Jangan Tunggu Lampin Anak Penuh Dulu Baru Nak Tukar, Ia PUNCA Ruam & Jangkitan Kuman!

Ramai ibu ayah mengambil mudah akan penggunaan lampin pakai buang sehingga menyebabkan naik ruam merah pada bayi khususnya bahagian punggung si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah ruam merah pada bayi adalah sesuatu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika si manja anda berusia antara 9 hingga 12 bulan. Tidak dinafikan setiap ibu ayah pasti akan dilanda kerisauan sebaik sahaja membuka lampin bayi, anda melihat bahagian punggung atau kemaluannya sudah muncul radang kemerah-merahan.

Kebiasaannya ia terjadi pada kawasan di mana lampin menyentuh permukaan kulit bayi. Ruam ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau pedih pada si manja sehingga menyebabkan dia meragam.

Baca juga: Bayi Merengek Tidak Selesa Akibat Ruam Lampin? Ini 7 Krim Terbaik Pilihan Ibu Bapa!

Kesilapan ibu bapa penyebab ruam merah pada bayi

Berdasarkan perkongsian oleh seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari, ibu ayah perlu mengelakkan diri daripada melakukan lima perkara ini sekiranya tidak mahu bayi semakin merana.

”Kerap juga kami menerima kes bayi yang punggungnya telah mengalami masalah ruam sehingga tahap melecet teruk. Ada juga sampai luka dengan jangkitan kulat, ya Allah memang kesian sangat!” ceritanya.

Kita mengetahui bahawa bayi tidak boleh mengadu masalah atau kesakitan yang dirasai kerana dia belum pandai bercakap. Sebab itulah selalu meragam dan meraung sekuat-kuatnya. Hati rasa sebak betul apabila terpaksa berdepan situasi sebegini.

Justeru saya kongsikan 5 perkara yang ibu ayah kena elakkan supaya masalah yang menyakitkan ini tidak berlaku terhadap anak sendiri:

#1. Jangan tunggu lampin penuh 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Perkara pertama yang ibu ayah jangan membiarkan bayi memakai lampin yang sama dalam tempoh lama. Tambah-tambah lagi jika kalau memang ia sudah penuh dengan air kencing dan najis.

Sebenarnya kuman sangat gemar untuk berkumpul dalam kawasan lembab dan tercemar. Justeru jangan tunggu sampai bayi menangis tidak selesa atau ibu mendahulukan perkara lain, segeralah membersihkannya.

Kalau boleh, 2 hingga 3 jam sekali periksa dan lihatlah keadaan lampin si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Elak memakai lampin bayi terlalu ketat

Sama seperti orang dewasa jika mengenakan pakaian terlalu ketat, pastinya anda berasa tidak selesa bukan? Dalam hal ini, penggunaan lampin bayi yang terlalu ketat boleh menyebabkan pengaliran udara di kawasan lampin terhalang dan punggung akan menjadi sentiasa lembab.

Sesekali ibu ayah juga boleh membiarkan si manja bebas lampin untuk tempoh seketika.

#3. Tidak perlu meletakkan bedak pada punggung anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Kebanyakan ibu amat suka memakaikan bedak pada bayi sehingga penuh satu badan termasuklah bahagian kemaluan dan punggung. Namun sedarkah anda akan bahaya bahan kimia yang terkandung dalam produk ini?

Kita juga tidak mahu debu bedak bercampur-baur dengan najis dan air kencing yang menjadi penyebab untuk kuman hidup subur dan semakin merebak.

#4. Jangan terlalu mengambil mudah

Sekiranya anda sudah menyedari kemunculan ruam merah pada bayi, jangan terlalu fikir mudah bahawa nanti masalah ini akan baik dengan sendirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekurang-kurangnya, sapukanlah barrier cream seperti zink oksida dan jeli petroleum. Sapu nipis sahaja. Apabila si manja terkencing atau buang air besar, sekurang-kurangnya kotoran ini tidak terkena secara terus pada kulit bayi yang sudah terluka melecet.

#5. Hindari penggunaan tisu lembab

credit to sources

Jangan selamba guna tisu lembab bayi yang jenis ada alkohol dan mempunyai bau wangi. Sekiranya sudah selalu terdedah dengan bahan kimia ini, memanglah kulit bayi akan mudah meradang dan menjadi alahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara yang lebih selamat ibu ayah boleh lakukan ialah dengan menggunakan kain bersih dan air suam untuk membersihkan punggung bayi.

Sekiranya sudah mencuba pelbagai usaha bagi mengelakkan masalah ini, namun ruam merah pada bayi masih galak muncul pada punggung si manja, ibu ayah mungkin perlu tukar jenis lampin bayi yang lain pula.

Ini kerana ada sesetengah bayi yang tidak mempunyai masalah sekiranya dipakaikan lampin pakai buang tidak berjenama dan lebih murah.

Namun ada juga bayi memiliki kulit lebih sensitif sehingga memerlukan ibu ayah melaburkan lebih bajet untuk mendapatkan lampin bayi berjenama dan harga agak mahal.

Walau apa jenis jenama lampin pakai buang yang digunakan, kami ingin menegaskan untuk para ibu dan ayah bersikap rajin untuk menukar lampin ini setiap 4 jam sekali bagi mengelakkan jangkitan kuman serta masalah ruam.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia