Ibu yang sarat mengandung sering mengadu kepada doktor bahawa mereka mengalami sakit celah kelangkang dan bahagian pelvis sehingga sukar untuk bergerak atau berjalan seperti biasa. Atas sebab itu, kebanyakan daripada mereka terpaksa menggunakan tongkat untuk menyokong pergerakannya setiap hari.
Menjawab permasalahan itu, Doctor On Call memberi keterangan lanjut berkaitannya di mana kenapa sesetengah wanita mengalami kesakitan pelvis semasa hamil dan ini adalah satu keadaan biasa yang selalu mengganggu kehidupan seharian wanita hamil.
Sekiranya seorang itu mengalami masalah ini, doktor akan mencadangkan fisioterapi yang bertujuan untuk melegakan atau meringankan kesakitan sekaligus meningkatkan fungsi otot serta memperbaiki kedudukan dan kestabilan sendi pelvis.
Apa itu disfungsi simfisis pubis?
Kedua-dua tulang pelvis bersambung pada bahagian hadapan oleh sendi tegang yang dipanggil sebagai simfisis pubis. Kemudian, ia dikuatkan oleh jaringan pada tisu yang dipanggil ligamen.
Bagi membantu bayi melalui pelvik, maka badan akan menghasilkan hormon yang dipanggil relaksin bagi melembutkan ligamen namun akibatnya sendi akan banyak bergerak sejurus selepas melahirkan kemudian menyebabkan radang dan sakit yang dipanggil disfungsi simfisis pubis atau SPD (symphysis pubis dysfunction).
Antara masalah lain seperti:
- Ruang pada sendi pubis terlalu lebar
- Purata jarak antara kedua-dua tulang pubis ialah 4mm dan 5mm.
- Ketika hamil, jarak ini menjadi lebar sebanyak 2mm atau 3mm dan sekiranya melebihi 10 mm ibu didiagnosiskan sebagai DSP. Ia hanya boleh dikenalpasti melalui X-Ray.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa keadaan ini boleh berlaku. Namun ada yang mengatakan jika salah satu pelvis bergerak lebih banyak daripada yang satu lagi apabila berjalan, mungkin kawasan tersebut boleh membengkak.
Akan tetapi, ia masih tidak dapat dipastikan kerana wanita yang memiliki jarak normal juga kadang-kala mengalami situasi ini.
Simptom SPD yang perlu diketahui
Ini antara simptom sakit celah kangkang ketika hamil yang wajib anda tahu:
- Sakit belakang, sakit girdel pelvis atau sakit pada bahagian paha
- Sakit pada bahagian pangkal paha atau sakit celah kelangkang.
- Sakit boleh jadi semakin teruk apabila anda mengangkang, berjalan, naik turun tangga, bergerak atas katil dan sebagainya.
- Sakit yang teruk pada waktu malam mungkin semasa anda bangun untuk kencing di waktu malam.
Di bawah ini antara antiviti dan fisioterapi yang boleh mengatasi masalah tersebut:
1. Terapi manual untuk memastikan sendi pelvis, pinggul dan tulang bergerak seperti biasa
2. Latihan bagi menguatkan lantai pelvis, perut, belakang dan otot pinggul
3. Melakukan latihan di dalam air
4. Nasihat dan cadangan termasuk posisi bersalin dan penjagaan bayi
5. Rawatan akupunktur namun pastikan pengamal pengubatan ini benar-benar terlatih dan berpengalaman dalam merawat wanita mengandung.
6. Tali pinggang sokongan pelvis yang dapat membantu kelegaan segera
7. Rawatan osteopati dan kiropraktik. Pastikan pengamal rawatan telah berdaftar dan berpengalaman menggunakan kaedah ini.
Tips supaya dapat mengurangkan sakit celah kelangkang
Ada beberapa cara yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Antaranya seperti berikut:
- Turun ke dalam posisi merangkak dan tegakkan belakang anda agar ia rata. Tarik nafas dan hembus. Kemudian kemutkan otot lantai pelvis sambil menarik pusat ke dalam dan ke atas. Tahan cara ini selama lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tidak menggerakkan badan.
- Berhati-hati semasa keluar atau masuk dalam kereta. Juga semasa anda bangun dari katil.
- Jika sedang berbaring, tarik lutut ke atas setinggi yang boleh kerana ia dapat menghalang pelvis dari bergerak sekaligus memudahkan anda membuka kaki.
- Jika sesuatu pergerakan itu menimbulkan rasa sakit jangan teruskan.
- Berehat di atas bola senaman bagi mengurangkan tekanan
- Jangan angkat atau tolak benda berat
- Apabila menaiki tangga, panjat satu anak tangga pada satu masa. Panjat satu anak tangga menggunakan kaki yang tidak sakit dan tarik kaki yang satu lagi.
- Apabila memakai seluar, duduklah di atas hujung katil atau kerusi dan tarik seluar ke atas.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Doctor On Call
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga: Panduan Senaman Lantai Pelvik Wanita, Malah Semasa Kehamilan!