Roti Jala Cicah Kari Atau Serawa, Ini Resepi & Cara Buat Roti Jala Lembut Hingga Ke Petang

Roti jala lembut enak dinikmati dengan hidangan kuah kari atau kuah durian. Bahan dan cara penyediaannya juga ringkas dan mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Roti jala antara hidangan kesukaan ramai tidak kira masa. Ia boleh dinikmati sebagai minum petang atau menu acara keluarga kerana rasanya begitu sedap. Untuk lebih puas, apa kata anda buat sendiri di rumah kerana resepi roti jala yang kami kongsikan ini begitu mudah.

Roti jala merupakan sejenis makanan yang terkenal di Melayu Sumatera yang asalnya lempeng. Uniknya, hidangan ini berbentuk jala dan diletakkan pewarna kuning diilhamkan dari nelayan zaman dulu yang menggunakan benang berwarna kuning atau jingga untuk membuat jaring.

Resepi Roti Jala

#1. Resepi Roti Jala Lembut Tanpa Gula

Resepi roti jala lembut ini tidak menggunakan gula untuk mengekalkan keaslian rasanya dan tidak menggunakan santan untuk memastikan ia tidak basi dan tahan lama hingga ke petang.

Namun begitu, boleh ditambah sedikit gula sekiranya anak anda suka makan roti jala lembut tanpa berkuah dan santan untuk rasa berlemak.

Menurut komen yang ditinggalkan di ruangan perkongsian resepi daripada pemilik Facebook, Najwa Abdul Razak, mengakui resepi roti jala ini memang menjadi. Makan esok pun tak basi, tetap lembut.

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • Pewarna makanan

Cara buat roti jala:

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning. Kacau sedikit semua bahan.
  2. Kalau anda rajin boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Kalau kurang rajin, boleh kisar semua bahan guna blender dan titikkan pewarna kuning.
  3. Masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung
  4. Beli botol yg muncungnya tidak berlubang, kita perlu potong muncung tu sendiri. Potong sedikit sahaja hujung muncung.
  5. Kirai roti jalan dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kira jalanya bulat @segi 4 macam ni.
  6. Lipat dan gulungkan jalanya. Siap!

#2. Roti Jala Resepi Tanpa Telur

Bahan roti jala resepi tanpa telur:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu fullcream (duthlady)
  • Sedikit pewarna kuning lemon
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Sedikit minyak untuk dioles diatas pan

Cara buat roti jala:

  1. Blender semua bahan sehingga sebati.
  2. Panaskan pan dan oles sedikit minyak diatas kuali leper.
  3. Masukkan adunan jala tadi kedalam acuan jala.
  4. Seterusnya buat jala. Biarkan kering sekejap atas permukaan baru angkat dan lipat (macam lipat kuih ketayap).

Satu adunan roti jala boleh dapat 18 keping. Sesuai untuk dihidangkan bersama ahli keluarga yang ramai.

#3. Roti Jala Jelita

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna merah, oren dan hijau secukupnya

Cara buat roti jala:

  1. Satukan semua bahan di atas. Kacau dan tapis.
  2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Adun rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam botol atau acuan roti jala.
  4. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai dan biarkan masak.
  5.  Lipat dan gulung roti jala dengan kemas.
  6. Sedia untuk dinikmati

Resepi Untuk Kuah Roti Jala

#1. Kuah Kari Ayam

 

Bahan-bahan:

  • Isi ayam secukupnya
  • 1 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 6 biji bawang putih dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 10 sudu besar serbuk kari
  • 1 kotak santan kotak
  • 4 kotak air
  • 2 biji kentang - potong kecil
  • Daun kari
  • Asam keping
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara buat kari ayam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris. 
  2. Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.
  3. Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan.
  5. Masukkan garam, asam keping dan gula.
  6. Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api.

#2. Kuah Durian

Bahan-bahan:

  • 12 ulas isi durian
  • 1 ketul gula melaka - 70 gram
  • ½ cawan gula 
  • 2 helai daun pandan
  • 200 ml santan kotak
  • 2 kotak air atau secukupnya
  •  ½ sudu kecil garam
     
Cara cara:
  1. Masukkan isi durian, santan, air dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
  3. Selepas itu, masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
  4. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati.
     
  5. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Angkat dan hidang.

Ada orang yang akan mengambil hanya isi durian tapi saya masukkan sekali dengan biji. Ikutlah cara mana yang disukai

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Serawa Durian Pekat & Berkrim, Sedapnya Makan Bersama Keluarga

Baca juga: Teringin Nak Makan Bubur Lambuk? Jom Buat Sendiri Di Rumah, Guna Rice Cooker Saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran! Anak Yang Cerewet Pun Boleh Makan!

Penulis

Noorhidayah