Ibu Hamil 'Sakan' Beraya & Ziarah Keluarga, Doktor Luah Kecewa Terpaksa Czer Jam 3 Pagi

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan penularan Covid-19. Namun sikap rakyat yang degil menjadi punca kenaikan kes baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu kerajaan tidak membenarkan seluruh rakyat untuk melakukan aktiviti rentas negeri, amalan ziarah-menziarahi dan berkumpul bersama ahli keluarga, namun ada segelintir pihak yang degil sehingga menjadi punca penyebaran wabak berkenaan semakin mengganas.

Tidak dinafikan tahun ini adalah tahun kedua kita terpaksa beraya di perantauan. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan pihak KKM adalah untuk menyelamatkan nyawa seluruh rakyat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu menjadi penyebab peningkatan kes harian

Amat jarang kakitangan di hospital berkongsi situasi yang sebenar berlaku di hospital setiap hari. Namun satu kes yang diterima oleh doktor dari Hospital Melaka, Dr. Tharshana Thenakaran ini telah menggerakkan hatinya untuk ‘bercerita’ di media sosial.

Saya tidak berkongsi apa yang berlaku di tempat kerja selama ini. Namun disebabkan oleh rasa sangat kecewa, terpaksa saya luahkannya untuk iktibar orang lain.

Sehari sebelumnya, beliau telah memulakan kerja seawal jam 8 pagi. Walau bagaimanapun terdapat kes kecemasan telah dilaporkan ketika jam menunjukkan 3 pagi.

Sebagai petugas hospital, sudah tentu perlu sentiasa bersiap sedia. Ia melibatkan proses bersalin secara pembedahan czer. Pasukan pediatrik perlu hadir semasa kelahiran bagi memastikan resusitasi dilakukan (jika perlu) dan keadaan bayi adalah baik-baik sahaja selepas bersalin.

Untuk pengetahuan, ketika pesakit menjalani operasi c-section, minimum 10 hingga 15 doktor dan kakitangan diperlukan bagi memastikan prosedur berjalan dengan lancar.

Sejujurnya, kami kurang gemar operasi pembedahan dilakukan pada jam 4 pagi kerana hanya sedikit doktor dan kakitangan bekerja pada waktu ini. Sekiranya berlakunya kes darurat, maka kekurangan bantuan ini boleh menyebabkan kami berasa tertekan.

Jika bayi dan ibu menunjukkan keadaan yang tidak sihat, maka ya, ia adalah petunjuk untuk meneruskan pembedahan czer tanpa mengira masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri punca ibu mengandung positif Covid-19

credit to sources

Walau bagaimanapun tidak seperti kes pada jam 3 pagi ini. Prosedur bersalin secara pembedahan ini adalah melibatkan ibu yang disyaki pesakit Covid-19. Ujian saringan RTK telah menunjukkan bahawa dia positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sewaktu kami bertanya bagaimana mungkin dia dijangkiti Covid-19 ini, jawapannya sungguh mengecewakan kami sebagai petugas barisan hadapan.

”Dia mengaku telah ziarah-menziarahi dan melawat ketika Hari Raya Aidilftri yang lalu. Ada ahli keluarganya tidak sihat, dia memilih untuk pergi dan melawat mereka.”

”Paling menyedihkan, dia juga tidak memakai topeng pelitup muka secara berterusan, tidak menjaga penjarakan sosial dan mengabaikan SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM,” luahnya.

Kisah aktiviti dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dilalui olehnya tidak terhenti di situ. Dia telah pulang ke rumah serta meneruskan acara ‘rumah terbuka’ untuk saudara dan sahabatnya.

”Saya amat kecewa sepanjang tempoh yang getir ini, dia langsung tidak berfikir panjang akan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Bahaya wabak Covid-19 ini boleh mempengaruhi keadaan bayi yang belum lahir. Dia juga tidak memikirkan kami sebagai petugas hadapan bekerja siang malam bagi merawat pesakit yang datang.” luahnya.

Dr. Tharshana turut mengatakan akibat kecuaian ibu tersebut, dia telah menerima jangkitan Covid-19 dan telah mengubah pengalaman ketika bersalin yang terpaksa dilakukan secara caesar.

Ambil kesempatan merentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri

gambar sekadar hiasan. Kredit: Free Malaysia Today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus, seramai 30 individu dari zon merah telah bertindak melanggar SOP dan pulang ke kampung bagi menyambut hari raya.

Helah mereka untuk beraya telah terbongkar apabila ramai dalam kalangan ahli keluarga dijangkiti, mencatatkan peningkatan kes mendadak dan mencetuskan kluster baharu.

Sekiranya kes baharu melebihi angka 7,000 kes setiap hari pastinya sistem kesihatan negara akan lumpuh. Ini kerana Unit Rawatan Rapi (ICU) kini sudah penuh dan kadar kematian juga semakin bertambah tanpa mengira usia.

Kewujudan varian Covid-19 yang baharu iaitu India dan Afrika Selatan memiliki mutasi berganda yang memberikan kesan lebih buruk kepada pesakit. Transmisinya lebih pantas, sebaran cepat berlaku dan golong muda lebih mudah dijangkiti dalam masa yang singkat.

Sumber: Tash Karan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Ayah & Adik Meninggal Akibat Covid-19, Kini Menantu & Bayinya Sedang Kritikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan