X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Jadikan Sambutan Pertama Hari Jadi Anak Anda Lebih Bermakna? Cuba Tips Ini

5 min bacaan
Nak Jadikan Sambutan Pertama Hari Jadi Anak Anda Lebih Bermakna? Cuba Tips Ini

Mesti anda sebagai ibu bapa tak sabar nak sambut hari jadi anak pertama anda kan? Kami ada 7 tips terbaik untuk anda rancang sambutan hari jadi anak anda!

Mesti anda sebagai ibu bapa tak sabar nak buat sambutan hari jadi anak pertama anda kan?

Pejam celik, pejam celik, anak anda pun dah setahun! Anda sebagai ibu bapa mesti seronok kan nak rancang sambutan hari lahir anak anda?

Manakan tidak, kelahiran anak sulung sudah semestinya sesuatu yang amat membahagiakan bagi kedua ibu bapa. Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan ibu bapa memilih untuk membuat sambutan hari jadi untuk anak sulung mereka!

Tetapi, kami pasti ramai ibu bapa yang nak tahu bagaimana caranya nak buat persiapan untuk sambut hari jadi anak mereka. Jadi disini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda rancang majlis hari jadi anak anda. Barulah meriah kan! 

#1. Rancang tarikh majlis

sambutan hari jadi anak

Kredit: Pexels

Untuk perancangan mengenai bila sambutan majlis hari jadi anak itu akan diadakan, ianya terpulang sepenuhnya kepada ibu bapa. Sebagai pilihan, ada ibu bapa yang memilih untuk mengadakan tarikh lahir pada hari lahir anak itu sendiri. Tetapi ada juga yang memilih untuk mengadakan majlis pada hari yang bukan hari lahir anak seperti di hujung minggu kerana ianya jatuh pada hari berkerja.

Anda juga boleh mengambil kira aspek seperti kehadiran tetamu dan sebagainya. Sekiranya anda nak menjemput tetamu untuk sambutan hari jadi anak anda sebaiknya buatlah pada hujung minggu. Jadi semua orang pun boleh datang dan berkumpul. Anda dan keluarga pun tak ada kekangan masa untuk buat majlis dengan baik. 

#2. Tema majlis atau dekorasi

sambutan hari jadi anak

Kredit: Pexels

Ramai ibu bapa memilih untuk buat tema majlis dan ada juga yang memilih tema majlis yang simple. Yang paling comel tu, apabila ada ibu bapa yang memilih tema majlis tersebut mengikut watak kesukaan bayi comel. Tetapi ibu bapa jangan pula rasa yang tema majlis ini wajib. Anda boleh pilih sama ada nak buat tema atau tidak sebabnya ianya hanyalah pilihan sahaja. Sama ada anak nak buat simple atau nak tema hari jadi yang ekstra, anda kena tepuk dada tanya selera. 

Tapi bila ada tema lah lagi menarik kan majlis tu? Kalau anda dah pilih tema apa yang sesuai untuk majlis tersebut, jangan lupa pilih warna yang bersepadanan juga untuk tema. Malah, dekorasi yang anda pilih pun kenalah sama juga. Sekiranya ketiga-tiga elemen ini tidak sepadan nampak tak menarik pula majlis ini. Untuk bahagian dekorasi hari jadi anak, anda boleh pilih untuk buat sendiri atau panggil sahaja khidmat birthday planner kalau ada bajet lebih.

#3. Outdoor atau indoor?

sambutan hari jadi anak

Kredit: Pexels

Sebelum anda mula merancang majlis anak anda, apa kata anda kenal pasti terlebih dahulu dekat mana anda nak buat majlis tersebut. Adakah nak sambut di rumah anda sahaja atau anda nak sambut diluar? 

Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan adalah anda kena membuat senarai tetamu. Berapa jumlah tetamu yang anda jemput? Sekiranya jumlah tetamu adalah banyak dan rumah anda tidak dapat menampung kehadiran yang terlalu ramai, anda boleh lah pertimbangkan tempat untuk buat majlis hari jadi di luar rumah. Baru syok kan. Tetapi kalau anda buat di outdoor, perkara pertama yang anda kena ingat ialah faktor cuaca. 

Sediakan backup plan untuk sebarang perubahan cuaca. Ingat, sediakan payung sebelum hujan!

#4. Bajet

Bajet sememangnya memainkan peranan yang penting dalam perancangan sambutan hari lahir anak anda. Apa sahaja perancangan yang anda buat ianya mestilah disusuli dengan bajet yang rapi, jadi mudah untuk anda buat anggaran berapa perbelanjaan yang anda perlu keluarkan. 

Dengan bajet yang ada, anda boleh target berapa banyak tetamu yang anda nak jemput, tempat nak sambut, makanan, dekorasi dan goodie beg hari jadi. Hadiah untuk tetamu ataupun goodie beg ini pun bukanlah sampai tahap wajib kena ada tetapi lebih manis kalau tetamu anda ada sesuatu untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan. Tapi jangan rasa tertekan pula untuk mendapatkan goodie bag yang mahal untuk tetamu anda. Cukuplah anda beri apa yang anda mampu sahaja.

#5. Langgan jurugambar

Hari jadi anak anda setahun sekali sahaja. Lagi-lagi apabila usia si comel mula menjangkau setahun, haruslah saat-saat indah ini dijadikan kenangan. Tidak sah rasanya kalau tiada sesi bergambar apabila ada sebarang majlis diadakan. Sebab itulah anda boleh pilih untuk melanggan jurugambar (ikut bajet anda) sekiranya anda ingin sentuhan gambar profesional.

Kalau tiada jurugambar profesional pun tak apa, anda boleh minta tolong rakan atau ahli keluarga yang hadir untuk mengambil gambar majlis. Gambar daripada telefon bimbit pun sudah cukup cantik.

Nak lagi wow untuk majlis anak anda? Anda boleh cuba gunakan khidmat photobooth untuk meraikan tetamu anda. 

#6. Keselamatan 

Keselamatan merupakan salah satu faktor terpenting yang mesti anda ambil kira sewaktu anda mengadakan majlis. Mengapa? Ini kerana majlis anda bukan sahaja dihadiri oleh dewasa tetapi juga anak-anak kecil. Jadi, tempat yang anda pilih mahupun rumah anda haruslah bebas daripada sebarang unsur yang boleh membahayakan kanak-kanak. Faham sahajalah, anak-anak kecil kan lasak. 

Sekiranya anda membuat majlis di luar, anda kena pastikan bahawa tempat tersebut mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. 

#7. Rancang ikut waktu tidur anak

Nombor 7 ini sebenarnya yang paling penting sekali. Untuk para ibu bapa yang ingin membuat sambutan hari jadi anak, anda kena rancang majlis mengikut waktu tidur anak anda. Seperti yang anda sedia maklum, bayi memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi. Kalau anak anda tidak dapat rehat yang baik, alamatnya boleh meragamlah anak anda untuk ikut waktu yang ditetapkan. Nanti jadi tak seronok pula nak sambut majlis kalau si kecil dah tidur masa nak potong kek.

Selain itu, anda kena pastikan juga bahawa majlis tersebut tidak terlalu panjang kerana anak anda perlu tidur dan majlis yang panjang akan membuatkan anak anda bertambah penat.

Sumber: MingguanWanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Sebab Kenapa Anak Anda Tidak Patut Buka Hadiah Sewaktu Parti Hari Jadi

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Nak Jadikan Sambutan Pertama Hari Jadi Anak Anda Lebih Bermakna? Cuba Tips Ini
Kongsikan:
  • Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak

    Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak

  • Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun - pakar psikologi

    Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun - pakar psikologi

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak

    Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak

  • Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun - pakar psikologi

    Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun - pakar psikologi

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.