Sup Ayam 'Comfort Food' Terbaik Untuk Anak Demam! Ini Resepi Mudah Dan Sedap Untuk Cuba Di Rumah

Sup ayam bagus untuk melegakan demam, sesuai untuk semua golongan tidak kira muda, tua dan kanak-kanak. Ini resepi sup ayam mudah untuk cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau tengah demam dihidangkan dengan sup ayam, pastinya rasa nyaman. Anda boleh cuba salah satu resepi sup ayam simple yang kami kongsikan ini untuk hidangan seisi keluarga.

Sup ayam sememangnya dipercayai boleh menurunkan suhu badan yang tidak sihat atau ketika mengalami demam, selesema dan batuk. Ia boleh dikatakan sebagai penawar alternatif untuk menurunkan suhu badan yang tinggi.

Hidangan ini sudah sejak dahulu lagi menjadi pilihan ketika musim anak demam. Setiap orang mempunyai pilihan dan citarasa sendiri, disebabkan itu ada sesetengah orang suka menyediakan sup ayam hanya dengan meletakkan sup bunjut dan merenehkan ayam. Bagi sesetengah orang pula suka menambah serai atau halia ke dalam sup ayam kerana umum tahu yang kedua-dua bahan ini ada khasiatnya.

Biasanya sup ayam akan dihidangkan dengan nasi panas bersama sambal belacan atau sambal kicap. Namun ia bergantung pada pilihan masing-masing. 

Di sini kami ada kongsikan beberapa variasi resepi sup ayam simple yang pastinya jadi sedap bila anda cuba buat sendiri di rumah.

Resepi sup ayam simple ala Che Nom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sb minyak masak
  • Sup bunjut
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
  • Air secukupnya
  • 1/2-1 batang lobak merah
  • 2 biji kentang
  • Daun sup
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus.
  2. Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.
  3. Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.
  4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
  5. Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
  6. Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
  7. Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
  8. Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
  9. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
  10. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

Tips dari Che Nom:

  1.  
  • Potongan lobak merah dan kentang kena bagi sama besar, bila masak nanti semuanya akan masak sekata, masak pada masa yang sama.
  • Selepas potong kentang dan lobak merah, rendam untuk elak kentang oksidasi jadi perang dan lobak merah akan kekal segar.

Resepi sup ayam thai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu ini sangat popular di kedai masakan ala thai kerana rasa supnya yang masam dan pedas ini kena dengan selera tekak orang kita. Jika anda sudah bosan dengan resepi sup ayam biasa, bolehlah ikut resepi sup ayam thai yang mudah ini. 

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 inci halia ditumbuk halus
  • 4 biji bawang merah dipotong kasar
  • 1 biji bawang besar dipotong kasar
  • 1 batang serai dihiris kasar
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang saderi
  • 1 batang lobak merah
  • Garam
  • Stok ayam / kiub pati ayam
  • Gula 
  • Sos ikan
  • Cili padi dan cili api (mengikut kepedasan masing-masing)
  • Sup bunjut
  • Air masak secukupnya
  • Daun ketumbar 
  • 2 biji tomato dipotong 4

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan daun limau purut sehingga layu dan naik bau. Kacau dengan api perlahan.
  2. Masukkan air masak secukupnya disertakan dengan sup bunjut. Renehkan sup sehingga menggelegak.
  3. Masukkan ayam.
  4. Kemudian, masukkan batang saderi dan lobak merah. Masak seketika sehingga ayam masak.
  5. Masukkan garam, gula, sos ikan dan stok ayam. Sesuaikan mengikut citarasa.
  6. Letak tomato, cili padi dan daun ketumbar. 
  7. Siap untuk dihidang.

Resepi sup kaki ayam

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • Kuib pati ayam
  • Kentang
  • Sedikit suhun
  • Daun sup
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mula-mula, kaki ayam dibersihkan dan direbus hingga masak dan lembut.
  2. Bawang besar, bawang putih dihiris kasar dan halia diketuk. Manakala, suhun direndam terlebih dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah 3 sekawan hingga naik bau
  4. Kemudian, masukkan bahan yang telah dihiris. Tumis hingga kekuningan dan layu.
  5. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang. Biar sehingga kentang empuk.
  6. Bila kentang sudah empuk, masukkan kaki ayam yang telah direbus tadi berserta suhun dan perasakan dengan kiub ayam. Reneh dengan api perlahan.
  7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Taburkan daun sup.

Resepi sup ayam mamak

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 6 tangkai cili padi diketuk
  • 2 sudu tepung gandum di bancuh air
  • 1 batang lobak potong halus
  • 4 biji ubi kentang
  • Air
  • Garam gula lada hitam
Bahan untuk dikisar: 
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 peket rempah sup
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 inci halia
Bahan pelengkap:
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Cara Penyediaan:

  • Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama tiga sekawan.
  • Masukkan air. Kemudian, masukkan ayam, ubi kentang, lobak, cili padi dan kuib pati ayam.
  • Masak hingga mendidih dan sehingga ayam lembut.
  • Kemudian masukkan tepung gandum kepekatan mengikut citarasa.
  • Tuangkan sup yang telah siap ke dalam bekas.
  • Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng berserta telur masin dan ulam-ulaman.
 
 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mudah & Berkhasiat, Si Manja Mesti Akan Suka!

Baca juga: 9 Menu Diet Sihat Untuk Ibu Lepas BERSALIN, Susu Badan Pun Melimpah Ruah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad