Kalau Ada Lebihan Roti Gardenia Atau Nak Expired Jangan Dibuang, Cuba Resipi Mudah Untuk Sajian Minum Petang

Kadang-kala susah juga nak habiskan sebuku roti Gardenia lebih-lebih lagi kalau di rumah bilangan ahli keluarga kecil sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Roti Gardenia sentiasa menjadi pilihan jenama roti yang perlu ada di rumah namun kadang-kala susah juga nak habiskan sebuku roti lebih-lebih lagi kalau di rumah bilangan ahli keluarga kecil sahaja.

Selain daripada cara biasa kita makan roti dengan cara sapu jem atau buat sandwich, sebenarnya ada banyak lagi resipi yang kita boleh buat dengan roti Gardenia yang hampir expired ni.

Kami kongsikan beberapa resipi roti Gardenia yang lazat dan mudah sebagai idea untuk sajian minum petang seisi keluarga!

Jenis-jenis roti gardenia

Tahukah anda bahawa roti Gardenia ada macam-macam jenis roti dan pelbagai variasi perisa? Antara variasi yang paling menjadi 'favourite' rakyat Malaysia adalah roti putih Gardenia iaitu Original Classic, Original Classic Jumbo dan Classic (rendah lemak).

Berikut antara jenis roti gardenia yang terdapat di pasaran:

  • Roti Roti Lemak (FibreMeal)
  • European Cottage Style Bread
  • Squiggles
  • Twiggies
  • Quick Bites
  • Fluffy Buns
  • Toastem
  • Breakthru
  • Delicia

Yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak pula adalah roti gardenia butterscotch dan gardenia twiggies iaitu Cream Dream (Jejari krim berinti vanila) dan Choc-A-Lot (Jejari krim berinti coklat).

Manakala, pilihan roti gardenia untuk penghidap kencing manis terutama ibu mengandung yang mempunyai GDM atau mereka yang sedang berdiet adalah jenis Breakthru yang menggunakan roti wholemeal gardenia.

Kelebihan roti gardenia wholemeal dalam menu diet

Roti wholemeal gardenia dihasilkan daripada bijian penuh yang dikisar halus. Ia terdiri daripada bahagian bran, endoperma dan germa. Berbeza dengan cara pembuatan roti putih, proses ini dijalankan dengan tempoh yang singkat sekaligus dapat mengekalkan serat, lemak baik dengan kandungan vitamin dan mineral. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Roti gardenia Breakhtru mempunyai dua variasi iaitu:

  • Wholemeal atau Whole Wheat yang berwarna hijau
  • Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat roti gardenia purple.

Kalori roti gardenia bagi 2 keping adalah 145kcal sahaja menjadikan ia pilihan roti yang sesuai untuk diet dan rendah gula dan rendah lemak berbanding jenis roti yang lain.

Selain itu, roti ini mempunyai vitamin A dan E yang baik untuk kesihatan mata dan kulit serta melindungi lemak badan dari pengoksidaan yang tinggi.

Malah, ia juga membantu untuk pertumbuhan dan memulihkan tisu dalam badan dengan baik menjadikan ia sesuai dimakan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi roti gardenia

Resepi puding roti Gardenia

Bahan-bahan :

  • 6 keping roti
  • 4 biji telur ( dipukul)
  • 1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • ½ cawan kismis (atau apa-apa topping lain)

Cara-caranya :

  1. Panaskan oven pada suhu 170 o c.
  2. Sapu mentega pada roti
  3. Potong roti kecil-kecil atau potong dua
  4. Susun roti dalam loyang yang sudah disapu mentega dan ditabur kismis
  5. Dalam bekas lain, satukan telur yang dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
  6. Tekan-tekan roti menggunakan garpu supaya semuanya terendam dalam adunan telur tadi sepenuhnya.
  7. Bakar selama 45 minit
  8. Siap dihidang

Piza roti Gardenia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan – potong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar – potong halus
  • Daun parsley

Cara-caranya:

  1. Sapu roti dengan sos spagetti.
  2. Kemudian susun semua bahan-bahan yang dipotong tadi di atas roti
  3. Setelah disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas roti dan bakar dalam oven, air fryer atau kuali dengan api sederhana.

Bingka roti

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur yang dipukul
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu cawan gula pasir
  • ½ sudu  sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sementara.
  2. Satukan susu segar atau susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh kisar di dalam blender untuk dapatkan adunan yang lebih halus. Masukkan esen vanilla dan gula pasir. Kacau sebati.
  3. Sediakan loyang dengan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Masukkan roti yang sudah direndam santan dan adunan tadi di dalam loyang. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170 Oc selama 45 minit.
  4. Bakar bingka sehingga coklat keperangan. Biarkan sejuk dahulu sebelum diterbalikkan dan dipotong.

Jejari Nestum

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Coklat masakan
  • Nestum

Cara - caranya:

  1. Potong roti menggunakan gunting bentuk jejari
  2. Bakar roti dalam oven dengan suhu 170-180 selama 20 minit sehingga tekstur menjadi rangup.
  3. Masak coklat secara double boiling dan celup jejari roti ke dalam coklat
  4. Salut roti dengan Nestum
  5. Sedia untuk dihidang

Lasagna roti

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar ( dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula

Cara-caranya:

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 40 minit.

Resepi roti sardin Gardenia

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin Adabi
  • Bawang besar dhiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 biji limau nipis
  • 1/2 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu besar cili kisar 
  • 1/4 keping Asam keping 
  • Cili padi

Bahan untuk adunan tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 sudu serbuk kunyit 
  • Garam
  • Mushroom seasoning
  • 1/2 biji limau nipis

Cara-caranya:

  1.  Tumis bawang, bawang putih, cili padi , sehingga garing , masuk cili kisar , masuk sardin bersama sos. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Perahkan limau nipis dan perasakan dengan gula, garam & mushroom seasoning.
  3. Satukan kesemua bahan adunan tepung. Ubah suai adunan sehingga menjadi tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
  4. Letak sardin yang siap dimasak ke dalam roti.
  5. Roti dilipat dua dan dicelup dalam adunan tepung.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
  7. Bila sudah kekuningan , toskan dan siap dihidang.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resipi Nutella Buatan Sendiri Yang Pantas, Sihat Dan Mudah!

Baca juga : Resepi Berasaskan Ikan Yang Mudah & Lazat, Ibu Jom Cuba Pasti Anak Akan Suka!

Baca juga : Anak Gila Nugget? Ini Resepi Nugget Homemade Guna Ayam Segar & Tanpa MSG, Cukup Nutrisi!

Penulis

Nursyamimi