Apabila anak excited nak ke pantai atau laut, pasti kita sebagai ibu bapa pun turut berasa teruja, sampai tak pernah terfikir tentang risiko anak lemas, kan?
Dengan anak yang sudah bersiap sedia dengan set baju renangnya, kadang-kadang, kita yang teruja ini pun jadi terlupa dengan keselamatan anak. Tapi jangan begitu. Sudah tiba masanya ibu bapa memastikan anak mendapatkan keselamatan yang baik dan mencegah risiko anak lemas.
Pada hakikatnya, ramai ibu bapa yang pandang remeh terhadap risiko anak lemas ini.
Risiko anak lemas – Ia penyebab utama kematian kanak-kanak!
Baru-baru ini, satu kajian telah dilakukan oleh C.S.Mott Children’s Hospital National pada hari Kesihatan Kanak-Kanak, yang ingin membuktikan bagaimana risiko anak lemas menjadi punca utama kematian kanak-kanak.
Kajian mendapati peratusan ibu bapa yang membenarkan anak bebas di tasik ialah sebanyak 16 %, lautan 13% dan lebih dari 1/3 bersamaan 37% membenarkan anak bermain di rumah, hotel atau kolam jiran tanpa pengawasan orang dewasa!
Kajian ini membuka mata ibu bapa memandangkan risiko anak lemas disebut sebagai penyebab utama kematian akibat kecederaan pada kanak-kanak berusia 1 hingga 15 tahun.
Pengarah bersama dan pakar kanak-kanak Mott Gary L. Freed menasihati aktiviti berenang boleh dilakukan tapi hanya di kawasan kolam renang peribadi atau kolam hotel serta di tasik mahupun lautan. Kedalamnya pula haruslah cetek.
Aktiviti berenang perlu mendapat pengawasan yang betul bagi memastikan anak-anak selamat di sekeliling air.
Oleh itu, semasa mengajar teknik berenang kepada anak, pastikan anda menggunakan cara yang betul dan mengikuti garis panduan tertentu untuk mengelakkan risiko anak lemas.
7 kesilapan yang perlu anda elak bagi mengurangkan risiko anak lemas
1. Jangan terlalu ‘santai’ apabila lihat anak masuk dalam kolam renang
Sebelum anak anda terjun ke dalam air, galakkan mereka untuk membuat rutin pra-berenang. Anda boleh meminta mereka mandi cepat, memakai pelindung matahari dan menyarung set lengkap baju renang.
Ini memastikan mereka sedar yang berenang tidak boleh dianggap ringan dan mereka tidak boleh masuk ke dalam kolam tanpa pengetahuan anda.
2. Jangan biar anak tentukan masa untuk memasuki kolam renang
Buat isyarat atau isyarat lisan yang mesti diberi sebelum anak memasuki kolam renang. Pasti mereka sedar mereka memerlukan kebenaran anda untuk masuk ke kolam renang.
Walaubagaimanapun, jangan hanya berhenti selepas percubaan pertama. Terus pastikan anak mengikut arahan keselamatan yang betul dan mendapatkan kebenaran anda terlebih dulu setiap kali kalian ke kolam renang.
3. Jangan hanya bergantung kepada pelampung
Ya, peranti pengapungan atau pelampung direka untuk mencegah anak-anak daripada lemas. Tetapi anda juga perlu mengajar anak-anak bagaimana untuk berenang tanpa menggunakannya.
Ramai ibu bapa membuat kesilapan ini malah ia mewujudkan rasa selamat yang “palsu” bagi kanak-kanak.
Ingat, apabila kanak-kanak secara tidak sengaja terjatuh ke dalam air, ia biasanya tanpa pelampung. Jadi, ajarkan mereka bagaimana berenang tanpa pelampung.
4. Jangan minta mereka guna googles di kolam renang
Gear keselamatan jenis ini bagus pada mulanya dan membantu anak-anak menjaga mata mereka semasa berenang.
Tetapi ajari juga anak bagaimana untuk menyelamatkan diri tanpa penggunaan googles supaya mereka yakin dan bijak menjaga mata ketika berenang sama ada di pantai, kolam atau tebing sungai.
5. Jangan bergantung pada kolam untuk jadi zon selamat kanak-kanak
Kebanyakan kolam mempunyai kawasan saluran air keluar dan masuk yang boleh menjadi sangat berbahaya untuk kanak-kanak.
Oleh itu, anda perlu memastikan kemudahan pencucian, saliran dan kelengkapan kolam renang mematuhi undang-undang keselamatan kolam renang negara.
6. Jangan bergantung pada orang lain untuk keselamatan anak anda
Ya, mungkin ada penyelamat atau orang lain di sekeliling anak apabila dia memasuki kolam renang. Tapi itu tidak bermakna anda perlu melihat sahaja atau menatap telefon anda.
Tidak ada kanak-kanak yang 100% selamat ketika berada di kolam renang. Lemas boleh berlaku hanya beberapa saat, jadi sentiasa awasi anak.
Ibu bapa juga perlu belajar berkaitan CPR agar dapat dipraktiskan jika anak lemas.
7. Jangan pindahkan ketakutan anda kepada mereka
Anda mungkin takut air, tapi itu tidak boleh menghalang anda daripada membiarkan anak-anak anda menikmati aktiviti yang indah ini.
Jangan panik jika wajah anak hilang di bawah permukaan air. Sebenarnya, untuk kanak-kanak kecil, anda boleh melatih mereka menahan nafas di bawah permukaan tab mandi di rumah.
Ini sedikit sebanyak membina kepercayaan mereka untuk berenang di kawasan yang lebih besar.
Paling penting, pastikan tidak pernah meninggalkan mereka tanpa pengawasan bagi mengelakkan risiko anak lemas. Sekiranya anda tidak begitu yakin dengan kemahiran yang ada, daftarkan anak ke kelas berenang dan nikmati aktiviti yang menyeronokkan ini!
Foto kredit: pixabay
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparentSingapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.combahaya-pelampung