TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Allah Saja Yang Tahu Peritnya Ibu Bersalin Tanpa Anak Di Sisi, Jahitan Caesar Pula Terbuka

3 min bacaan
Allah Saja Yang Tahu Peritnya Ibu Bersalin Tanpa Anak Di Sisi, Jahitan Caesar Pula Terbuka

Jahitan caesar boleh terbuka disebabkan oleh beberapa punca. Lebih menyakitkan apabila seorang ibu terpaksa berpantang tanpa bayi di sisinya

Jahitan caesar memang akan dicabut semula beberapa hari selepas pembedahan dilakukan. Untuk jahitan di bahagian dalam, ia akan menyerap ke dalam tubuh ibu. Tetapi jahitan di luar pula doktor akan menggunakan tiga metode ini yang mungkin dilakukan oleh doktor seperti jahitan, stapler dan juga gam.

Apa yang ada boleh baca dalam artikel ini?

  • Jahitan caesar perlu dibuka beberapa hari lepas pembedahan
  • Ibu muda kongsi keperitan berpantang tanpa bayi
  • Menggigil dan meraung ketika proses buka jahitan czer
  • Ramai ucap takziah dan ada yang kongsi pengalaman masing-masing

Jahitan caesar perlu dibuka beberapa hari selepas pembedahan

Umum sedia maklum, ketika melakukan pembedahan czer, doktor akan membuat keputusan untuk menutup luka pembedahan itu dengan cara dan rawatan yang sesuai. Doktor juga akan mempertimbangkan mengikut ketebalan kulit perut,  jenis tubuh dan faktor lain berdasarkan tahap kesihatan ibu.

Luka pembedahan akan dijahit dan biasanya ia akan terus menyerap ke dalam tubuh tanpa perlu ditanggal kembali. Kesan jahitan itu juga akan mula tertutup sendiri sekaligus menampakkan parut czer itu terlihat seperti garis biasa.

Walau bagaimanapun, jika doktor menggunakan stapler untuk menutup luka pembedahan di kulit bahagian luar, maka ibu akan menjalani prosedur mencabut semula stapler tersebut selepas czer kerana ia tidak dapat menyerap ke dalam tubuh.

Ibu muda ini kongsi keperitan berpantang tanpa bayi

jahitan czer

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Meera menerusi laman TikTok miliknya telah berkongsi cerita hiba di mana dia telah kehilangan bayinya. Ceritanya bermula apabila sekitar awal pagi pada 4 Jun lepas, dia terpaksa melahirkan anak sulungnya melalui prosedur czer susulan kandungannya itu tidak menunjukkan gerakan aktif sehari sebelumnya.

Namun, perjuangannya di dalam NICU tidak membuahkan hasil apabila anaknya yang diberi nama Aisy Anaqi telah disahkan meninggal dunia. Perit tidak terkata apabila seorang wanita hanya sempat bergelar ‘ibu’ untuk beberapa ketika sahaja.

Sedih dan hiba dek terlalu rindu dan perlu menjalani proses berpantang tanpa bayi.

Jahitan czer perlu dibuka, rasa menggigil dan meraung ketika nurse tengah buat

Belum sepenuhnya redha tentang pemergian bayi, Meera dipanggil pula untuk ke hospital bagi membuka jahitan czer selang 10 hari berikutnya. Pengalaman itu disifatkan sebagai ‘perit’ bahkan dia sampai meraung serta menggigil sepanjang proses itu dikendalikan oleh nurse. Menurutnya, proses ini bergantung kepada jenis jahitan dan hanya akan dibuka sekiranya kesan czer didapati telah sembuh.

Ramai ucap takziah dan ada yang kongsi pengalaman masing-masing

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Meera. Sudahlah kehilangan bayi, luka czer pula dibuka dan merasai kesakitan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Allahu, seram betul. Moga dipermudahkan segala urusan. Cepat sembuh, awak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sebelum ini, “Saya, doktor buka balik hidup2. Sakit takyah nak cakap lah, sampai menangis nangis. Tempat czer bernanah dan berlubang. 10 hari duduk dalam wad cuci dan jahit balik.”

Apa pun, semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan buat Meera. Amin.

TikTok @meerakhan__

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Luka Bersalin Czer Yang Guna Stapler Perlu Dicabut Balik? Apa Bezanya Dengan Jahitan?

Baca juga: Kisah Luka Bersalin Czer Ibu Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ Boleh Dijadikan Iktibar Untuk Para Ibu

Baca juga: Doktor Dah Czer Tapi Kena Masukkan Balik, Ibu Ini Pasrah Lahirkan Bayi Sama Kali Kedua

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Allah Saja Yang Tahu Peritnya Ibu Bersalin Tanpa Anak Di Sisi, Jahitan Caesar Pula Terbuka
Kongsikan:
  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham