TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Waffle Mudah, Sedap & Gebu Untuk Sarapan Dan Minum Petang, Memang Puas Hati!

3 min bacaan
Resepi Waffle Mudah, Sedap & Gebu Untuk Sarapan Dan Minum Petang, Memang Puas Hati!

Nak cuba buat resepi waffle mudah yang gebu dan sedap di rumah? Ikuti resepi lengkap ini yang sangat mudah disediakan untuk hidangan keluarga

Dengan teksturnya yang rangup di luar dan gebu di dalam, tidak hairanlah waffle menjadi kegemaran ramai. Kali ini, jom kita cuba buat resepi waffle mudah sendiri di rumah yang hanya menggunakan bahan-bahan ringkas!

Isi Kandungan

  • Resepi Waffle Mudah Dan Sedap 
  • Tips Agar Waffle Lebih Sedap

Resepi Waffle Mudah Dan Sedap 

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 ½ cawan air
  • ¾ cawan minyak masak atau mentega cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan susu tepung (contoh: Nespray atau mana-mana susu tepung yang sesuai)
  • 3 sudu makan gula kastor
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan baking powder
  • ¼ sudu teh baking soda

Gunakan cawan penyukat untuk sukatan yang tepat.

Cara Penyediaan:

  1. Pastikan telur dibasuh bersih, kemudian pecahkan ke dalam bekas pengisar makanan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas tersebut.
  3. Pukul menggunakan hand mixer atau blender hingga semua bahan sebati dan kembang sedikit.
  4. Rehatkan adunan selama 10-15 minit untuk hasil waffle yang lebih gebu.
  5. Panaskan acuan waffle, kemudian sapu sedikit mentega pada permukaannya supaya tidak melekat.
  6. Masukkan adunan sekitar satu senduk, kemudian tutup alat pembakar.
  7. Biarkan masak hingga waffle keemasan dan rangup.
  8. Setelah masak, angkat waffle dan sapu dengan Nutella, jem strawberi, mentega kacang atau topping kegemaran anda sebelum dilipat dengan cantik.

Jika ingin membuat bekal, adunan boleh disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Tips Agar Waffle Lebih Sedap

1. Untuk Rasa Lebih Lemak

Gantikan susu biasa dengan susu penuh krim atau susu badam untuk rasa yang lebih lemak dan tekstur yang lebih gebu.

2. Tambah Coklat atau Keju

Boleh juga tambah cip coklat atau parutan keju ke dalam adunan untuk kelainan rasa.

3. Pastikan Mesin Waffle Panas

Mesin waffle yang cukup panas akan menghasilkan waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Jadi, pastikan anda biarkan mesin dipanaskan dengan betul sebelum mula menuang adunan.

Waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut sesuai untuk sarapan pagi yang mengenyangkan. Selamat mencuba dan nikmati bersama keluarga!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Pancake Enak Untuk Santapan Sekeluarga, Anak-Anak Kecil Pasti Suka!

Baca juga: Bila Bayi Boleh Mula Makan Roti? Perkenalkan Roti Untuk Bayi Dengan 5 Resipi Lazat Ini!

Baca juga: Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Waffle Mudah, Sedap & Gebu Untuk Sarapan Dan Minum Petang, Memang Puas Hati!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham