X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rezeki Suami Datang Dari Redha Isteri: Benarkah Dalam Islam?

6 min bacaan
Rezeki Suami Datang Dari Redha Isteri: Benarkah Dalam Islam?

Rezeki suami dari redha isteri boleh menjadi salah faham. Pertambahan rezeki seseorang itu bergantung pada hubungan sesama manusia khususnya keluarga

Dalam kehidupan rumah tangga, konsep rezeki sering kali dikaitkan dengan usaha dan doa. Namun dalam masyarakat, ada yang mengatakan bahawa rezeki suami datang dari redha isteri. Adakah ini benar dalam Islam?

▲▼Isi Kandungan

  • Rezeki Suami Datang Dari Redha Isteri
  • Rezeki Sempit Bila Meregangkan Hubungan Keluarga
  • Allah Telah Menetapkan Rezeki Setiap Makhluk
  • Manusia Dituntut Untuk Bekerja 
  • Allah Pemilik Mutlak Rezeki
  • Rezeki Tidak Terhad Pada Harta
  • Tips Murah Rezeki

Rezeki Suami Datang Dari Redha Isteri

Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT :

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلِ اللَّـهُ ۖ

Maksudnya: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah…”

Ucapan seperti rezeki lelaki atau suami datangnya dari redha isteri atau wanita adalah ucapan yang perlu diteliti. Tanpa penjelasan lanjut ianya boleh menimbulkan salah faham.

Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. 

Nabi SAW bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ ‌يُبْسَطَ ‌لَهُ ‌فِي ‌رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan ditambah  hidupnya, maka sambunglah hubungan kekeluargaan.”

Oleh kerana itu, Nabi SAW menyifatkan lelaki yang terbaik adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya. 

Rezeki Sempit Bila Meregangkan Hubungan Keluarga

Apa sahaja perkara yang dilakukan yang boleh meregangkan hubungan kekeluargaan boleh menyebabkan rezeki seseorang itu sempit. Termasuklah sifat bakhil atau kedekut dengan ahli keluarga.

Oleh itu, Nabi SAW memberikan amaran berkenaan sifat bakhil. Nabi SAW bersabda:

‌إيَّاكم ‌والشُّحَّ، فإنما هَلَكَ مَن كان قَبلَكم بالشُّحِّ: أمرهم بالبُخلِ فبَخِلُوا، وأمرَهم بالقَطيعةِ فقَطَعُوا، وأمرَهم بالفُجُور ففَجَرُوا

Maksudnya: “Jauhilah sifat bakhil. Sesungguhnya orang sebelum kalian binasa disebabkan sifat bakhil. Ia membawa kepada sifat kedekut, mereka menjadi kedekut. Ia membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan dan membawa kepada dosa.”

Namun, para isteri juga perlu rasional agar tidak meminta sesuatu yang berada di luar kemampuan suami.

Allah Telah Menetapkan Rezeki Setiap Makhluk

Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah telah menetapkan rezekinya.

Allah SWT berfirman:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّـهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya:

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

Ayat ini menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki.

Manusia Dituntut Untuk Bekerja 

Walaupun begitu, manusia dituntut untuk bekerja, berusaha dan beramal. Allah SWT berfirman :

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّـهِ وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

Nabi SAW bersabda :

إن الرِّزقَ ليطلُب العبدَ أكثرَ مما يطلبه أجله

Maksudnya: “Sesungguhnya rezeki mencari seseorang lebih banyak daripada ajal mencari seseorang.”

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Allah Pemilik Mutlak Rezeki

Dalam ayat yang lain, Allah SWT menegaskan bahawa apa yang di langit mahupun di bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Sifat tidak percaya bahawa Allah SWT bukan pemilik rezeki adalah sifat orang munafik. Pada ketika Nabi SAW masih hidup, mereka percaya bahawa Allah tidak menurunkan rezeki kepada golongan Muhajirin.

Pemilik mutlak rezeki itu ialah Allah SWT. Tiada siapa yang mampu untuk menandingi Allah SWT. Walaupun tanpa redha sesiapa, jika Allah berkehendak untuk memberikan rezeki kepada hamba-Nya, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Begitu juga sebaliknya. Bahkan dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

وَلِلَّـهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tidak mempercayai atau meragui bahawa Allah adalah pemilik rezeki sama sahaja seperti meragukan bahawa Allah adalah Pencipta alam. Ayat-ayat yang disebutkan adalah sebahagian petunjuk dan dalil bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak rezeki. Bukannya manusia. Allah penentu rezeki seseorang. Bukannya manusia.

Tidak dapat dinafikan bahawa rezeki adalah sumber kehidupan. Allah SWT menyediakan rezeki sebagai sumber dan bekalan dalam kehidupan seharian manusia.

Ini dapat difahami menerusi firman Allah SWT :

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”

Rezeki Tidak Terhad Pada Harta

Namun, rezeki itu bukan hanya terhad kepada harta. Ketenangan dalam kehidupan adalah rezeki. Memperoleh anak yang soleh dan solehah adalah rezeki. Mendapat sahabat dan jiran yang baik adalah rezeki.

Dikurniakan kecerdasan akal dan minda adalah rezeki. Dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan baik adalah rezeki. Dijauhkan daripada bala bencana adalah rezeki. Ringkasnya, rezeki Allah itu luas dan  merangkumi kesemua aspek kehidupan manusia.

Tips Murah Rezeki

Banyak juga cara lain untuk memperoleh dan ditambah rezeki. Antaranya :

  1. Beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah.Dosa dan maksiat adalah antara penghalang rezeki.
  2. Bersedekah.
  3. Menanamkan sifat ketakwaan dalam diri. 

Justeru, ucapan rezeki suami datang dari redha isteri boleh membawa salah faham jika tidak diperjelaskan. Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.

Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk isteri juga adalah sebab rezeki diluaskan.Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab.Kepada para suami, jalankan tanggungjawab kepada isteri.

Seorang suami bukan sahaja bertanggungjawab memberi nafkah atau mencari harta, akan tetapi juga bertanggungjawab mendidik isteri dan keluarga agar menjadi keluarga yang diredhai oleh Allah.

Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Dosa Isteri Terhadap Suami Yang Ramai Wanita Tidak Sedar Hingga Menjejaskan Hubungan Rumah Tangga

Baca juga: Selepas Berkahwin, Isteri Lebihkan Anak Dari Suami – Ini Sebab Anda Perlu Hentikan Tabiat Ini Untuk Bahagia

Baca juga:  Kesetiaan Isteri Diuji Apabila Suami Tidak Punya Harta, Sejauh Mana Kebenaran?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Rezeki Suami Datang Dari Redha Isteri: Benarkah Dalam Islam?
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham