Bila Bayi Boleh Mula Makan Roti? Perkenalkan Roti Untuk Bayi Dengan 5 Resipi Lazat Ini!

Tidak tahu masa terbaik untuk memberi roti kepada bayi?

Ibu, adakah si kecil anda sudah bersedia untuk makan? Makanan yang biasa ibu berikan buat anak kecil biasanya bubur, nasi lembik mahupun puri buah kan? Bagaimana pula roti untuk bayi?

Sedap dan mudah didapati, roti merupakan makanan menjadi makanan yang sangat popular di seluruh dunia sampaikan ada sesetengah orang yang menjadikan nasi sebagai pengganti nasi dalam menu seharian.

Namun bila bercakap tentang roti untuk bayi, bila waktu sesuai untuk memperkenalkan kepada si manja anda?

Kandungan Roti Untuk Bayi

Kandungan nutrien dalam roti adalam bergantung kepada jenis roti yang dimakan, tetapi secara umumnya, pakar mengesyorkan roti gandum sebagai pilihan terbaik.

Sepotong roti gandum mengandungi 70 gram kalori, 1 gram lemak, 4 gram protein dan 11.5 gram karbohidrat.

Bolehkah Kita Memberi Roti Untuk Bayi?

Seiring dengan perkembangan bayi, ibu bapa perlu memberikan makanan dengan nutrien baik bagi menyokong tumbesaran di manja pada tahap optima.

Jadi waktu yang terbaik memperkenalkan makanan pejal pada bayi adalah di usia 6 bulan, apabila bayi memerlukan makanan pelengkap lain selain susu ibu.

Pakar juga mengesyorkan agar ibu bapa melihat jika bayi menunjukkan alahan tertentu terhadap roti. Jadi jika anda berada was-was, sebaiknya and rujuk doktor dengan kadar segera untuk memastikan jenis roti yang sesuai untuk anak.

Ini kerana ada sesetengah roti yang mengandungi gluten yang tidak sesuai untuk si kecil terutamanya yang mempunyai masalah ekzema dan sebagainya.

Berikan roti pada bayi ketika usianya menginjak 7 bulan ketika sistem pencernaannya sudah boleh menerima pelbagai jenis makanan.

Pilihan Roti Untuk Bayi 

Kredit: Freepik

Terdapat pelbagai jenis produk roti yang dijual di pasaran. Bagi orang dewasa, pengambilan roti adalah lebih mudah kerana kita boleh ambil apa jua jenis roti, namun bagi bayi yang masih membesar, pemilihan roti pula lebih terhad.

Antaranya roti coklat memiliki kadar serat yang tinggi dan sama sekali tidak disarankan kepada bayi kecil. Ini kerana roti coklat membuatkan bayi cepat kenyang dan boleh menurunkan nafsu makan si kecil untuk menerima makanan lain.

Tambahan lagi, terlalu banyak serat boleh menghalang penyerapan zink dan zat besi dalam tubuh. Jadi pada permulaannya bayi sebaiknya diperkenalkan roti putih sahaja.

Namun roti putih juga tidak mempunyai cukup nutrien kepada bayi jadi ibu bapa disarankan beri roti terlalu banyak kepada anak. Cadangan pengambilan roti untuk bayi adalah 3-4 kali seminggu dalam hidangan kecil sebagai tambahan dalam menunya.

5 Cadangan Hidangan Roti Untuk Bayi, Sedap & Mudah!

#1 Roti Dengan Jem Buah-Buahan

Bahan:

Cara membuatnya:

  • Ambil roti dan buang bahagian tepinya.
  • Potong roti menjadi helaian kecil yang mudah dipegang, sapukan jem ke atasnya.

#2 Roti Mentega

Bahan:

  • Roti putih
  • Mentega (Sebaiknya mentega tanpa garam)

Cara membuat:

  • Ambil roti dan buang bahagian tepinya.
  • Sapu mentega ke atas roti yang dipotong kecil. Jika suka, bakar roti agar menjadi biskut sesuai untuk si kecil yang baru tumbuh gigi.

#3 French Toast (untuk 1 tahun ke atas)

Bahan:

  • 1 biji telur
  • Roti yang dipotong dadu atau dihiris panjang
  • Gula atau garam
  • Mentega untuk menggoreng

Cara membuat:

  • Pecahkan telur dalam sebuah mangkuk, adun telur lalu tambahkan gula. Pukul telur sehingga sebati.
  • Celur roti dalam telur yang dipukul tadi.
  • Pastikan roti digoreng merata dan siap disajikan untuk bayi.

Menu ini sesuai bagi bayi yang tidak ada alahan telur, jadi pastikan si manja anda telah melepasi ujian alahan telur ya!

4# Roti Avocado & Telur (9 bulan ke atas)

Kredit: BabyFoodie

Bahan:

  • 1 keping roti
  • 1/3 avokado 
  • 1 biji telur rebus

Cara membuat:

  • Bakar roti, pastikan jangan terlalu garing
  • Lenyek buah avokado menggunakan garfu, kemudian sapu rata atas roti
  • Potong kecil telur rebus, susun di atas roti
  • Potong roti avokado dalam bentuk memanjang untuk elak tercekik

5# Vegetable French Toast

Kredit: MJ & Hungry Man

Bahan:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu 
  • 3 sudu besar sayur-sayuran (contoh: lobak dan brokoli dicincang halus, direbus terlebih dahulu)
  • 1/4 sudu kecil kunyit
  • 1/4 sudu kecil jintan manis
  • 1 keping roti (dibakar)
  • Mentega atau minyak

Cara membuat:

  • Dalam mangkuk lebar, gaul semua bahan bersama kecuali roti dan minyak.
  • Celup roti ke dalam adunan dan tekap secara perlahan-lahan untuk serap adunan. Ulang beberapa kali sehingga keseluruhan roti bersalut dengan bahan.
  • Cairkan mentega atau panaskan minyak dalam kualiti. Masukkan roti dalam kuali sebaik sahaja kuali menjadi panas. Guna api sederhana.
  • Baki adunan tadi boleh diratakan ke atas roti.
  • Masak selama 1-2 minit atau apabila bahagian roti menjadi perang keemasan. Balikkan roti dan masak bahagian sebelah lagi.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang.
  • Dicadangkan untuk hidang dengan yogurt, hummus dan mentega kacang.

Roti ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara sehingga 2 hari di dalam peti sejuk sekiranya anak tidak dapat habiskan semuanya.

Amaran Tercekik!

Jika ibu ingin memberi roti untuk bayi, pastikan anda elak roti yang mengandungi kekacang atau bijian.

Malah, ibu juga digalakkan untuk elak roti lembut seperti roti putih untuk anak kecil yang masih baru belajar makan. Ini kerana roti lembut ini boleh membentuk bulat dan kemudian menjadi melekit, menyukarkan anak untuk ludah keluar.

Ini boleh menyebabkan anak tercekik. Jadi untuk elak situasi ini, pastikan anda bakar roti itu sedikit agar ia tidak terlalu lembut tetapi juga tidak terlalu keras/

Selamat mencuba!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!

Baca juga: Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

Baca juga: Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

Penulis

Beto Rahman