Resipi Daging Dendeng Khairul Aming Yang Mudah & Teramat Sedap, Wajib Cuba!

Resipi daging dendeng Khairul Aming wajib dicuba kerana penyediaannya amat mudah. Ramai yang akui resepi ini sangat sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daging dendeng adalah hidangan berasaskan daging, biasanya daging lembu, yang diperap dan kemudian dikeringkan atau digoreng sehingga rangup. Meskipun ramai mengatakan penyediaannya agak sukar, namun resipi daging dendeng Khairul Aming sangat mudah untuk dicuba.

Rasa daging dendeng adalah manis, pedas, dan sedikit masin, bergantung pada jenis rempah dan cara penyediaannya. Terdapat pelbagai variasi dendeng, tetapi semuanya berkongsi satu ciri utama: daging yang nipis dan penuh rasa.

Resipi Daging Dendeng Khairul Aming

Bahan Daging Dendeng Khairul Aming

  • 1 kg daging (direbus 45 minit)
  • 4 batang serai
  • Halia sebesar ibu jari
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Segenggam cili kering yang direbus
  • 3 helai daun limau
  • 1 cawan kicap manis
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto
  • 6 cili padi merah
  • Sedikit asam jawa

Cara Buat Daging Dendeng

    1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian potong daging sederhana tebal.
    2. Masukkan daging dalam lesung dan tumbuk. 
    3. Masukkan daging ke dalam mangkuk. Tambahkan kicap manis, gaulkan sebati.
    4. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah digaul dengan kicap. Goreng sekejap dan toskan.
    5. Kisar serai, halia, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama air.
    6. Tumis bahan kisar. Masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan sehingga pecah minyak.
    7. Tambahkan secawan kicap manis, kacau-kacau. Masukkan daun limau nipis, ajinomoto, garam, gula dan sedikit lagi air asam jawa secukup rasa.
    8. Masukkan daging, kacau sebati. Tambah cili padi merah. Siap untuk dihidang!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Tips Buat Daging Dendeng Yang Sedap

1. Pilih Daging Yang Sesuai

Gunakan bahagian daging seperti batang pinang atau topside kerana teksturnya lembut dan tidak berlemak. Daging nipis lebih mudah dimasak dan tidak liat.

2. Goreng dengan Api Sederhana

Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng dan gunakan api sederhana supaya daging tidak hangus dan masak sekata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Rebus Daging untuk Lebih Empuk

Rebus daging sekejap bersama daun salam atau serai untuk melembutkannya sebelum digoreng. Ini menjadikan dendeng tidak mudah liat.

4. Ketuk Daging Untuk Serapan Rasa

Pukul daging perlahan-lahan sebelum perap supaya lebih nipis dan perapannya cepat meresap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Keringkan Daging untuk Ketahanan Lama

Masak daging dengan suhu rendah untuk dendeng kering. Ini membuatkan dendeng lebih tahan lama dan kekal rangup.

Asal Usul Daging Dendeng

Dendeng berasal dari budaya kulinari Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia dicipta sebagai cara untuk memanjangkan jangka hayat daging—memandangkan kaedah pengawetan moden belum wujud pada masa itu.

Lama-kelamaan, hidangan ini merentasi sempadan dan menjadi kegemaran di Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu. Kini, daging dendeng bukan sekadar makanan harian tetapi turut menjadi hidangan wajib di majlis perkahwinan, hari raya, dan kenduri.

Kenapa Daging Dendeng Menjadi Kegemaran Ramai?

Selain rasa yang unik dan penuh dengan pelbagai lapisan rempah, daging dendeng juga fleksibel—ia boleh dinikmati dengan nasi panas, pulut kuning, atau sebagai kudapan sahaja. Tekstur garing dan perisa rempah yang kaya menjadikannya sukar untuk ditolak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula, dendeng ini boleh disimpan lama tanpa kehilangan rasa, menjadikannya pilihan bijak untuk disimpan sebagai bekalan di rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga:  17 Resepi Untuk Anak Picky Eater/ Memilih Makan, Menu Yang Sedap & Pikat Selera Si Manja

Baca juga:  Ini Variasi Resepi Ayam Buttermilk Yang Cukup Rasa, Kuah Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat

Baca juga: Sup Ayam ‘Comfort Food’ Terbaik Untuk Anak Demam! Ini Resepi Mudah Dan Sedap Untuk Cuba Di Rumah