Lepas Bersalin, Ramai Ibu 'Taubat' Tak Nak Tambah Anak Lagi, Tapi Tak Sampai Setahun Dah Keluar Baby Baharu!

Sakit nak bersalin buat ibu serik dan berjanji tidak mengandung lagi selepas ini. Namun tengok-tengok tahun depan masuk labour room lagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada di antara anda yang pernah berjanji untuk tidak merasa sakit nak bersalin lagi, namun belum pun anak pertama umur setahun, sekali lagi masuk labour room!

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Ramai ibu serik hadap sakit nak bersalin, namun tahun depan tercheck-in dalam labour room lagi
  • Sokongan suami & persekitaran bantu wanita kuat untuk mengandung lagi

Adakah wanita memang mudah lupa rasa sakit bersalin yang dialami? Atau pun bukan kehendak tetapi sudah ‘terbabas’ jadi mahu atau tidak, terpaksalah terima rezeki mengandung lagi.

Ramai ibu serik hadap sakit nak bersalin, namun tahun depan tercheck-in dalam labour room lagi

Ada juga yang kata sudah rezeki dan ketetapan dari Tuhan, bagaimana pula mahu menolaknya. Jadi terpaksalah bersedia mental dan fizikal untuk menerima anak baharu walaupun baru saja melahirkan anak tidak sampai setahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

 

Kenapa agaknya ada wanita yang baik-baik saja mengandung lagi walaupun dia baru saja lepas bersalin. Adakah mereka ini mudah lupa rasa sakit nak bersalin yang dialami?

Selalu juga kita dengar, wanita lepas bersalin kata dia lupa rasa sakit nak bersalin. Malah tak boleh nak describe pun rasa itu kepada orang lain kerana memang dia lupa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah benar perkara ini boleh terjadi? Menerusi pengalaman ibu-ibu bersalin ada yang mengatakan perkara itu memang automatik. Ada yang mengatakan mereka memang tidak dapat ingat rasa sakit nak bersalin itu.

Jadi, apabila mengandung semula, walaupun dalam keadaan tidak bersedia, mereka masih boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sokongan suami & persekitaran bantu wanita kuat untuk mengandung lagi

Tidak dinafikan, sokongan suami, keluarga dan persekitaran antara perkara yang menyokong wanita untuk terus kuat untuk mengandung lagi walaupun mereka tahu mungkin perlu alami kesakitan yang ditanggung ketika kehamilan sebelumnya. 

Jadi sebagai suami, apa yang boleh anda buat untuk bantu isteri yang hamil dalam jarak dekat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bantu isteri

Bantulah isteri dalam segala segi terutama untuk menjaga anak yang sedia ada. Jangan tunggu isteri minta bantuan. Banyakkan bertanya apa yang dia perlu untuk dibantu.

#2. Teman isteri checkup

Temanlah isteri ke pemeriksaan berkala setiap bulan. Walaupun terpaksa tunggu lama, anggaplah ini pengorbanan anda untuk isteri dan anak yang dikandungnya.

#3. Buat kejutan istimewa

Kadang kala, isteri yang penat akan rasa dihargai bila ada kejutan istimewa untuknya. Bawalah dia makan atau apa saja yang isteri anda teringin untuk buat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Dengar keluhan isteri, fahami tekanan yang dia alami

Dengarlah keluhan isteri anda. Fahami tekanan yang mungkin dia alami. Wanita mengandung lebih mudah untuk menghadapi tekanan, justeru cubalah buat sesuatu yang mengurangkan tekanan mereka.

Jangan ditambah lagi tekanan yang dialami. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

Baca juga:  “Tak Sakit Bersalin Guna Epidural, Menyesal Tak Ambil Masa Anak Pertama, Kedua!”

Baca juga: Cara Mengurangkan Rasa Sakit Bersalin, Ibu Wajib Tahu Sebelum Masuk Labour Room!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar