“Penyelidikan tentang pertumbuhan ulat dan perkembangannya menunjukkan yang kanak-kanak ini tak ditukarkan lampin, tak dimandikan atau tak dialihkan dari tempat duduk selama lebih seminggu.”
Kita tahu kepentingan mencegah ruam lampin pada bayi, lebih-lebih lagi pada bayi baru lahir. Tapi, tahukah anda – ruam yang dibiarkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk?
Jangkitan bakteria pada bayi yang masih kecil adalah sangat bahaya kerana sistem imunisasi mereka masih belum matang dan mereka boleh sakit dengan cepat.
Kebanyakkan dari kita mungkin dah biasa menangani ruam pada anak. Tapi, ada juga ibu bapa yang sengaja mengabaikan ruam lampin pada bayi sehingga ia boleh membawa maut!
Ibu bapa gagal tangani ruam lampin buat bayi meninggal
Menurut Penolong Peguam Negara, bayi ini meninggal kerana ruam lampin dan ibu bapanya telah didakwa dengan pembunuhan darjah pertama.
Ibunya Cheyyanne Harris, 20, dan bapa, Zacharu Koehn, 28 telah meninggalkan bayi mereka “memakai lampin yang tak ditukar lebih seminggu.”
Menurut laporan, lampin ini dipenuhi dengan najis yang menyebabkan infestasi ulat dan jangkitan E-Coli.
Apabila pasukan penyelamat menemui bayi ini, mereka menerangkan yang persekitaran tempat tersebut sebagai “panas… dan ada bau busuk air kencing”.
Keadaan bayi ini sangat teruk hingga pasukan penyelamat tak boleh melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya.
“Matanya terbuka,” kata salah seorang penyelamat. “Ini bukan keadaan bayi yang boleh saya lakukan CPR.”
Ibu bapa kepada bayi ini juga ditemui dalam rumah tersebut dan kelihatan sangat tidak terurus.
Kes ini ternyata merupakan kes pengabaian dan penderaan yang sangat ekstrem, ruam lampin adalah sangat serius dan ibu bapa jangan ambil mudah tentang perkara ini.
Bagaimana nak cegah ruam lampin dari melarat?
Ruam lampin adalah normal dalam 15 bulan pertama kehidupan bayi. Memastikan kemaluan bayi anda sentiasa kering adalah kunci utama untuk mencegah ruam ini.
Apa penyebab ruam lampin?
- Pendedahan terlalu lama kepada najis, lebih-lebih lagi jika bayi cirit-birit.
- Penukaran komposisi najis apabila bayi diberikan makanan baru atau makanan pejal.
- Tukar jenama lampin atau tisu basah, baby oil, bedak atau losyen, sabun basuh baju atau peluntur baju.
- Beberapa makanan yang ibu makan jika menyusu bayi.
- Kulit yang sangat sensitif
- Baju yang ketat atau menggosok atau menggaru kulit.
Merawat ruam lampin di rumah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi