkan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas daging yang dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap.
  3. Cucuk sate dengan lidi dan bakar dalam selama 40 minit atau sehingga sate masak.
  4. Air perapan satay tadi jangan buang. Boleh gunakan untuk kuah kacang. Cuma tambahkan beberapa bahan sahaja.
  5. Sedia untuk dihidang bersama kuah kacang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi Kuah Kacang Sate Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa

Bahan untuk hiris nipis:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara Penyediaan Kuah Kacang

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

myresepi

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy, Puas Hati Makan

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran!

Baca juga: Resipi Daging Bakar Thai Cicah Sos Thai, Makan Panas-Panas Memang Sedap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar