Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

undefined

Anak batuk malam boleh menganggu tidur si manja dan orang sekeliling. Ada beberapa petua dan tips untuk ibu ayah mengatasi masalah ini

Anak batuk malam merupakan keadaan kesihatan yang sangat menganggu. Ibu ayah pun akan mula merasa tidak sedap hati dan kasihan terhadap anak kecil yang sering batuk kering, batuk kahak, dan batuk berpanjangan. Malah, ada si kecil yang batuk kering sepanjang malam.

Kasihan sungguh mereka tidak dapat tidur dengan lena dan juga terganggu disebabkan oleh batuk. Untuk pengetahuan ibu ayah, ada pelbagai sebab bayi batuk yang boleh mengganggu tidur hingga tubuh mereka berasa tidak selesa.

Bahkan, ibu ayah pun akan rasa bimbang jika batuknya tidak pulih dalam beberapa hari.  Meskipun keadaan ini boleh sembuh sendiri, namun kalau tahu sebab bayi batuk mungkin boleh menyembuhkannya dengan lebih cepat. 

Mengapa Anak Batuk Malam?

Batuk adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Secara semula jadi, batuk adalah refleks yang membantu membersihkan saluran udara kahak dan melindunginya daripada bendasing.

Batuk merupakan tindak balas semula jadi tubuh manusia bagi menyingkirkan penghalang dalam saluran udara. Ia juga membersihkan kotoran seperti debu yang masuk secara tidak sengaja. 

11 senarai berikut merupakan sebab mengapa anak anda batuk malam, ataupun batuk berpanjangan:

#1. Anak Batuk Malam: Batuk selsema

anak batuk malam

Batuk bayi biasanya dimulakan dengan batuk basah kemudian batuk kering. Namun, batuk selsema biasanya sembuh dalam masa dua bulan. Tapi kalau betul cara rawat batuk bayi ini, mungkin si kecil boleh lebih cepat sembuh.

#2. Anak Batuk Malam: Batuk infeksi bahagian paru-paru 

Jenis batuk ini disebabkan pernafasan berbunyi aneh yang berbeza dengan batuk yang lain. Ia terjadi melalui bakteria Bordetella Pertunis yang boleh menyebabkan bayi sakit berhari-hari atau berbulan sekaligus jadi punca iritasi pada saluran nafas.

#3. Anak Batuk Malam: Batuk kering 

Batuk kering ini kedengaran seperti “gonggong” dan hampir mirip suara anjing laut. Batuk jenis ini biasanya boleh sembuh dalam masa seminggu jika memulakan rawatan dengan cepat. 

#4. Anak Batuk Malam: Jangkitan paru-paru atau sinus

Jangkitan paru-paru biasanya disebabkan pembentukan kahak lalu menyebabkan batuk basah. Manakala infeksi sinus pula disebabkan cairan infeksi dari hidung melalui kerongkong. 

Biasanya jangkitan paru-paru pada bayi dan kanak-kanak adalah bronchiolitis iaitu keadaan apabila saluran udara kecil dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus pernafasan (RSV).

#5. Anak Batuk Malam: Alergi atau alahan 

Batuk disebabkan alergi biasanya kering dan ada sedikit berkahak. Selain itu, antara gejala lain seperti bengkak rongga hidung, naik bintik merah di wajah dan simptom lain.

Ia disebabkan bayi mendapat udara tak sihat seperti debu, habuk, pegang haiwan berbulu dan sebagainya. 

#6. Anak Batuk Malam: Asma

Batuk asma biasanya terjadi pada waktu malam disebabkan genetik atau alergi seperti debu, bahan kimia atau cuaca dingin.

Asma berlangsung seumur hidup tapi ada ubat dan rawatan tertentu yang boleh bantu menghindarinya dalam beberapa tempoh tertentu. 

#7. Gastroesophageal reflux 

Keadaan ini biasanya mengandungi kahak atau lendir dan bayi mengeluarkan sedikit susu ketika batuk. Malah dia juga akan menunjukkan gejala lain seperti sendawa, perut tak selesa, merengek dan sebagainya. 

#8. Cystic fibrosis 

Batuk ini menyebabkan banyak lendir dari paru-paru dan merupakan penyakit gentik disebabkan pembentukan lendir yang tebal di paru-paru bayi. Lendir ini menjadi tempat bakteria membiak hingga menyebabkan jangkitan paru-paru. 

#9. Batuk tercekik 

Batuk ini terjadi disebabkan makanan atau minuman yang menyebabkan bayi muntah. Risikonya bayi akan tersedak akibat terdapat makanan tersangkut di saluran pernafasan. Bayi juga akan mengalami batuk tercekik ini apabila memasukkan benda asing seperti mainan ke dalam mulut sekaligus mengakibatkannya tersedak. 

#10. Masalah jantung dan pernafasan kongenital 

Batuk kering juga boleh jadi disebabkan penyakit jantung sementara batuk basah berkaitan dengan masalah pernafasan. Dalam keadaan tersebut, bayi akan menunjukkan gejala lain seperti kepenatan dan hilang selera makan. 

#11. Batuk biasa 

Kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdebu juga boleh menyebabkannya sering batuk dan berlanjutan hingga berhari-hari.  Namun ketika si kecil sedang bermain atau tidur mungkin dia tidak akan batuk tapi sebaiknya ibu ayah bawanya berjumpa doktor segera.

Cara Menghilangkan Batuk Anak

anak batuk malam

Batuk pada waktu malam jarang disebabkan oleh sesuatu yang serius jika kanak-kanak kelihatan aktif dan tidak mengalami demam panas. Namun, gejala ini sememangnya boleh mengganggu kualiti tidur kanak-kanak.

Cara-cara berikut boleh dilakukan untuk melegakan gejala batuk anak anda:

  • Mandikan anak anda dengan air suam sebelum tidur pada waktu malam.
  • Pastikan anak minum cukup dan tidur cukup iaitu 9-10 jam sehari.
  • Elakkan pendedahan kepada asap rokok kerana ia boleh memburukkan keadaan batuk mereka.
  • Beri madu 1-2 sudu teh kira-kira 30 minit sebelum tidur. Madu boleh dimakan terus, dilarutkan dalam air suam, atau dicampur dengan jus lemon. Kajian mendapati bahawa madu boleh mengurangkan keadaan batuk dan tempoh batuk kerana sifat anti-radang dan antiseptiknya. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun kerana risiko botulisme yang menyebabkan kelemahan otot.
  • Ubat batuk hanya boleh diberikan selepas berunding dengan doktor. Ubat-ubatan ini tidak disyorkan untuk digunakan pada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Para ibu juga boleh mencuba Petua AGO.

Apa itu AGO? AGO adalah A untuk Apple, G untuk Garlic dan O untuk Onion. Caranya senang saja!  Epal itu cuma perlu dikukus bersama dengan bawang putih dan bawang merah.

Resepi yang boleh ibu ayah lakukan di rumah adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • 1 epal merah
  • 1 bawang merah saiz besar
  • 4-5 ulas bawang putih

Langkah-langkah:

  1. Kukuskan semua bahan-bahan bersama selama 20 minit.
  2. Ibu-ibu akan nampak air bertakung dalam mangkuk bersama bahan-bahan yang dikukus tadi. Tuang air itu keluar dan beri anak minum air itu sahaja. Jangan lenyek atau purikan bahan-bahan.
  3. Lakukan ini satu kali sehari.

NOTA: Rasa air hasil dari petua AGO ini agak manis, jadi senang disuap kepada bayi anda.

Petua Lain Untuk Hilangkan Masalah Anak Batuk Malam

anak batuk malam

#1. Minyak Bawang Putih.

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya bakar bawang putih dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, tambah minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu pada bahagian dada anak untuk melegakan pernafasan.

#2. Pastikan Anak Dapat Rehat Yang Mencukupi.

Jika si manja tidak sihat, ia menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam ataupun majlis kenduri kerana si manja akan berasa letih dan melambatkan proses penyembuhan. Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, tindakan sebegini juga menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain.

#3. Pastikan Aliran Udara Di Dalam Rumah Dalam Keadaan Baik.

Elakkan anak terperap di dalam bilik dan di rumah sahaja. Jika mereka menangis mahukan penghawa dingin, ibu ayah perlulah mengabaikannya buat sementara waktu.

Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik dan membolehkan si manja menikmati udara segar.

#4. Minyak Masak.

Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga menjadi bahan rawatan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

Sebab Bayi Batuk Berpanjangan

Untuk pengetahuan ibu ayah, bayi batuk berpanjangan boleh menjadi tanda bahawa bayi anda mengidap penyakit merbahaya seperti bronkitis. Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.

Salah satu sebab atau punca utama bayi mengalami masalah batuk adalah mungkin kerana selalu terdedah kepada pencemaran udara yang tidak sihat daripada sekelilingnya seperti habuk, asap rokok, asap kenderaan dan banyak lagi.

 
Antara sebab mengapa bayi batuk berpanjangan adalah:
  • Infeksi saluran pernafasan.
  • Jangkitan paru-paru.
  • Bronkiolitis.
  • Viral Wheeze.
  • Jangkitan TIBI.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda masih terlalu kecil, ibu ayah disarankan untuk diperhatikan dan dibawa berjumpa dengan doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri keadaan anak anda akan menjadi semakin teruk.

Cara Merawat Anak Batuk Malam

  • Elakkan daripada terdedah kepada pencemaran.
  • Menggunakan pelembap udara (Humidifier).
  • Perbanyakkan cecair/Susu ibu.
  • Pegang kepala anak semasa mereka tidur dan tinggikan sedikit kepala bayi anda.
  • 2-3 titisan larutan garam ke dalam rongga hidung bayi dengan penitis.
  • Beri madu.

Semoga maklumat tentang petua anak batuk malam dan cara merawat batuk bayi di atas bermanfaat buat ibu ayah di luar sana.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!