Ramai wanita hamil yang mengadu rasa sakit ari-ari ketika hamil. Ari-ari ialah kawasan bahagian bawah perut (atau lebih tepat lagi abdomen).
Hal ini membuatkan ibu hamil risau tentang mengapa mereka rasa sakit ari-ari. Adakah sesuatu sedang terjadi pada bayi dalam kandungan?
Sebenarnya, menurut Dr Zubaidi, sakit ari-ari ketika hamil ialah normal. Ini kerana penambahan berat bayi di dalam abdomen ibu yang akan membuatkan penegangan otot atau ligamen.
Benda ini dipanggil sebagai round ligament pain. Selalunya ketidakselesaan ini tidak berbahaya. Akan tetapi, sakit ari-ari juga mungkin tanda awal kepada masalah tertentu.
Sakit ari-ari ketika hamil – Bila anda patut risau?
Kredit: indianexpress.com
Sakit ari-ari ketika hamil ialah kerana hormon yang dihasilkan badan menyebabkan ketegangan. Ibu hamil akan rasa sakit ari-ari ketika ingin bangun dari katil atau ketika batuk.
Tapi, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor jika kesakitan anda itu disertai dengan
- rasa mencucuk, memulas-mulas
- kekejangan,
- pendarahan,
- demam,
- kesejukan,
- keluar cecair dari faraj,
- sakit ketika nak kencing
- rasa nak pitam
- rasa loya dan nak muntah
Masalah besar yang perlu dirisaukan
Kredit: medicalnewstoday.com
Sakit yang teruk dan dapat dirasai di satu sisi mahupun di kedua-dua sisi ialah petanda masalah besar. Antara masalah yang paling dirisaukan ialah
- kehamilan ektopik
- keguguran
- kelahiran pramatang
- jangkitan saluran kencing
- fibroid menyusut dan berdarah
- pemisahan plasenta di mana uri tercerai dari dinding rahim sebelum tiba masanya
Bagaimana nak kurangkan rasa sakit?
Duduk dan berehat kerana berehat dengan selesa sepatutnya dapat menghentikan kesakitan ini.
Namun jika duduk tidak dapat mengurangkan rasa sakit ini, anda boleh cuba duduk bertelengku atau membongkok ke hadapan dengan menghadap belakang sofa.
Anda juga perlu bergerak perlahan-lahan dan lebih berhati-hati ketika ingin duduk atau berbaring. Bagi masa untuk otot anda.
Jika sakit masih tidak berkurangan, apa patut saya buat?

Bagi wanita yang mengalami rasa sakit ari-ari, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Jika ujian dan pemeriksaan doktor tidak berjaya mengesan apa-apa, anda minta agar banyak bersabar. Tali pinggang sokongan atau pembalut tubular berelestik (tubigrip) direka khas untuk wanita hamil menampung berat bayi.
Ia boleh mengurangkan tekanan pada otot perut anda. Dapatkan nasihat doktor jika anda patut membeli tali pinggang sokongan atau tidak.
Sumber rujukan: Baby Center, Dr Zubaidi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: 7 Faktor Mempengaruhi Saiz & Bentuk Perut Ibu Hamil, Wajib Tahu Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!