X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Churros Sedap & Guna Sukatan Cawan, Menu Favourite Anak-Anak Di Rumah

4 min bacaan
Resepi Churros Sedap & Guna Sukatan Cawan, Menu Favourite Anak-Anak Di Rumah

Resepi churros yang mudah dan sedap boleh dibuat di rumah kerana ia menjadi antara salah satu menu kesukaan kanak-kanak.

Kebanyakan ibu pastinya akan berasa buntu apabila memikirkan menu yang ingin dihidangkan untuk seisi keluarga. Untuk sedikit kelainan, apa kata anda cuba resepi churros sebagai kudapan minum petang atau bekal untuk anak ke sekolah. 

Jika beli di kedai, harganya mungkin agak mahal dan kuantiti pula sedikit. Sebagai ibu, anda boleh jimatkan wang dengan buat sendiri. Satu adunan tepung sebenarnya boleh dapat banyak, malah ia boleh disimpan lama dalam peti sejuk.

Resepi churros homemade mudah dan sedap

Seorang pengguna di Facebook, Faridzoh Abd Rahman telah berkongsikan resepi churros yang mudah dan sedap untuk ibu cuba di rumah.

churros resepi sedap mudah homemade

Saja-saja mencuba, dah lama duk berangan nak buat. Resipi dari kumpulan masak-masak sahaja. Makan saja tanpa sos pencicah pun sudah sedap, kalau ada sos lagi sedap!

Bahan-bahan untuk resepi churros:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur gred A

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air, masuk butter, gula, garam & esen vanila. Tutup api.
  2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
  3. Masukkan telur, kacau juga sampai sebati.
  4. Masuk adunan dalam piping bag & guna nozzle bunga.
  5. Paipkan terus dalam minyak atau boleh juga paip dulu atas dulang untuk dapat saiz yang sama.

Nota:

  • Kalau tiada butter, ibu boleh ganti guna planta atau marjerin
  • Kalau tiada gula kastor, boleh kisar gula biasa menjadi halus
  • Tips untuk resepi churros rangup: Kerap kacau masa menggoreng api sederhana sampai permukaan luar churros kelihatan coklat

Cara buat dipping sauce untuk churros

resipi churros viral mudah

#1. Sos karamel

  • Masak air dan gula dalam periuk dengan api kecik. Pastikan kacau sentiasa, jangan sampai hangus lekat dekat periuk
  • Masukkan butter untuk dicairkan bersama garam dan ekstrak vanila.
  • Bila butter dah cair, masukkan susu cair dan kacau sehingga dapat kepekatan yang diingini
  • Tutup api dan biarkan sejuk sebelum nikmati dengan churros

#2. Sos coklat

  • Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
  • Kacau sampai larut.
  • Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram)

#3. Sos butterscotch

  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan uht whipping cream
  • Secubit garam
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 50 gm butter

Cara-caranya:

  1. Cairkan butter. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih
  2. Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan esen vanila. Tutup api dan kacau sebati
  3. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat

Tips buat Churros supaya menjadi

churros

  1.  Ketika anda ingin masukkan tepung churros, adalah lebih baik tutup api buat seketika
  2. Jangan uli tepung dengan air panas yang menggelegak untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dan kerangupan tu tahan lebih lama
  3. Kalau adunan tepung masih panas, jangan uli dengan tangan. Tunggu sekejap dan tiada masalah untuk ambil masa untuk adunan menjadi licin
  4. Jangan buat tergesa-gesa sebab kuih ini tiada istilah bantat atau tidak naik
  5. Seeloknya guna piping beg yang tebal sebab jenis yang nipis akan mudah pecah
  6. Guna star nozzle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau nak guna acuan kuih semperit pun boleh. Saiz churros yang cantik adalah dalam anggaran 2 inci setiap satu
  7. Pada yang expert pro master, boleh paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam. Selepas itu baru masukkan dan goreng semua sekali dalam kuali

Untuk nikmati lebihan churros pada masa yang lain, anda boleh bekukan adunan seperti bawah:

  • Pastikan adunan sudah padat dan hilang sifat melekit, masukkan ke dalam plastik dan bekukan selama beberapa minggu.
  • churros yang dimasak dan disejukkan boleh dibalut kedap udara dan dibekukan sehingga kira-kira sebulan
  • Anda boleh panaskan semula selama kira-kira 10 minit dalam ketuhar 350°F.

Semoga bermanfaat!

Faridzoh Abd Rahman, Rasa, Dari Dapur Rin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!

Baca juga: Resipi Corndog Cheese Tarik Kesukaan Anak-Anak, Ibu Pertama Kali Buat Confirm Jadi!

Baca juga: Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Churros Sedap & Guna Sukatan Cawan, Menu Favourite Anak-Anak Di Rumah
Kongsikan:
  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.