Sakit Perut Ketika Hamil, Jika Rasa Mencucuk Ibu Jangan Bertahan Di Rumah, Segera Ke Klinik!
Sakit perut ketika hamil adalah normal, namun terdapat beberapa punca yang berbahaya perlu anda beri perhatian dan dapatkan rawatan segera.
Menerusi aplikasi theAsianparent, ada banyak soalan yang diajukan oleh ibu hamil terutama mereka yang berada di awal kehamilan. Antara soalan yang paling popular ditanya adalah sakit perut ketika hamil.
Sebelum mengulas lebih lanjut, adakah anda pernah mengalami pengalaman ini semasa mengandung, ibu? Keadaan ini tentunya membuatkan ibu rasa tidak selesa dan bimbang jika ada yang tidak kena dengan kandungan hingga boleh mendatangkan bahaya pada janin.
Isi Kandungan
Adakah Normal Sakit Perut Ketika Hamil?
Ada yang mengalami sakit perut di awal kehamilan, dan mungkin juga ada yang mengalaminya di hujung trimester.
Ada ibu hamil yang mengadu dia baru sahaja hamil 6 minggu namun selalu rasa sakit pinggang dan perut di sebelah kanan. Bahkan ia berlanjutan hampir dua ke tiga hari.
Jika anda alaminya, ada ibu hamil yang pernah juga mengalami perkara sama menasihatkan untuk ibu itu berehat bagi memulihkan tubuh seperti sediakala.
Ada juga yang mengatakan, setelah berjumpa doktor, doktor mengatakan ia adalah normal. Oleh sebab itu, ibu perlu banyakkan rehat dan elak mengangkat benda berat.
Gastrik Semasa Mengandung
Selain dari sakit perut biasa, ada juga sesetengah wanita hamil mendapat gastrik semasa mengandung. Jika ibu hamil berjumpa doktor, doktor akan memberikan ubat gastrik berbentuk tablet dan perlu makan ubat tersebut sebelum makan nasi.
Ibu hamil tak perlu risau kerana ubat yang diberikan doktor itu tidak memberi kesan buruk pada janin dalam kandungan asalkan beritahu doktor bahawa anda sedang mengandung.
Punca Sakit Perut Semasa Hamil
#1. Perut bergas
Keadaan ini disebabkan peningkatan kadar hormon progesteron yang membuatkan otot di saluran pencernaan ibu bekerja lebih perlahan.
Malah, rahim yang semakin membesar juga membuatkan tekanan tambahan pada organ sekaligus membuatkan sistem pencernaan jadi lambat.
#2. Sembelit
Jika ibu kurang makan sayur, tak minum air masak secukupnya dan kurang makan buah ia juga boleh menyebabkan ibu mengalami sembelit yang teruk hingga membuatkan perut rasa tidak selesa.
#3. Kontrasi palsu
Sekiranya ibu sakit perut semasa di hujung kehamilan, mungkin ia adalah kontraksi palsu atau braxton hicks yang membuatkan perut mengeras buat beberapa ketika.
Namun jangan khuatir ia hanyalah persediaan tubuh ibu sebelum menjelangnya kontraksi sebenar.
#4. Round ligament pain
Semasa rahim membesar dan meregang maka ligamen yang berfungsi menopang rahim turut sama mengalami situasi ini. Jadi sebab itu, ibu akan rasai round ligament pain semasa mengubah posisi, bersin atau batuk.
Anda akan rasakan sedikit tajam di bahagian perut, pelvis dan pangkalan paha. Bagi mengurangkan rasa sakit ibu perlu menjaga postur badan supaya dalam keadaan baik.
#5. Kehamilan ektopik/ luar rahim
Ya, kehamilan luar rahim akan menyebabkan ibu mengandung sakit perut di samping pendarahan berat sekitar minggu ke-6 dan 10.
#6. Kencing kotor
Ramai ibu hamil tidak dapat lari daripada masalah kencing kotor kerana faktor perubahan hormon di mana anda akan rasa sakit di bahagian perut dan ari-ari. Malah nak kencing juga rasa pedih.
Jika mengalami keadaan ini adalah lebih baik rujuk dengan doktor dalam kadar segera.
#7. Preeklampsia dan apendiks
Preeklampsia ini berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi dan biasanya terjadi pada minggu ke-20. Ia dikenalpasti dengan rasa sakit perut di bahagian atas.
Manakala ibu juga mungkin mengalami apendiks semasa hamil terutamanya di bahagian bawah pusat sebelah kanan dan kadang-kadang ia terkesan kerana pembesaran uterus yang mengalihkan sedikit kedudukan apendiks. Apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
#8. Keguguran
Akhir sekali, sakit perut ketika hamil ini yang paling ditakuti adalah salah satu tanda keguguran yang berlaku atas beberapa faktor yang disusuli dengan pendarahan.
Oleh sebab itu, jika perut sakit ketika hamil, adalah lebih baik rujuk dengan doktor bagi mencegah sebarang risiko yang boleh membahayakan kandungan kalian.
Punca Biasa Sakit Perut Ketika Hamil
Keadaan berbadan dua menyebabkan abdomen anda mengalami perubahan ketara dan kadang-kala sehingga membuatkan anda berasa tidak selesa.
Apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, anda juga secara tidak langsung membawa lebih berat di dalam perut anda.
Keadaan ini seterusnya boleh membawa kepada beberapa punca biasa sakit perut semasa kehamilan yang mudah diurus dan mungkin akan hilang dengan sendirinya seperti beberapa keadaan di bawah ini:
#1. Masalah penghadaman
Bayi anda memberi banyak tekanan pada perut dan usus anda, terutamanya pada trimester kedua dan ketiga.
Kesakitan atau masalah penghadaman di perut anda termasuklah daripada angin/ gas, kembung hingga sembelit. Jika kesakitan anda mungkin berlaku disebabkan makan, jadi banyakkan minum banyak air dan tambah lebih banyak serat pada diet anda.
#2. Ketegangan otot
Kebanyakan wanita mengalami pertambahan berat badan antara 25 hingga 35 paun semasa kehamilan mereka bagi menyokong bayi dalam kandungan. Berat ini, digabungkan dengan kesan hormon anda pada otot dan ligamen boleh menyebabkan ketegangan otot di belakang, sisi dan perut anda.
#3. Kekejangan
Hanya kerana anda tidak mengalami haid semasa hamil tidak bermakna anda tidak akan mengalami kekejangan.
Ketika mengandung, rahim anda meregang secara mendadak terutamanya pada semester pertama dan kedua dan menyebabkan anda mudah berasa kejang.
Kekejangan terasa seperti sakit yang pedih atau menyucuk-nyucuk seperti senggugut, tetapi selalunya ia akan lega apabila panas atau hilang dengan sendirinya.
#4. Kontraksi Braxton Hicks
Braxton Hiks dikenali sebagai kontraksi palsu kerana ia sangat berbeza dengan kontraksi melahirkan yang sebenarnya.
Kontraksi Braxton Hicks terjadi pada waktu yang sangat panjang dan sela masa yang berbeza dengan kontraksi sebenar.
Kontraksi ini boleh menjadi tidak selesa atau menyakitkan, tetapi ia akan berhenti sendiri jika anda mengubah kedudukan atau bergerak.
Punca Serius Sakit Perut Semasa Kehamilan
Walaupun kebanyakan punca sakit atau senak perut ketika hamil tidak perlu dibimbangkan, namun terdapat sesetengah punca yang memerlukan anda untuk dapatkan rawatan segera.
#1. Apendiks
Apendisitis merupakan jangkitan apendiks yang boleh berlaku walaupun semasa kehamilan dan memerlukan rawatan segera. Apendiks menyebabkan:
- Sakit di sebelah kanan anda
- Sakit perut berhampiran pusar anda
- Loya
- Kurang selera makan
- Muntah-muntah
- Demam
- Keletihan
#2. Batu karang
Pundi hempedu anda membantu anda untuk mencerna makanan yang berlemak. Apabila anda hamil, hormon dan sistem pencernaan anda boleh menjejaskan pundi hempedu, menyebabkan anda mengalami batu karang. Batu karang akan menyebabkan anda:
- Sakit yang tajam dan menusuk di bahagian atas sebelah kanan anda
- Loya
- Muntah-muntah
- Hilang selera makan
- Demam
Batu karang boleh hilang dengan sendiri atau mungkin memerlukan rawatan perubatan.
#3. Preeklampsia
Preeklampsia adalah keadaan berbahaya yang hanya terjadi pada wanita hamil. Badan anda bertindak balas terhadap kehamilan dengan menghasilkan tekanan darah yang tinggi.
Tekanan darah anda boleh menjadi sangat tinggi sehingga boleh merosakkan hati dan buah pinggang anda. Rawatan terbaik untuk preeklampsia adalah dengan melahirkan bayi anda.
Tanda-tanda preeklampsia termasuk:
- Sakit perut bahagian atas di sebelah kanan
- Penglihatan kabur
- Sakit kepala yang teruk
- Sesak nafas
- Loya
- Kurang buang air kecil
#4. Keguguran
Jika anda mengalami sakit bawah perut ketika hamil (di sebelah kanan), maka anda mungkin mengalami keguguran. 10 hingga 20% wanita mengalami keguguran selepas mengetahui bahawa mereka hamil. Sebaik sahaja keguguran bermula, ia tidak boleh dihentikan.
Jika anda mengalami pendarahan merah atau darah beku, keguguran mungkin berlaku.
Pastikan anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami dan mengesan punca-punca ini ketika sedang hamil.
Bila Perlu Risau Tentang Sakit Perut Semasa Hamil
Punca biasa sakit perut semasa hamil boleh hilang dengan sendirinya selepas beberapa ketika, namun dalam beberapa kes, sakit perut boleh menjadi teruk dan memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan segera di hospital.
Jika anda mengalami gejala-gejala di bawah ini, kami nasihatkan anda untuk kunjungi klinik atau hospital berdekatan secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan:
- Sakit yang berterusan atau teruk di perut atau belakang anda
- Sakit yang lebih teruk pada waktu malam atau semasa anda berbaring
- Sakit yang disertai kemerahan atau bengkak
- Kencing yang menyakitkan
- Kontraksi sebelum 37 minggu, berlaku dalam masa 10 minit
- Penurunan ketara dalam pergerakan bayi selepas 28 minggu
- Muntah dan loya atau cirit-birit
- Sakit kepala yang melampau atau berterusan
- Pendarahan atau kebocoran cecair faraj
- Demam
- Penglihatan kabur
Doktor akan membantu anda sebaik mungkin. Jadi jangan bimbang dan dapatkan sahaja rawatan dengan segera.
Semoga bermanfaat!
- Parents (May 12, 2021). Causes of Abdominal Pain During Pregnancy. www.parents.com/pregnancy/my-body/aches-pains/pregnancy-abdominal-pain/
- Healthline (July 20, 2020). What Causes Low Belly Pain When Pregnant?. www.healthline.com/health/pregnancy/low-belly-pain-when-pregnant#takeaway
- Web MD (Feb 22, 2021). Abdominal Pain and Pregnancy: What to Know. www.webmd.com/baby/abdominal-pain-and-pregnancy-what-to-know#1
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya
Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!
Baca juga: Baby Dalam Perut Kurang Gerak Disebabkan Beberapa Punca Ini, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu!