Mesti ramai dalam kalangan kita gemar roti sosej gulung di Auntie Anne’s kan? Baunya yang semerbak ditambah pula dengan roti yang lembut membuatkan sesiapa pun terpikat.
Namun jika anda mempunyai anak ramai dan mereka amat menyukainya lebih baik buat sahaja sendiri di rumah, lagi puas hati dan jimat. Makan pula pada waktu petang, nak membuatnya mudah sahaja malah tidak mengambil masa yang lama dan pastinya anak-anak suka.
Ini resepi roti sosej ala auntie anne’s yang dikongsikan oleh Nazri Ahmad menerusi postingnya di Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN). Jika ingin roti menjadi lebih lembut, anda disyorkan untuk menggunakan bread maker.
Bahan roti :
- 500g tepung high protein
- 11g yis
- 80g gula halus
- 80g marjerin
- 2 sudu besar susu tepung
- 10g pelembut roti
- 1 biji telur greb B
- 1 sudu teh garam halus
- 250g air sejuk
Bahan topping garlic butter spread :
- 150g butter
- 8 ulas bawang putih
- Sepohon daun ketumbar
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 sudu teh garam halus
Cara penyediaan :
1. Uli doh roti menggunakan bread maker.
2. Sekiranya tidak ada bread maker, anda boleh uli semua bahan tersebut menggunakan tangan sahaja sehingga doh roti menjadi lembut. Kemudian, rehatkan sekejap doh roti.
3. Bakar sosej dan golekkan sekejap di atas pan non stick.
4. Masukkan semua bahan topping ke dalam chopper dan kisar sehingga hancur dan lumat.
5. Kemudian, gulungkan doh roti pada sosej yang telah dibakar.
6. Seterusnya, sapu topping yang kita kisar tadi pada roti.
7. Bakar hingga roti masak sempurna.
8. Siap untuk dihidang.
Sebenarnya tak susah pun kan nak buat roti sendiri. Dapat pula resipi seakan roti gulung sosej ala Auntie Anne’s memang betul-betul menjimatkan kos! Selamat mencuba.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!
Baca juga : Resepi Oreo Cheesecake Sedap Dengan 3 Cara Yang Mudah, Anak Kecil Pasti Suka!
Baca juga : Resepi Churros Sedap & Guna Sukatan Cawan, Menu Favourite Anak-Anak Di Rumah