Resipi kari udang yang kami kongsikan ini sangat mudah disediakan dan dijamin sedap. Anda boleh cuba di rumah atau sebagai hidangan untuk tetamu yang berkunjung. Udang antara haiwan laut yang memiliki banyak khasiat dan sesuai dihidangkan untuk semua peringkat umur. Namun ia juga boleh menyebabkan alahan kepada mereka yang mempunyai alahan dengan udang atau makanan laut lain.
Isi Kandungan
Resipi Kari Udang
Bahan-bahan:
- 500 gram udang sederhana besar
- 2 sudu besar rempah kari (kari ikan), bancuh dengan sedikit air
- 1 sudu kecil halba campur
- 2 biji bunga lawang
- 1 batang kayu manis
- Setangkai daun kari
- 2 biji kentang, potong dadu besar
- 1 cawan santan cair
- 2 cawan santan pekat
- 1 sudu besar bancuhan pati asam jawa
Bahan tumbuk halus:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Cara Penyediaan:
- Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (tidak buang kulit).
- Panaskan 1/2 senduk minyak. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari,bunga lawang dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau supaya tidak hangus. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.
- Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.
- Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Tips Resipi Kari Udang
Menurut Che Nom udang tidak perlu dimasak atau direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan tidak enak. Anda juga boleh memilih sama ada ingin buang kulit udang atau sebaliknya bergantung kepada citarasa masing-masing. Jika anda masak untuk anak-kanak ada baiknya anda buang kulit untuk memudahkan mereka makan. Selamat mencuba!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat
Baca juga: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!
Baca juga: Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam – First Time Cuba CONFIRM Jadi!