14 bukti ibu tak cuti langsung pada hari sabtu, ahad atau hari lain pun!

Rutin seorang ibu selalu penuh dengan tugas-tugas yang perlu disiapkan, tak kiralah pada hari Sabtu, Ahad atau hari biasa. Ibu mana ada rehat waktu weekend! Ada ibu-ibu sekalian mengalami pengalaman yang sama?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rutin seorang ibu dari hari Isnin sampai ke Ahad

Rutin seorang ibu selalu penuh dengan tugas yang tak pernah siap. Jadi apabila kita dengar rakan-rakan single menjerit “yay, hujung minggu ni bolehlah berehat”, memang rasa meluat betul!

Memang betul kita harus bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama anak dan keluarga pada hujung minggu, tapi kita tidak lagi mempunyai kebebasan untuk melakukan apa saja pada hari cuti ini.

Kadang-kadang rutin seorang ibu pada hujung minggu sama seperti hari biasa saja. Pakaian keluarga tidak akan mencuci sendiri, rumah masih berselerak, dan sudah lama tak pergi ke rumah nenek!
 
“Apa? Nak rehat? Tak kenal lah perkataan itu. Tak de masa nak fikir.” 

Ini 14 sebab kenapa ibu selalu tidak cuti pada hari Sabtu, Ahad atau hari berikutnya

  1. Hari Sabtu ataupun hari Ahad — anak yang bising bagaikan alarm clock versi manusia yang akan membangunkan ibu bapa tepat pada 6 pagi. Psst… biasanya ibulah yang kena bangun ya!
  2. Ha, kalau dah bangun awal sangat tu, kenalah sediakan sarapan pagi pula, kan? Kalau ada kanak-kanak kecil lagilah, kena tolong berus gigi, mandikan, pakaikan mereka baju.
  3. Hujung minggu selalu diguna untuk menghabiskan tugas yang tidak siap pada minggu itu. Kalau tak siap hujung minggu ini, maka kena tunggah ke hujung minggu yang lain pula.
  4. Rutin seorang ibu selalu penuh dengan tugas. Biarpun anda tidak kerja pada hujung minggu, masih banyak lagi tugas membersihkan rumah yang tertunggak.
  5. Kanak-kanak hari ini banyak aktiviti tambahan. Jadi jangan hairan kalau hari Sabtu pun kena hantar anak ke kelas tambahan ataupun ke sekolah.
  6. Entahlah mengapa anak pun paling bising semasa hujung minggu. Rasa nak gila dengar suara teriakan mereka yang nyaring sehingga boleh kedengaran sampai ke belakang rumah.
  7. Anak pantang lihat ibu rehat. Dia masih orang yang sama tak kira hari mana satu – pasti minta ini itu.
  8. Jangan mimpilah nak tidur lama-lama, kan dah ada alarm clock versi manusia. Jenis ini tidak boleh tekan butang snooze ya! 
  9. Lebih-lebih lagi kalau kena ajak ke majlis hari jadi kawan anak. Bayangkan bilik kecil yang penuh dengan 20 kanak-kanak yang menjerit pada masa yang sama. Pasrah…
  10. Jangan lupa tugas membeli-belah. Satu kampung kena pergi kerana cuma hujung minggulah si suami boleh jadi tukang angkut barang.
  11. Anda akan selalu kekurangan tidur. Anggaplah ini sebagai perkara biasa dan rutin seorang ibu.
  12. Salah satu rutin seorang ibu yang wajib ialah untuk menyediakan sekurang-kurangnya 3 makan sehari.
  13. Hujung minggu selalu digunakan untuk menyemak emel dan bersosial dengan rakan sekerja.
  14. Sampai saja hujung minggu pasti ada saja yang tiba-tiba sakit. Anakke, suami ke. Semua nak manja. Habis hancur rutin seorang ibu. Ibu pula mana dapat rehat?!

Beginilah rutin seorang ibu. Adakah ibu-ibu sekalian juga mengalami pengalaman yang sama? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanakah anda menyelitkan masa untuk diri sendiri? Boleh kongsi pengalaman bersama kami!

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

31 SUPERMUM Terkenal & Hebat Di Malaysia Yang Wajib Anda Ikuti Di Media Sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio